Translate

Friday, November 6, 2026

Suami isteri lelong sembilan tan tembikai sebelum tengkujuh tiba

SETIU – Sepasang suami isteri gigih menjual sembilan tan tem bikai yang diusahakan mereka pada harga murah bagi memas tikan ia dapat dihabiskan sepe nuhnya sebelum ketibaan musim tengkujuh tidak lama lagi. 

Norfazira Jafri, 32, berkata, dia dan suaminya, Zamarul Effendi Jusoh, 39, menjual tembikai dari kebun mereka seluas 0.81 hektar pada harga borong 50 sen hingga RM1.30 sekilogram mengikut gred.

 “Alhamdulillah sebanyak sem bilan tan tembikai sudah mulai matang dan dijual awal bulan ini. “Kami cuba memastikan semuanya dapat habis dijual sebe lum musim tengkujuh tiba pada bilabila masa,” katanya ketika ditemui di kebunnya di Kampung Nyatuh, di sini semalam. 

Norfazira berkata, dia dan suami sudah serik selepas pernah kerugian ribuan ringgit selepas kebun tembikai yang mereka usahakan ditenggelami banjir ketika Monsun Timur Laut (MTL) pada 2023.

 “Pengalaman perit itu mem beri pengajaran besar kepada kami agar sentiasa memantau perkembangan cuaca semasa. 

“Kualiti tuaian tembikai pada musim ini tidaklah terlalu baik ekoran cuaca tidak menentu.

 “Faktor cuaca menyebabkan kebanyakan tembikai dihasilkan bergred B dan C, manakala gred A pula sedikit,” katanya. 

Katanya, dia dan suami menjual tembikai gred A pada harga RM1.30, B RM1 dan C 50 sen bagi setiap kilogram. 

Tambahnya, mereka juga giat mempromosikan hasil tembikai menerusi media sosial 

No comments:

Post a Comment