Translate

Sunday, May 2, 2021

Terlanggar bangkai tapir di tengah jalan

Oleh MOHD AZLI ADLAN

SETIU – Seorang lelaki yang memandu kereta Proton Preve cemas apabila terlanggar bangkai seekor tapir di Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Kampung Selamat, Sungai Tong di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada 11.30 malam itu, kereta Proton Preve yang dipandu lelaki berusia 49 tahun mengalami kerosakan pada bahagian hadapan akibat perlanggaran tersebut.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, sewaktu, kereta Proton Preve yang dipandu lelaki berasal dari Kampung Bukit Gasing, Marang itu dikatakan menuju ke arah Kota Bharu, Kelantan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandunya gagal mengelak bangkai seekor tapir yang berada di atas jalan.

“Bahagian hadapan kereta Proton Preve rosak akibat perlanggaran tersebut namun pemandunya terselamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Afandi berkata, pemeriksaan awal mendapati tapir yang dianggarkan seberat hampir 100 kilogram tersebut mati akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Menurut beliau, polis percaya bangkai haiwan liar berkenaan telah dilanggar sehingga mati terlebih dahulu oleh kenderaan lain. – K! ONLINE

Kenduri kahwin punca kluster

KUALA TERENGGANU - Terengganu mencatatkan kluster baharu kelmarin taitu Kluster Ta man Rakyat yang setakat ini mencatatkan 20 kes positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, kluster berkenaan berpunca daripada seorang lelaki berusia 32 tahun dari Sabah yang meng hadiri majlis perkahwinan adik nya di Dungun.

"Aktiviti rentas negeri setakat ini menjangkiti 26 orang laitu 11 ahli keluarga dan 15 tetamu yang menghadiri kenduri perkahwinan tersebut.

Hasil pertemuan hanya un tuk mengirim duit kenduri dan cenderamata telah menjangkiti seorang kawan baik Kawan itu pula buat majlis akikah di kampung yang kemudiannya menjangkiti lima ahli keluarga dan tujuh tetamu," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Nor Azimi berkata, Kluster Taman Rakyat disebabkan aktiviti perkumpulan sosial melibatkan ramai orang yang tidak mematuhi prosedur operast standard (SOP)

Tegas beliau, sekiranya SOP norma baharu dipatuhi, penularan kluster seperti itu sudah pasti dapat dielakkan.

"Kami selalu pesan tangguh dahulu aktiviti berkumpul melibatkan orang ramai. Jika tiada pematuhan SOP di bazar Ramadan, mungkin kluster baharu juga akan tercetus.

"Kita semua perlu patuh SOP bukan kepada agensi penguat kuasaan semata-mata," katanya.

Setakat kelmarin, sebanyak 238 kes aktif Covid-19 direkodkan di Terengganu iaitu Besut dengan 127 kes diikuti Kuala Nerus (43) Dungun (27), Kuala Terengganu (27), Hulu Terengganu (tujuh Marang (empat) dan Setiu (tiga).

Saturday, May 1, 2021

Mayat terbakar mungkin dibunuh

 

KUALA NERUS- Seorang tukang sapu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tergamam apabila menemul mayat terbakar dipercayai mangsa bunuh di Kampung Padang Air, Tepoh di Mohd. Hamdan Abdul Manaf, 32, berkata, dia menjumpai mayat itu semasa melakukan kerja-kerja pembersihan di tepi Jalan Kuala Terengganu-Kelan tan pada pukul 7.15 pagi.

Sewaktu menyapu di bahu jalan, lelaki itu ternampak asap dan terhidu bau yang kurang menyenangkan di kawasan belukar berhampiran.

 "Saya nampak objek seperti manusia terbakar lebih 90 peratus badan kecuali betis ke bawah," katanya ketika ditemul Kosmo! Ahad di lokasi kejadian.

Mohd Hamdan berkata, dia kemudian memanggil rakannya bagi memastikan objek yang terbakar itu benar-benar mayat sebelum memaklumkan kepada polis.

Mohd. Hamdan juga tidak menolak kemungkinan mayat itu wanita berikutan penemuan seluar dalam berwarna merah jambu tidak jauh dari lokasi berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Ibrahim Md. Din berkata, siasatan awal pihaknya percaya mangsa mungkin dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang dan dibakar di dalam belukar tersebut.

Beliau berkata, identiti dan jantina mangsa masih belum dikenal pasti memandangkan tiada dokumen peribadi manga dijumpai di lokasi tersebut.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Nur Zahirah di sini untuk dibedah siasat bagi mengetahut punca kemattan," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang kehilangan ahli keluarg dalam masa terdekat diminta supaya membuat pengecaman di hospital.

Beliau juga meminta individu yang mempunyai maklumat berhubung penemuan mayat itu supaya menghubungi dan hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah bagi membantu siasatan.