Translate

Friday, November 13, 2026

252 baki pekerja tuntut pampasan

KEMAMAN – Seramai 252 bekas pekerja Perwaja Steel Sdn. Bhd. (Perwaja Steel) menuntut hak mereka yang masih belum menerima pampasan pemberhentian kerja setelah lapan tahun syarikat itu menutup operasi. 

Wakil bekas pekerja, Hamdan Khalid, 59, berkata, mereka merupakan baki pekerja yang tertinggal daripada menerima pampasan disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 24 April lalu. 

“Syukur seramai 709 bekas rakan sekerja kami telah menerima pampasan masing-masing bulan Ramadan lalu.

“Jadi kami tuntut juga hak kami sebagai pekerja yang tetap setia bersama Perwaja Steel sehingga di hari terakhir penutupannya pada November 2014,” katanya.

Sebelum itu satu perhimpunan aman diadakan menuntut pampasan tersebut di hadapan bekas kilang Perwaja Steel di Teluk Kalong di sini semalam. 

Hamdan berkata, nilai keseluruhan pampasan yang dituntut melibatkan 252 bekas pekerja berpangkat eksekutif tersebut dianggarkan kirakira RM9.4 juta. 

“Kami difahamkan hasil jualan sebahagian asetaset Perwaja Steel telah diterima,” katanya.

Sementara itu, seorang bekas kerani Perwaja Steel, Normawati Mohd. Noor, 62, berkata, dia dan rakanrakannya telah sabar menunggu pembayaran pampasan itu sejak lapan tahun lalu. 

“Bayangkan kami tetap pergi bekerja lapan bulan tidak dibayar gaji. Tahu-tahu kami menerima notis penutupan syarikat.," katanya.

Dalam pada itu, peguam Wan Syahir Azmir Wan Mohd. Razi dari firma guaman, Nazri Yahya & Co. berkata, pihaknya akan melakukan perundingan di luar mahkamah bagi membantu 252 bekas pekerja Perwaja Steel terbabit menerima pampasan masing-masing

“Jika rundingan gagal, kami akan bawa ke mahkamah,” katanya. 

Kosmo! 25 April lalu melapor kan penantian hampir tujuh ta hun buat 709 bekas pekerja Perwaja Steel yang diberhentikan kerja akibat penutupan syarikat berakhir apabila mereka menerima pampasan.

Perwaja Steel yang merupakan antara kilang besi keluli terbesar dan terkenal di negara ini yang terpaksa ditutup akibat masalah kewangan yang meruncing pada November 2014.

No comments:

Post a Comment