MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Terengganu Football Club (TFC) mengikut jejak kelab tersohor Jerman, Bayern Munich untuk mendedikasikan jersi nombor 12 kepada penyokong.
Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Mohd. Syahrizan Mohd. Zain berkata, pihaknya telah memutuskan jersi bernombor berkenaan tidak akan digunakan oleh mana-mana pemain TFC mulai musim depan.
"Nombor tersebut akan didedikasikan khas kepada penyokong TFC yang dianggap pemain ke-12 kelab yang tidak pernah penat memberi sokongan padu kepada kelab.
"Ia juga sebagai pengiktirafan dan penghargaan terhadap semangat, disiplin dan aura luar biasa yang diberikan penyokong tegar TFC selama ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pada musim lalu, jersi nombor 12 dipakai pemain tengah, Shahrul Aizat Zulkifli. - K! ONLINE
Translate
Monday, December 3, 2018
JPN kesal sikap segelintir ibu bapa masih culas daftar kelahiran anak
MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegur sikap kurang prihatin sesetengah ibu bapa yang masih memandang mudah proses pendaftaran kelahiran anak masing-masing sehingga menimbulkan masalah kepada masa depan kanak-kanak tersebut di kemudian hari.
Ketua Pengarah JPN , Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, antara cabaran dihadapi JPN ialah sikap sesetengah orang kita yang tidak mengambil berat pendaftaran kelahiran anak walaupun menetap di kawasan bandar besar termasuk Kuala Lumpur.
Beliau berkata, agensinya sering berhadapan dengan karenah segelintir ibu bapa dan penjaga yang lewat mendaftarkan kelahiran anak mereka sehingga tempoh tujuh tahun.
"Mereka baru kelam-kabut pergi ke pejabat JPN apabila proses pendaftaran anak ke sekolah pada usia enam atau tujuh tahun terganggu.
"Masa itu baru paksa JPN cepat-cepat keluarkan sijil kelahiran anak mereka sedangkan prosedurnya perlu memakan masa bagi menyiasat kesahihan memandangkan kelewatan sudah berlaku dalam tempoh enam dan tujuh tahun," katanya selepas menghadiri majlis Temu Mesra bersama Media yang turut dihadiri Pengarah JPN Terengganu, Mohamad Nasir Kareem di sini semalam. - K! ONLINE

Sunday, December 2, 2018
Bahasa bukan halangan buat Damia Alexandria
KUALA TERENGGANU – Damia Alexandria Zakri, 12, muncul murid bukan Cina tunggal di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa Hei di sini yang memperoleh 8A dalam peperiksaan UPSR yang diumumkan semalam.
Anak keempat daripada tujuh adik-beradik itu mendapat semua A dalam subjek Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Bahasa Inggeris (Pemahaman), Bahasa Inggeris (Penulisan), Metamatik, Sains, Bahasa Cina (Pemahaman) dan Bahasa Cina (Penulisan).
“Saya dibantu rakan-rakan sekolah daripada kaum Cina untuk menguasai bahasa tersebut sejak tahun satu lagi.
“Saya juga tidak pernah mengikuti kelas tuisyen sebaliknya hanya menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru di dalam kelas.
“Pada peperiksaan percubaan lalu, saya sekadar memperoleh 5A, sekali gus memaksa saya menggandakan usaha pada saat-saat akhir,” katanya ketika ditemui selepas mengambil keputusan UPSR bersama ibunya, Hanoryati Hassan, 37, di sini semalam.
Difahamkan, Damia Alexandria merupakan salah seorang daripada tiga murid SJKC yang memperoleh 8A daripada 130 calon sekolah itu.
Dalam pada itu, seramai 114 calon dari 53 sekolah rendah di seluruh daerah Kuala Terengganu mendapat semua A dalam mata pelajaran yang diambil.

Subscribe to:
Posts (Atom)