azli.adlan@kosmo.com.my
IPOH – Pengguna perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) untuk laluan Ipoh-KL Sentral-Seremban tidak perlu bimbang untuk pulang menyambut Aidilfitri kerana masih banyak tiket perkhidmatan tersebut yang berbaki.
Aminuddin memberitahu, perkhidmatan ETS kelas Perak pada 26 Ogos ini untuk kesemua laluan dan laluan Ipoh-Seremban bagi kelas sama pada 4 September ini telah habis dijual.
Menurut beliau, pengguna bagaimanapun boleh memilih perkhidmatan ETS untuk ketiga-tiga kelas berkenaan pada tarikh lain dengan kadar tiket di antara RM16 dan RM45.
Dalam perkembangan lain, Aminuddin memberi jaminan kemelut antara beliau dan Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPKTMB) tidak akan menjejaskan perkhidmatan kereta api pada musim Aidilfitri ini.
"Perkhidmatan ETS dijamin tidak akan terjejas langsung namun untuk perkhidmatan kereta api lain, KTMB masih berunding dengan KPKTMB bagi menyelesaikannya," ujar beliau.
IPOH – Pengguna perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) untuk laluan Ipoh-KL Sentral-Seremban tidak perlu bimbang untuk pulang menyambut Aidilfitri kerana masih banyak tiket perkhidmatan tersebut yang berbaki.
Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Dr. Aminuddin Adnan berkata, pada musim perayaan ini iaitu dari 25 Ogos hingga 6 September ini ETS menawarkan kira-kira 65,500 tempat duduk untuk kedua-dua laluan, Ipoh dan Seremban.
“Setakat ini sebanyak 13,371 tiket untuk kelas Platinum, Emas dan Perak telah dijual. Berdasarkan pengalaman tahun lalu, kebanyakan pengguna akan membeli tiket ETS pada saat-saat akhir,” katanya pada majlis sambutan ulang tahun pertama ETS di Stesen Keretapi Ipoh di sini kelmarin.
Pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif ETS , Azizullah Kinayatullah itu, KTMB meraikan 50 anak yatim Pertubuhan Baitul Aini dan Yayasan Amanah An-Nur Maisarah.Aminuddin memberitahu, perkhidmatan ETS kelas Perak pada 26 Ogos ini untuk kesemua laluan dan laluan Ipoh-Seremban bagi kelas sama pada 4 September ini telah habis dijual.
Menurut beliau, pengguna bagaimanapun boleh memilih perkhidmatan ETS untuk ketiga-tiga kelas berkenaan pada tarikh lain dengan kadar tiket di antara RM16 dan RM45.
Dalam perkembangan lain, Aminuddin memberi jaminan kemelut antara beliau dan Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPKTMB) tidak akan menjejaskan perkhidmatan kereta api pada musim Aidilfitri ini.
"Perkhidmatan ETS dijamin tidak akan terjejas langsung namun untuk perkhidmatan kereta api lain, KTMB masih berunding dengan KPKTMB bagi menyelesaikannya," ujar beliau.
No comments:
Post a Comment