Translate

Saturday, November 28, 2026

Pengundi penentu status Bajet 2023

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KEMAMAN – Undi rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan menjadi penentu kepada kedudukan Bajet 2023 yang dibentangkan pada awal bulan ini. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bajet tersebut bukan sahaja terbesar dalam sejarah, malah akan memberi manfaat menye luruh kepada segenap lapisan masyarakat. 

Begitupun jelas beliau, Bajet 2023 hanya boleh diluluskan sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat menubuhkan kerajaan, sekali gus memboleh kan beliau kekal sebagai Perdana Menteri.

 “Kuasa untuk menggunakan bajet tersebut adalah di tangan tuan-tuan dan puan-puan untuk memilih pada (PRU15) 19 November ini. 

“Tuan-tuan yang akan menen tukan bajet itu akan dibentang kan semula dan diluluskan un tuk kepentingan tuan-tuan atau tidak diluluskan atau dipinda atau dibawa bajet baharu yang tidak memberi faedah sangat ke pada tuan-tuan,” katanya pada program Ramah Mesra bersa ma warga Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Bandar Seri Bandi di sini semalam. 

Ismail Sabri berkata, Bajet 2023 yang dirangka beliau ber sama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zaprul Tengku Abdul Aziz amat menyeluruh meliputi golongan wanita, belia, anak anak, warga emas, orang kelai nan upaya (OKU), bandar dan luar bandar. 

Beliau turut memberi jaminan, semua perancangan dalam bajet terbabit dan pembangunan yang sedang berjalan serta akan diteruskan sekiranya BN berjaya menawan Putrajaya pada PRU15 kelak.

Dalam pada itu, beliau berkata, pembangunan luar bandar di jamin akan terus diperkasa seki ranya BN terus diberi mandat menerajui negara. 

Ismail Sabri berkata, dia amat cakna dengan pembangunan luar bandar bukan hanya kerana be rasal dari kampung, malah pernah menjadi Menteri Pembangu nan Luar Bandar dan Wilayah.

“Pembangunan luar bandar sentiasa saya beri perhatian dan peruntukannya juga telah diper tingkatkan pada pembentangan Bajet 2023.

“Peruntukan Ketengah mi salnya akan dinaikkan kepada RM56 juta pada tahun depan berbanding RM39 juta pada ta hun ini. 

“Segala pembangunan dan perancangan ini akan diteruskan dengan syarat kerajaan di bawah kepimpinan saya bersama parti berwarna biru (Barisan Nasional) menguasai Putrajaya,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment