Translate

Sunday, November 30, 2025

BAP talian hayat awal tahun

 

  • Oleh NOOR HASLIZA NUSI, MOHD. AZLI ADLAN, ABDUL RAZAK IDRIS dan ROHANA MOHD. NAWI

PETALING JAYA – Keputusan kerajaan meneruskan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) seba­nyak RM150 kepada 5.2 juta murid sekolah disambut baik ibu bapa yang menyifatkan ia sebagai talian hayat awal tahun untuk menguruskan perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka. 

Rata-rata ibu bapa yang ditemui Kosmo! Ahad berterima kasih kepada kerajaan yang terus membantu rakyat tanpa mengira had pendapatan bagi mengurangkan kos pembelian kelengkapan sekolah seperti pakaian seragam, kasut, alat tulis dan lain-lain. 

Di Shah Alam, Selangor, seorang kakitangan swasta, Mohd. Hadi Yusairi, 38, melahirkan rasa syukur dengan pemberian BAP tersebut kerana dianggap menjadi suntikan awal untuk persiapan persekolahan anak-anak.

Katanya, dengan tiga anak yang masih bersekolah, perbelanjaan untuk membeli pakaian, kasut, buku dan beg baharu bukan lagi perkara kecil kerana harga barangan semakin meningkat.

"Bantuan ini juga membolehkan ibu bapa membuat persediaan lebih awal tanpa perlu menunggu gaji atau berhutang semata-mata untuk membeli kelengkapan sekolah.

"Ia nampak kecil, tapi besar ertinya BAP ini bagi kami menanggung pelbagai komitmen bulanan," katanya.

Kelmarin ketika membentangkan Belanjawan 202 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan meneruskan pemberian BAP melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM800 juta.

Dalam pada itu,  di Kuala Terengganu, seorang ibu, Siti Jamilah Hanim Jamil, 42, berkata, inisiatif kerajaan meneruskan BAP itu sememangnya melegakan dia dan suami.

"Saya mempunyai empat anak yang bersekolah iaitu darjah satu hingga tingkatan empat pada tahun hadapan.

"BAP keseluruhan RM600 itu amat membantu kami membeli kelengkapan sekolah anak-anak. Saya tidak keberatan untuk hadir ke sekolah anak-anak untuk menerimanya seperti disyaratkan," katanya.

Di Georgetown, Pulau Pinang, seorang ibu tunggal, Farizah Adani Ismail, 35, berkata, bantuan tersebut seumpama talian hayat kedua buat dirinya dalam memenuhi keperluan persekolahan empat anaknya.

"Saya ada lima anak, empat masih bersekolah, seorang di prasekolah, tiga di sekolah rendah, manakala seorang di sekolah menengah.

"Dengan bantuan ini saya boleh membeli barang sekolah termasuk kasut dan baju sekolah serta peralatan sekolah mereka yang lain, memang rasa lega," katanya.

Di Kota Bahru, Kelantan, seorang penjawat awam, Ismal Ya, 55, berkata, BAP tersebut sememangnya ditunggu-tunggu oleh golongan ibu bapa terutamanya yang mempunyai ramai anak bersekolah.

"Saya lega apabila kerajaan meneruskan BAP pada tahun depan. Bantuan ini banyak membantu saya untuk membeli peralatan sekolah anak-anak sejak beberapa tahun lalu.

Bagi Siti Hajar Mohamad, 35, ibu kepada empat orang anak yang masih bersekolah, bantuan itu membantu meringankan persediaan awal tahun persekolahan.

"RM150 untuk setiap anak memang membantu. Kalau anak ramai macam saya, jumlahnya boleh cecah RM600, cukup untuk beli kasut, beg dan alat tulis. Harapan bayaran dapat dibuat lebih awal tahun depan," katatanya.

Mangsa scam dapat semula RM629,124

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

 KUALA TERENGGANU – Polis berjaya memulangkan semula wang sebanyak RM629,124 atau 45 peratus daripada nilai yang dicuri sindiket penipuan kepada mangsa di negeri ini sejak awal tahun ini.

 Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, pemulangan semula wang penipuan kepada mangsa itu merupakan yang tertinggi di seluruh negara.

 “Peluang untuk mendapat kan semula wang yang ditipu lebih tinggi sekiranya mangsa segera menghubungi Pusat Re spon Scam Kebangsaan (NRSC) menerusi talian 997 sebaik menyedari transaksi mencurigakan melibatkan akaun bank peribadi. 

