Translate

Thursday, September 16, 2021

Tiada pampasan untuk penduduk terjejas krisis air

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu tidak berhasrat untuk membayar pampasan kepada 28,700 keluarga yang terjejas dengan krisis air di daerah ini dan Kuala Nerus baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Terengganu, Mamad Puteh berkata, bantuan diberikan terhadap pengguna terjejas sudah mencukupi dan tidak menjadi masalah besar kepada mereka tetap menerima bekalan air sepanjang tempoh krisis air tersebut.

Beliau berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak 2.5 juta liter bekalan air telah dihantar kepada penduduk terlibat pada setiap hari menerusi 30 lori tangki sehingga berakhirnya krisis air berkenaan pada 10 September lalu.

“Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar telah meluluskan peruntukan RM1.04 juta bagi penyaluran bekalan air, air minuman dan mineral kepada penduduk terjejas selain sumbangan tanggungjawab sosial korporat daripada syarikat berkaitan kerajaan.

“Lagi tidak menjadi dasar kerajaan negeri sejak dahulu untuk membayar pampasan sekiranya berlaku masalah gangguan air,” katanya ketika mengulung perbahasan titah Diraja pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini hari ini.

Terdahulu, Bazlan Abdul Rahman (BN-Batu Rakit) sewaktu membahaskan titah Diraja semalam mencadangkan kerajaan negeri Terengganu agar membayar pampasan sekurang-kurangnya RM500 kepada setiap isi rumah yang terjejas dengan krisis air di daerah ini dan Kuala Nerus.

Kosmo! hari ini melaporkan kerajaan negeri Terengganu mengesahkan berlaku hakisan 80 meter pada kawasan paip utama yang pecah di Sungai Terengganu pada awal bulan lalu dipercayai disebabkan aktiviti pengorekan pasir. – K! ONLINE

Cadangan pindah Jeti Pelancongan Kuala Besut diteliti semula

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu memberi jaminan untuk mengkaji semula cadangan untuk memindahkan Jeti Pelancongan Kuala Besut ke Seberang Kastam, Besut.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman berkata, cadangan untuk memindahkan jeti itu terkandung dalam Draf Laporan Rancangan Tempatan Daerah Besut 2035 yang dilancarkan awal bulan ini.

Beliau berkata, ia merupakan sebahagian usaha kerajaan untuk memantapkan pembangunan infrastruktur pelancongan negeri khususnya Besut.

“Kita akan tengok balik (teliti semula) cadangan (memindahkan Jeti Pelancongan Kuala Besut) tersebut.

“Orang ramai terutama penduduk daerah Besut boleh memberi maklum balas sehingga akhir bulan ini,” katanya ketika menjawab soalan lisan Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman (BN-Kuala Besut) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-14 di sini hari ini.

Terdahulu Tengku Zaihan menyampaikan bantahan penduduk daerah tersebut tentang cadangan memindahkan Jeti Pelancongan Kuala Besut yang kini menjadi akses utama ke pulau peranginan terkenal, Pulau Perhentian.

Menurut beliau, penduduk tempatan gusar pemindahan jeti pelancongan ke Seberang Kastam akan memberi kesan negatif kepada pekan Kuala Besut yang selama ini bergantung kepada sektor pelancongan. – K! ONLINE

Dua ditahan curi 77 batang balak

HULU TERENGGANU - Dua lelaki tidak sempat membawa ke luar kayu balak yang dianggar kan bernilai RM13,000 selepas ditahan Jabatan Perhutanan Terengganu di Kampung Pela di sini pada Rabu lalu.

Pengarah Perhutanan negeri, Roslan Rani berkata, kenderaan yang membawa muatan hasil. hutan itu ditahan di Jalan Jerangau-Jabor di sini pada pukul 5 petang.

"Pemeriksaan lanjut terhadap lori tersebut menemui se banyak 77 batang kayu spesis berpaya, gerongang, jubin, bin tangor, terap, pulai dan kelat.

"Kesemua hasil hutan tersebut dipercayai dipindahkan ke dalam lori berkenaan tanpa sebarang pas atau kebenaran bertulis daripada Jabatan Per hutanan negeri," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Roslan memberitahu, pemandu lori dan kelindan mas ing-masing berusia 28 dan 19 tahun kemudian ditangkap bagi membantu siasatan.

Tambah beliau, kesemua hasil hutan dianggarkan bernilai RM13,000 yang dipercayai diam bil dari hutan berhampiran.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 68(1) Enakmen Perhutanan Negara (Penerimaan-pakai) 1986 Negeri Terengganu," katanya.