Translate
Thursday, March 28, 2013
Risda Zon Utara sambut ulang tahun ke-40 di Perak
RAI. Kakitangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah ( RISDA ) Zon Utara menyambut ulang tahun ke-40 agensi itu di Pusat Transformasi Luar Bandar, Gopeng, Perak baru-baru ini.
Majlis itu disertai lebih 500 kakitangan agensi berkenaan dari Perak, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang itu turut dihadiri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.
Ketua Pengarah RISDA , Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata, sumbangan dan komitmen jitu diberikan warga agensi itu dalam menjayakan misi membantu meningkatkan taraf hidup pekebun kecil di seluruh negara amat dihargai.
"Sempena ulang tahun ke-40 ini, semua 16 surau pejabat RISDA di zon utara akan menerima peruntukan sebanyak RM1,000 bagi program mengimarahkan surau di pejabat masing-masing selain sumbangan kerusi roda kepada kakitangan kurang bernasib baik," katanya.
Labels:
komuniti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment