DEKATI MASYARAKAT. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah mengadakan program komuniti polis di Kampung Tersusun Sri Rahmat , Batu Gajah , Perak baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah , Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, program tersebut diadakan untuk merapatkan lagi hubungan antara penduduk kampung dengan pasukan polis tempatan.
Katanya, antara aktiviti yang dijalankan, mengadakan gotong-royong untuk menceriakan suasana kampung tersebut termasuk Surau An-Naim di Batu Gajah .
"Program itu juga memberi ruang kepada penduduk untuk berkomunikasi secara terus dengan mengemukakan aduan atau cadangan kepada pegawai polis," katanya.
No comments:
Post a Comment