KLANG - Jenazah Raja Bendahara Selangor, Almarhum Tengku Azman Shah selamat dikebumikan di Makam Diraja Selangor, Istana Alam Shah di sini semalam.
Bapa saudara Sultan Selangor Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah itu mangkat akibat sakit tua di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini pada pukul 2.31 petang kelmarin.
Istiadat pemakaman tersebut dihadiri Sultan Sharafuddin, balu Almarhum, Tengku Thuraya Sultan Ibrahim dan ahli kerabat diraja Selangor.
Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mohammed Khusrin Munawi dan Mufti negeri, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid.
Terdahulu, solat je-nazah almarhum Tengku Azman diadakan di Masjid Istana Diraja pada pukul 10 pagi.
Tengku Azman Shah merupakan putera Sultan Selangor ketujuh, Sultan Hisamuddin Alam Shah telah diputerakan di Klang pada tahun 1931.
Almarhum yang merupakan salah seorang Ahli Dewan Diraja Selangor dan pernah menjadi pemangku Raja Selangor meninggalkan enam putera dan puteri serta 10 cucunda.
No comments:
Post a Comment