MOHD. AZLI ADLAN
SETIU - Banjir yang melanda Kampung Seri Bayas dekat Setiu hari ini telah menyebabkan seorang wanita sedang sarat hamil terperangkap di dalam rumahnya selepas jambatan yang menghubungkan kampung berkenaan ditenggelami air bah sedalam 0.5 meter.
Siti Maisarah Merasidi, 30-an, yang sepatutnya dijadualkan melahirkan anak keempat pada Rabu lalu telah di bawa keluar oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Setiu di sini dengan menaiki bot pada pukul 5.15 petang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Mustafa Ismail berkata, pihaknya telah menerima panggilan daripada Hospital Setiu di sini untuk memohon bantuan menyelamatkan Siti Maisarah yang terperangkap di dalam rumahnya bersama ahli keluarga akibat banjir pada pukul 1 petang.
"Pengurusan Hospital Setiu meminta bantuan bomba untuk menghantar Siti Maisarah ke hospital kerana bakal melahirkan anak bila-bila masa. Empat anggota bomba telah dikerahkan ke rumah wanita tersebut telah terperangkap bersama ahli keluarganya di Kampung Seri Bayas.
"Dia telah dikeluarkan dari kawasan banjir dengan bot penyelamat sebelum di hantar ke hospital," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE
Translate
Saturday, November 3, 2018
Setiu mula dilanda banjir
SETIU - Hujan lebat berterusan sejak tengah malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini mula dilanda banjir sehingga 0.5 meter hari ini.
Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohamed Zulkhairul Mohamed Razilah berkata, beberapa rumah penduduk di Kampung Besut dekat sini mula dinaiki air bah.
"Jalan Kampung Besut- Seri Bayas dan Kampung Besut, Teluk Tok Nab dekat sini turut ditenggelami banjir sedalam kira-kira 0.3 hingga 0.5 meter.
"Begitupun setakat ini, tiada pemindahan penduduk diperlukan dan beberapa laluan di jalan-jalan berkenaan masih boleh dilalui kenderaan," katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini. - K! ONLINE

300 peserta sertai program Pendakian Merdeka di Bukit Besar
PATRIOTIK. Seramai 300 peminat aktiviti lasak dari sekitar Terengganu menyertai program Pendakian Merdeka di Bukit Besar, Kuala Terengganu baru-baru ini.
Koordinator program, Che Adam A. Rahman berkata, program yang julung-julung kali diadakan itu bertujuan untuk menyemarakkan sambutan bulan kebangsaan.
“Kesemua peserta termasuk kanak-kanak mendaki Bukit Besar yang merupakan mercu tanda di bandar raya ini sambil membawa Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu Negaraku sebaik tiba ke puncak bukit,” katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)