Translate

Tuesday, June 6, 2023

Ustaz Azhar Idrus hadir temu duga tauliah JHEAT Khamis lalu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Jabatan Hal Ehwah Agama Islam Terengganu (JHEAT) mengesahkan pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (UAI) telah menghadiri temu duga permohonan tauliah mengajar agama pada Khamis lalu.

Pesuruhjaya JHEAT, M. Rozi Bidin berkata, UAI merupakan antara 10 penceramah agama dari seluruh negara yang menghadiri temu duga terbabit.

“Beliau (UAI) telah menghadiri majlis temu duga tersebut secara sukarela di hadapan panel diketuai Mufti Terengganu, Dr. Mohamad Sabri Harun.

“Hasil temu duga telah dihantar kepada perhatian Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

M. Rozi berkata, hasil temu duga itu kemudiannya akan dibentangkan Maidam dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan Pendidikan Agama Islam sebelum tauliah dikeluarkan.

Difahamkan selain UAI, sembilan penceramah agama lain yang turut menghadiri temu duga terbabit adalah Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff dari Selangor, Abdullah Khairi (Pulau Pinang), Azihal Bangsawan (Sabah) dan Syed Abd Kadir Syed Hussin Al-Joofre (Kedah).

Shahrizan Daud At-Turabi dan Muhammad Luqman Daud dari Selangor serta Ahmad Rizam Ghazali, Muhammad Rasydan Razali dan Muhammad Zainul Asri Mohd Romli (Kedah) turut menghadiri temu duga itu.

Kosmo! 12 Mac lalu melaporkan M. Rozi menasihatkan UAI agar memohon tauliah JHEAT untuk berceramah dan mengadakan kuliah agama di negeri ini.

Beliau berkata, semakan mendapati UAI tidak termasuk dalam senarai 1,313 individu termasuk 30 penceramah selebriti yang telah menerima tauliah untuk berceramah agama, mengajar agama Islam dan mengajar al-Quran di Terengganu. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment