KAMPAR - Seorang wanita China ditemui lemas selepas lebih 16 jam terjatuh ke dalam sebuah bekas lombong di Kampung Changkat Baru, Malim Nawar dekat sini semalam.
Mayat Yang Shuqin, 34, ditemui di dalam dasar bekas lombong terbabit oleh anggota Unit Penyelam Bomba dan Penyelamat Perak pada pukul 10.20 pagi.
Ketua Polis Daerah Kampar , Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam bekas lombong yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah sewanya pada pukul 6 petang kelmarin.
"Sebelum itu Shuqin dikatakan pergi ke bekas lombong berkenaan untuk menemani dua kenalan lelakinya memancing.
"Dia dipercayai telah tergelincir ketika sedang mencuci muka di tebing bekas lombong tersebut sebelum tenggelam," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
No comments:
Post a Comment