IPOH - Taman tema air terkenal di negeri ini, Lost World of Tambun ( LWOT ) menawarkan pelbagai penjimatan kepada pengunjung melalui penawaran kad keistimewaan Kolam Air Panas dan Spa LWOT yang dilancarkan di pasaran semalam.
Pengurus Besar LWOT , Calvin Ho berkata, kad tersebut dibahagikan kepada dua pakej menarik iaitu untuk individu dan keluarga yang mempunyai empat orang ahli."Pakej individu ditawarkan pada harga RM388, manakala keluarga sebanyak RM988 yang membolehkan pemegang kad menikmati potongan harga tiket dan kemudahan kolam air panas serta spa pada kadar yang menarik pada waktu operasi dalam tempoh setahun.
"Sebagai contoh, berbanding harga tiket berharga RM18 seorang, pemegang kad keistimewaan tersebut mendapat penjimatan untuk bersantai di Kolam Air Panas dan Spa LWOT dengan caj semurah RM1.06 sehari," katanya dalam satu pertemuan di sini semalam.
Tambah Ho, kad keistimewaan itu juga membolehkan pengunjung mendapatkan perkhidmatan spa dan urutan di taman tema itu dengan potongan harga sebanyak 15 peratus.
"Antara keistimewaan lain yang turut ditawarkan ialah kadar istimewa sehingga 65 peratus bagi penginapan di Hotel Lost World, Ipoh; Hotel Sunway, Georgetown; Hotel Sunway, Seberang Jaya dan Hotel Sunway Resort dan Spa, Petaling Jaya.
"Pemegang kad keistimewaan itu juga mendapat penjimatan 10 peratus hingga 20 peratus ketika menjamu selera di restoran dan kafe yang terdapat di taman tema dan hotel milik Kumpulan Sunway," jelasnya.
Menurut beliau, pemegang kad juga boleh membeli tiket kemasukan ke taman tema air LWOT serta Sunway Lagoon masing-masing dengan kadar 20 peratus dan 30 peratus lebih murah tetapi ia tertakluk empat tiket bagi setiap kunjungan.
No comments:
Post a Comment