Oleh MOHD. AZLI ADLAN
TERENGGANU FC IV (TFC IV) muncul juara Piala Belia selepas menewaskan juara bertahan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor FC (PKNS FC) dengan keputusan agregat 1-0 kelmarin.
Pada aksi final kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu, TFC IV menang 1-0 hasil jaringan penyerang, Muhammad Muslihuddin Atiq Mat Zaid pada minit ke-62.
Sebelum itu, kedua-dua pasukan pelapis berkenaan terikat 0-0 pada aksi final pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor pada 21 September lalu.
Kejayaan itu sebagai menebus kekecewaan TFC IV yang tumbang 1-2 kepada lawan sama, PKNS FC pada aksi final Piala Belia musim lalu.
Ia juga penawar kepada kekecewaan peminat bola sepak Terengganu selepas tiga pasukan senior, TFC I terkandas di peringkat suku akhir Piala Malaysia manakala TFC II dan TFC III pula masing-masing kecundang pada aksi separuh akhir Piala Cabaran dan Piala Presiden musim ini.
Terdahulu, TFC IV hampir memperoleh gol awal, namun sepakan gunting penjaring terbanyak kejohanan, Muhammad Isa Raman terkena palang gol pada minit ke-10.
Tuan rumah terus berpeluang menjaringkan gol pada minit ke-36 tetapi sepakan lambung Nur Muhammad Alamin Mohd. Zahid tersasar ke sebelah kanan pintu gol PKNS FC.
Pasukan pelawat pula memperoleh peluang terbaik pada minit ke-61, namun rembatan kencang Muhammad Hadi Mohamad gagal menembusi gawang TFC IV.
Selaku juara Piala Belia, TFC IV kendalian Subri Sulong meraih ganjaran wang tunai RM80,000, piala dan medal yang disampaikan Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.
PKNS pula sebagai naib juara menerima hadiah wang tunai RM60,000 dan medal yang disampaikan Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd. Firdaus Mohamed.
Turut hadir Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusuf Mahadi.
Translate
Monday, September 30, 2019
Tuntut RM2j, dapat RM616,634
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU – Penderitaan seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Sesma), Kuala Nerus yang hilang pendengaran dan menghadapi tekanan perasaan akibat dibuli lima pelajar senior empat tahun lalu terbela apabila menerima pampasan RM616,634.20.
Ini berikutan, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zainal Azman Ab. Aziz memerintahkan sembilan defendan termasuk lima remaja yang kini berusia 21 tahun yang membuli plaintif pada 26 April 2015 membayar wang pampasan tersebut.
Empat defendan lain yang turut dinamakan plaintif ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar Sesma, Sulaiman Ngarif; bekas pengetua Sesma, Meriam Jusoh; Ketua Pengarah Pendidikan dan Kerajaan Malaysia.
Zainal Azman dalam penghakimannya berkata, beliau bersetuju perbuatan buli yang dilakukan defendan pertama hingga kelima telah menyebabkan mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun mengalami kecederaan dan tekanan perasaan berterusan.
Selain itu, pembelajaran plaintif juga terjejas sehingga terpaksa berpindah ke sekolah lain, tiga bulan selepas kejadian.
Menurut Zainal Azman, kejadian buli yang berlaku di bilik asrama ketua pengawas itu seolah-olah telah dirancang defendan pertama hingga kelima yang ketika itu merupakan pelajar tingkatan lima Sesma.
“Pihak sekolah dilihat begitu cuai tidak membuat kawalan sedangkan kejadian (buli) itu (berlaku) di bilik asrama ketua pengawas.
“Jadual warden bertugas telah disusun begitu cantik, tetapi tiada guna kalau tidak menjalankan tugas yang diamanahkan,” katanya ketika membacakan penghakimannya.
Zainal Azman juga berpendapat, defendan keenam, Sulaiman dan ketujuh, Meriam pula dilihat cuai menjalankan tanggungjawab menjaga kebajikan pelajar termasuk keselamatan mereka.
Berdasarkan penyataan tuntutan yang difailkan pada 2017 oleh bapa plaintif, Ahmad Fauzi Abdullah, 48, pelajar itu mendakwa dia dipukul, ditampar dan ditendang oleh lima pelajar senior lebih tiga jam di dalam bilik asrama ketua pengawas sekolah.
Perbuatan buli yang berlaku ketika mangsa dalam tingkatan dua itu telah menyebabkan dia mengalami kecederaan dengan koyak pada selaput telinga kanan dan kehilangan pendengaran (jenis konduktif) sehingga tidak boleh melakukan aktiviti air seumur hidup.
Plaintif diwakili peguam, Wan Azliana Wan Adnan dan Hisyam Yusof.
Sementara itu, ibu plaintif, Rusaila Abdullah, 43, ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu, dia bersyukur apabila kejadian yang menimpa anak keduanya itu mendapat pembelaan.
“Tuntutan ini bukan semata-mata kerana wang tetapi pembelaan buat anak saya yang hilang pendengaran. Dia masih trauma sehingga ke hari ini akibat perbuatan buli itu,” katanya.
Kosmo! pada 3 April 2017 melaporkan plaintif yang menjadi mangsa buli ketika menuntut di Sesma dua tahun lalu memfailkan saman RM2 juta terhadap sembilan pihak di Mahkamah Tinggi

Melayu kurang berfikir kritis punca mudah dieksploitasi
MOHD. AZLI ADLAN
KUALA NERUS - Kekurangan orang Melayu berfikir secara kritis menyebabkan kaum itu terus mudah terdedah sebagai mangsa eksploitasi walaupun merupakan majoriti di negara ini.
Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin berkata, ketidaksedaran komuniti Melayu tentang kelemahan mereka menyebabkan golongan itu mudah diambil kesempatan oleh pihak lain sejak zaman dahulu.
"Mula-mula (orang Melayu) dieksploitasi oleh golongan aristokrat kemudian penjajah. Semua penjajah kecuali Portugis menjajah kita tanpa melepaskan sebutir peluru pun.
"British umpamanya licik menjajah hanya dengan mendampingi golongan raja kerana sedar orang Melayu taat kepada raja asalkan jangan sentuh Islam, adat-istiadat dan tanah Melayu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan bertajuk Falasi Kuasa: Maladi Melayu dan Bumiputera kepada pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.
A. Kadir berkata, bagi situasi semasa pula, pasaran produk halal yang semakin berkembang berikutan kesedaran orang Melayu untuk patuh syariah dimanfaatkan lebih awal oleh usahawan bukan Islam dahulu.
Beliau berkata, ia menyebabkan orang Melayu antara teramai tergolong dalam kategori berpendapatan rendah (B40) walaupun penggerak ekonomi negara kerana merupakan kaum majoriti.
"Sehubungan itu, orang Melayu perlu belajar daripada sejarah agar tidak ulangi kesilapan sama, kuasai dan dalami ilmu, bekerja kuat dan bijaksana, jangan terlalu taksub dengan politik serta buang rasa rendah diri.
"Orang Melayu juga perlu menguasai bahasa sebanyak mungkin. Kelemahan bahasa Melayu sekarang tidak ramai penuturnya menguasai bahasa lain bagi menyebarkan ilmu," katanya. - K! ONLINE

Subscribe to:
Posts (Atom)