Translate

Saturday, January 15, 2011

818 ketua kampung terima watikah pelantikan

IKRAR. Seramai 818 ketua kampung seluruh Perak menerima watikah pelantikan daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh baru-baru ini.

Zambry berkata, seramai 98 daripada jumlah tersebut merupakan pelantikan baru bagi menggantikan penyandang yang digugurkan kerana faktor usia, prestasi atau meninggal dunia.

"Jangan anggap jawatan ini satu keistimewaan tetapi merupakan tanggungjawab yang berat. Laksana tugas sebaiknya kerana institusi ketua kampung paling penting untuk memberi perkhidmatan kepada akar umbi," katanya.

Pada majlis tersebut, semua ketua kampung terbabit membaca ikrar penerimaan jawatan untuk tempoh dua tahun sehingga 31 Disember 2012 diketuai Ketua Kampung Kampung Chepor Dalam, Ipoh, Sukiman Abdul Jalil.

2 comments: