SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor yakin bayaran pampasan pengambilalihan empat syarikat konsesi perkhidmatan air di negeri tersebut tidak akan melebihi RM9.65 bilion seperti yang ditawarkan dalam perjanjian Memorandum Persefahaman ( MoU ) ditandatangani pada 26 Februari lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin berkata, kerajaan negeri telah membuat pertimbangan sewajarnya terhadap semua senario termasuk risiko kemungkinan pemegang saham syarikat-syarikat konsesi terbabit membawa isu tersebut ke timbang tara antarabangsa sebelum tawaran itu dibuat.
"MBI yakin penilaian harga ekuiti yang memberi pulangan tahunan sebanyak 12 peratus kepada pemegang saham tersebut tidak akan dipertikai oleh timbang tara antarabangsa.
"Sehingga kini tiada sebarang penolakan mengenai penilaian harga yang ditawarkan telah diterima," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Faekah mengulas dakwaan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen dari Parti Keadilan Rakyat bahawa pampasan pengambilalihan RM9.65 bilion mungkin melonjak sehingga RM14 bilion ekoran klausa timbang tara antarabangsa membolehkan syarikat konsesi meminta bayaran lebih.
No comments:
Post a Comment