Translate

Monday, November 9, 2026

Kedudukan JDT terus kukuh

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Mu noz berpuas hati dengan skuad kendaliannya te rus mempamerkan prestasi menyakinkan apabila menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-0 pada aksi Liga Super kelmarin. 

Beliau berkata, keupayaan anak buahnya meledak 28 gol tanpa dibolosi sebarang gol merupakan perkembangan yang amat positif. 

“Walaupun aksi dengan TFC ini tidak mudah, kita berjaya mempamerkan aksi positif malam ini (kelmarin). 

“Kita berjaya mencapai satu lagi perlawanan tanpa bolos. Penting untuk meneruskan mo mentum sebegini,” katanya selepas perlawanan di Stadium Sultan Mizan, Kuala Nerus kelmarin. 

Pada aksi tersebut, skuad Harimau Selatan berjaya menewaskan TFC 3-0 menerusi jaringan Bergson da Silva, Oscar Aribas dan Shahab Zahedi pada minit ke-25, 41 dan 86. 

Ia membolehkan JDT selaku juara bertahan kukuh di persada liga dengan 18 mata penuh se epas enam perlawanan sambil dicabar Selangor FC yang berada di tangga kedua.

 Munoz berkata, JDT kini sedang membina menjadi pasukan yang utuh secara ofensif mahu pun defensif. 

Beliau berkata, keupayaan tersebut hasil kerja keras ke semua barisan pemain yang menyarung jersi JDT bukan sekadar kesebelasan utama sahaja. 

“JDT mempunyai keseimbangan dalam pasukan. Saya mungkin akan melakukan penggiliran pemain. Begitupun hanya (pemain) yang terbaik sahaja layak beraksi dan diturunkan. Ia penting dan ini yang saya tuntut daripada semua pemain (JDT),” katanya

No comments:

Post a Comment