KUALA TERENGGANU – Seorang wanita berusia 28 tahun tidak menyangka tahap kesihatan mentalnya menjadi semakin kronik selepas berjumpa dengan seorang dukun kampung selepas didakwa terkena buatan orang.
Wanita berkenaan yang mahu dikenali Maryam berkata, dia mula mengalami depresi kronik pada tahun 2020 ketika menjaga ibunya yang diserang strok secara bersendirian sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Waktu itu cuma saya seorang yang berada di rumah untuk menjaga ibu kerana tiga abang saya yang menetap di Kuala Lumpur tidak dapat pulang ekoran
PKP.
“Kerenah ibu yang sakit
ditambah masalah pembelajaran
menerusi pengajaran dan pembelajaran (PdP) silibus universiti
secara online membuat saya tertekan dan banyak memendam
rasa,” katanya kepada Kosmo! di
sini semalam.
Maryam berkata, pada waktu
itu fikiran agak berkecamuk dan
mula berfikir yang bukan-bukan
kononnya adik-beradik lain yang
berada di luar Terengganu lepas
tangan tidak mahu sama-sama
mengambil tanggungjawab menjaga ibu mereka.
Tambahnya, keadaan bertambah parah pada awal 2021 apabila
mula meracau dan menjerit-jerit
bagi melepaskan tekanan.
Maryam berkata, pada mulanya dia menerima rawatan daripada seorang dukun kampung
kerana menyangkakan terkena
‘buatan orang’.
“Selepas menjalani rawatan,
penyakit saya masih tidak sembuh.
“Sebaliknya keadaan mental saya semakin kronik apabila
kerap melempar barangan dan
mencederakan diri sendiri tanpa
sedar,” katanya.
Susulan keadaannya yang semakin kronik, Maryam akhirnya
terpaksa dirujuk ke hospital berhampiran pada awal tahun lalu.
“Saya kini dalam proses pemulihan dan perlu mengambil pil
penenang secara berkala apabila
dirujuk kepada pakar psikiatri,”
katanya.
No comments:
Post a Comment