Translate

Tuesday, January 25, 2011

120 ibu tunggal kaum Cina terima angpau

RAI. Seramai 120 ibu tunggal keturunan Cina menerima angpau daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran Wanita MCA Perak di Hotel Heritage, Ipoh baru-baru ini.

Sumbangan angpau itu bertujuan menceriakan ibu tunggal terbabit menyambut perayaan tersebut.

Zambry berkata, Perak merupakan negeri kedua mempunyai bilangan ibu tunggal teramai di negara ini selepas Selangor iaitu 126,810 orang.

Beliau berkata, sebanyak 33 peratus daripada ibu tunggal di negeri ini berumur antara 45 hingga 54 tahun dan kerajaan negeri Perak sememangnya memberikan bantuan bagi meningkatkan pendapatan golongan tersebut.

No comments:

Post a Comment