azli.adlan@kosmo.com.my
WAKIL Perlis, Indera Kayangan menjuarai Kejohanan Dodgeball Komuniti 2010 peringkat Zon Utara yang diadakan di Extreme Park, Bandar Sunway, Ipoh semalam.
Pasukan yang diwakili ahli Rukun Tetangga (RT) Taman Kemajuan, Kangar itu menewaskan wakil Kedah, Red Fire dengan keputusan 6-5 dalam perlawanan akhir yang berlangsung sengit.
Kedua-dua pasukan akan mewakili Zon Utara dalam saingan Grand Final Kejohanan Dodgeball Komuniti 2010 yang akan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan, Ayer Keroh, Melaka pada 22 Mei ini.
Enam pasukan lain yang turut bertanding semalam ialah Honey Badger dari Pulau Pinang, Seladang Merah (Perak), Bintang Utara (Perlis), Wira Wirawati (Perak), Panthers (Pulau Pinang) dan Wira Satria (Kedah).
Sementara itu, Seladang Merah dinobatkan sebagai pasukan sorak terbaik, blogger terbaik (Honey Badger) dan pengulas terbaik (Wira Wirawati).
Semua hadiah disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Azman Amin Hassan.
Selain Indera Kayangan dan Red Fire, enam lagi pasukan dari Zon Tengah, Selatan dan Timur akan berentap pada saingan Grand Final nanti.
Kejohanan Dodgeball Komuniti 2010 telah membuka tirai di Kompleks Belia Rakan Muda Puchong, Selangor pada 10 April lalu dengan penampilan dari Zon Tengah melibatkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Seterusnya, Zon Selatan yang melibatkan Melaka, Negeri Sembilan dan Johor di Kompleks Sukan Ayer Keroh pada 17 April.
Zon Timur pula melibatkan Kelantan, Terengganu dan Pahang diadakan di Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 24 April.
No comments:
Post a Comment