Translate

Tuesday, April 27, 2010

22 GRO warga asing ditahan

IPOH - Seramai 22 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) dan pelacur warga negara asing yang sedang leka melayan pelanggan ditahan dalam Ops. Noda yang dilancarkan di tiga derah di Perak awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, semua wanita warga China, Thailand dan Vietnam berusia antara 20 hingga 28 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan di beberapa pusat hiburan dan hotel murah di sekitar Ipoh, Taiping dan Parit Buntar.

Menurutnya, dalam serbuan di Ipoh, empat wanita China yang dipercayai sedang menjalankan kegiatan pelacuran di tahan ketika sedang mencari pelanggan di sekitar Jalan Yang Kalsom di sini.

“Pihak polis percaya pelacur tersebut mencari pelanggan di sebuah kedai kopi di Jalan Yang Kalsom sebelum membawa pelanggan ke bilik hotel murah berhampiran yang sudah disewa untuk melakukan perbuatan tidak bermoral,” katanya kepada pemberita semalam.

Mohd. Dzuraidi berkata, dalam serbuan kedua di sebuah pusat karaoke di Simpang, Taiping, 14 GRO warga Thailand pula ditahan ketika sedang leka melayan pelanggan.

Beliau berkata, serbuan sama yang bermula pukul 1 pagi itu turut menahan empat GRO warga Vietnam di sebuah pusat hiburan di Taman Wawasan, Parit Buntar.

“Semua 22 wanita warga asing yang ditahan terbabit didapati menyalahgunakan pas lawatan untuk melakukan aktiviti tidak sihat,” katanya.

No comments:

Post a Comment