 “NRSC akan mengaktifkan tin dakan sitaan akaun bank penerima mengikut Seksyen 435 Kanun Acara Jenayah dalam tempoh kurang 24 jam selepas laporan di terima,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini semalam. 

 Menurut beliau, sitaan wang hasil aktiviti scammer akan dipu langkan semula kepada mangsa selepas mendapat perintah dari pada mahkamah. 

 Siasatan lanjut mendapati kebanyakan kes penipuan di Terengganu didalangi sindiket dari luar negeri ini termasuk Lembah Klang yang memanipu lasi penduduk tempatan untuk menjadi keldai akaun.

Dalam perkembangan sama, katanya, kes jenayah komersial di Terengganu meningkat 64 peratus kepada 1,755 kes dalam 10 bulan tahun ini membabitkan kerugian berjumlah RM24.1 juta berbanding RM19.9 juta dalam tempoh sama tahun lalu. 

 “Majoriti kes melibatkan peni puan dalam talian iaitu sebanyak 457 kes iaitu kenaikan 191 kes berbanding tempoh sama ta hun lalu. Phone scam (peni puan panggilan telefon) pula mencatatkan 196 kes, manakala love scam (33 kes),” katanya. 

 Mohd. Khairi menasihati orang ramai agar lebih berwas pada dengan modus operandi sindiket scammer yang sentiasa berubah-ubah seiring dengan perkembangan teknologi terkini. 

 Terdahulu, beliau menyaksikan majlis serah tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ko mersial (JSJK) Terengganu antara Superintendan Shahriman Shaari dengan Deputi Superin tendan Mohd. Hanif Yusoff yang memangku jawatan tersebut sebelum ini

Pekerja inap desa rakam pempengaruh di bilik air


 Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

 KUALA TERENGGANU – Seorang peniaga wanita yang juga pempengaruh popular mendakwa telah diintip dan dirakam sewaktu berada di dalam bilik air sebuah inap desa di Manir di sini pada Selasa lalu.

Mangsa berasal dari Ampang, Selangor mendakwa perbuatan itu didalangi salah seorang pekerja inap desa tersebut pada pu kul 12.30 tengah malam. 

 Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Az li Mohd. Noor berkata, mangsa mengesyaki dirinya diintai apa bila ternampak tangan seseorang sedang memegang telefon bimbit untuk merakam video dari luar tingkap bilik air itu.

 “Mangsa yang terkejut menjerit meminta tolong suaminya se belum mereka mengesan kelibat seorang lelaki disyaki individu mengintipnya melarikan diri dengan menunggang motosikal,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. 

 Azli berkata, mangsa telah memaklumkan kejadian kepada pemilik inap desa sebelum pekerjanya tampil mengaku perbuatannya pada malam, Selasa lalu. 

 Katanya, suspek berusia 30an mendakwa telah memadamkan rakaman video mangsa di bilik air berkenaan. 

 “Mangsa dan keluarganya tidak berpuas hati telah meminta suspek menyerahkan telefon bimbitnya sebelum membuat laporan di Balai Polis Manir di sini pada pukul 12.09 tengah hari kelamarin.

  “Siasatan awal mendapati mang sa dan keluarganya menyewa inap desa itu selama empat hari bermula 25 Ogos lalu dengan kadar bayaran RM5,250 bagi tujuan menjalani sesi penggambaran baju Melayu dan bercuti,” katanya. 

 Azli berkata, pemeriksaan mendapati televisyen litar tertu tup (CCTV) yang dipasang tidak menghala ke lokasi kejadian dan tiada saksi lain melihat kejadian ter sebut. 

 Katanya, gerakan mengesan suspek yang menghilangkan diri selepas kejadian sedang dilaku kan bagi membantu siasatan me ngikut Seksyen 509 Kanun Ke seksaan dan Seksyen 447 akta sama serta Seksyen 14 Akta Kesa lahan Kecil 1955.

Mudir direman lagi, amang seksual pelajar tahfiz lelaki

KUALA TERENGGANU - Seorang mudir sebuah pondok di Tumpat, Kelantan ditahan sekali lagi kelmarin bagi membantu siasatan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar tahfiz di Batu Rakit, Kuala Nerus, di sini tujuh bulan lalu. 

 Lelaki berusia 46 tahun yang dikenali sebagai Abuya tersebut ditahan di pekarangan sebuah madrasah di Wakaf Bharu, Tumpat pada pukul 7.30 malam. 

 Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, siasatan awal mengesyaki suspek melakukan amang seksual zikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.

