Oleh AZLI ADLAN dan KAMARIAH KHALIDI
KUALA NERUS – Musim tengkujuh mula melanda negeri ini selepas dua kawasan di sini mula dinaiki air apabila hujan berterusan selama hampir 20 jam sejak pukul 10 pagi semalam.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, antara kawasan kampung terjejas ialah Kampung Alor Damak dan Mengabang Telung di sini.
Susulan itu, dua pusat pemindahan telah dibuka di Balai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Alor Damak dan Dewan Serbaguna Mengabang Telung di sini bermula pukul 1.21 pagi.
“Pada mulanya, seramai 62 penduduk iaitu 49 orang dari Kampung Alor Damak dan 13 orang dari Kampung Mengabang Telung telah berpindah masuk kedua-dua pusat pemindahan berkenaan. Begitupun, hujan yang berhenti pada pukul 9 pagi tadi (semalam) telah menyebabkan banjir semakin surut dan kebanyakan penduduk telah kembali di rumah masing-masing,” katanya semalam.
Che Adam berkata, setakat ini, hanya tujuh mangsa masih menghuni pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Mengabang Telung.
“Setakat ini, bacaan paras air sungai di seluruh Terengganu berada di bawah paras berjaga-jaga. Cuaca juga diramal berterusan hujan di beberapa kawasan negeri ini selama beberapa hari,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Amer Yusof berkata, cuti seramai 12,649 pegawai dan anggota bomba di seluruh negara dibekukan.
“Selain membekukan cuti, kita akan membuka bilik gerakan di setiap negeri,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan kunci projek pembinaan semula sebuah rumah terbakar di Jalan Sekolah Kebangsaan Cendering di sini semalam.
Amer menambah, sebanyak 479 buah bot aluminium, enam buah bot fiber, 71 buah jet ski, 15 buah bot Kevlar dan empat buah bot penyelamat termasuk tujuh buah helikopter bomba diletakkan dalam mod bersiap sedia untuk melakukan pemantauan.
Translate
Thursday, November 2, 2017
Sindiket pelacuran bergerak tumpas
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU – Cubaan satu sindiket pelacuran secara bergerak untuk bertapak di negeri ini gagal apabila empat suspek termasuk tiga lelaki dipercayai ‘bapa ayam’ diberkas berhampiran sebuah hotel di bandar raya ini pada minggu lalu.
Seorang remaja perempuan warga Vietnam berusia 18 tahun yang mendakwa diperdagangkan untuk menjadi pelacur oleh sindiket itu turut ditahan dalam serbuan pada pukul 12.30 tengah malam, 20 Oktober lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid berkata, sebelum serbuan dijalankan, pihaknya telah menerima maklumat kegiatan satu sindiket pelacuran yang beroperasi secara mobil dan menggunakan aplikasi WeChat untuk mencari pelanggan.
“Serbuan berjaya menahan tiga lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 19 hingga 38 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran tersebut selain seorang remaja perempuan Vietnam yang didakwa menjadi mangsa pemerdagangan manusia tersebut.
“Sejumlah kondom, wang tunai berjumlah RM380 dan sebuah van yang dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan itu turut dirampas dalam serbuan berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini semalam.
Fazlisyam berkata, sindiket itu bergerak menggunakan sebuah van dan berkomunikasi dengan pelanggan menerusi enam kod bar pengenalan WeChat.
“Sebaik menerima tempahan, anggota sindiket itu akan menghantar remaja perempuan Vietnam yang merupakan satu-satunya pelacur yang dipercayai berkhidmat dengan mereka ke kawasan yang dikehendaki pelanggan.
“Bayaran antara RM160 hingga RM200 dikenakan bagi setiap perkhidmatan dan mereka difahamkan berada di setiap negeri sasaran dalam tempoh maksimum dua minggu,” katanya.
Fazlisyam berkata, kesemua suspek telah ditahan reman selama enam hari sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Wednesday, November 1, 2017
Lepas kutip hutang, penjual kain Pakistan cabul suri rumah
KUALA TERENGGANU – Seorang penjual kain warga Pakistan ditahan polis semalam kerana disyaki mencabul seorang suri rumah di Kampung Tok Has, Besut pada Isnin lalu.
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan selepas seorang suri rumah berusia 29 tahun mengadu dipeluk manakala punggungnya pula diraba di rumah wanita itu pada pukul 11 pagi, 23 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, ketika kejadian, suspek telah berkunjung ke rumah mangsa untuk mengutip hutang kain.
“Sebaik mangsa menghulurkan wang tunai RM20 sebagai bayar hutang bulanan membeli kain tersebut di ruang tamu rumahnya, lelaki warga Pakistan itu tiba-tiba memeluknya.
“Suspek juga sempat meraba punggung mangsa sebelum wanita tersebut yang ketakutan telah bertindak melepaskan pelukan dan melarikan diri dari rumahnya,” katanya semalam.
Mohd. Zamri berkata, suspek yang menyedari perbuatannya tidak menerima respons baik telah bertindak keluar dari rumah tersebut selepas itu.
Menurut beliau, mangsa yang ketakutan terus membuat laporan di Balai Polis Jerteh, Besut kira-kira empat jam kemudian.
“Suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan,” katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)