 Beliau berkata, perbuatan tersebut disyaki berlaku di dalam sebuah pondok di Batu Rakit, Kuala Nerus pada pukul 9 malam, Februari lalu. 

 “Semakan mendapati suspek memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes sek sual luar tabii dan pengania yaan terhadap kanak-kanak.

 “Dia telah direman selama lima hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan,” ka anya ketika dihubungi Kosmo! semalam. 

 Azli berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 14(a) Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 

 Jumaat lalu, Kosmo! melaporkan, lelaki sama telah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Pasir Mas atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual zikal terhadap pelajar lelaki dan memiliki gambar lucah pada Jun 2024 hingga 20 Ogos lalu. 

 Dia bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan terbabit.

Sehidup semati sampai akhir hayat


Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Hidup bersama dan mati pun bersama.

Itu takdir dilalui pasangan suami isteri yang lemas apabila bot fiber dinaiki mereka terbalik akibat dipukul ombak besar di perairan Kuala Merchang, Marag dekat sini kelmarin.

Tragedi menyayat hati yang meragut nyawa Abdul Rahim Mustaffa, 47, dan isterinya, Norhasria Che Osman, 46, itu menyebabkan enam anak yang ditinggalkan masing-masing berusia antara 16 hingga 26 tahun kini menjadi yatim piatu sekelip mata.

Sewaktu kejadian pada pukul 3.30 petang itu, Abdul Rahim dan Norhasriah sedang memancing ikan di perairan berkenaan.

Anak keempat mereka, Muhammad Haziq Adha, 19, berkata, ibunya yang merupakan suri rumah mengikut bapanya turun ke laut untuk menangkap ikan sambil menguji bot fiber baharu sempena cuti Hari Kebangsaan.

"Ayah (Abdul Rahim) bekerja kampung termasuk menjadi nelayan pantai sejak bersara dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada kira-kira enam tahun lalu.

"Memang ibu (Norhasriah) kerap mengikut untuk menemani ayah. Mereka turun ke laut pada pukul 7.45 pagi selepas memaklumkannya kepada adik kelima saya (Nur Najihah, 16)," katanya ketika ditemui di pekarangan Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini semalam.

Menurut Muhamamd Haziq Adha yang merupakan pembantu kedai runcit, dia berasa tidak sedap hati apabila ibubapanya masih tidak pulang dari laut pada pukul 3 petang.

Malah, dia terkejut apabila dihubungi salah seorang rakan bapanya yang juga nelayan dan memaklumkan telah menjumpai sebuah bot terbalik disyaki milik keluarganya di tengah laut.


"Saya terus meluru keluar ke jeti yang biasa ayah gunakan untuk letak bot fiber, Tidak lama kemudian, saya dimaklumkan mayat ibu telah ditemui sebelum ayah pula kira-kira 15 minit kemudian," katanya.

Mengimbas kembali sebelum kejadian itu, Muhammad Haziq Adha berkata, dia perasan kucing betina peliharaan keluarganya yang bernama Puing kelihatan resah dan hanya mahu berdamping dengan ibu bapanaya sejak seminggu lalu.

"Dalam seminggu ini, Puing tidak mahu bermain dengan saya dan adik-beradik lain tetapi asyik berkepit dengan ibu dan ayah. Tidak sangka kami semua hilang orang tua secara serentak semalam (kelmarin)," katanya.

Dalam pada itu, jenazah suami isteri tersebut selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serating di sini kira-kira pukul 2.40 petang semalam.

Upacara pengebumian tersebut disaksikan hampir 200 orang terdiri ahli keluarga, sanak saudara dan penduduk kampung dalam keadaan hujan renyai.

Anak kedua Abdul Rahman dan Norhasriahm, Muhammad Aniq Arsyadm 24, yang merupakan pelatih TLDM berkata, dia bergegas pulang dari Pengkalan TLDM Lumut, Perak sebaik mendapat berita buruk tersebut.

"Kali terakhir ketika pulang ke kampung iaitu kira-kira tiga minggu lalu, arwah ayah sempat berpesan agar saya menjaga adik-adik yang lain sekiranya sesuatu terjadi kepadanya.

"Sebagai anak lelaki paling tua dalam keluarga, saya akan berusaha memegang amanah tersebut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd. Sofian Redzuan berkata, bot dinaiki Abdul Rahim dan Norhasriah dipercayai terbalik akibat dilambung ombak besar dan angin kencang sewaktu menangkap ikan di perairan Kuala Merchang.

Beliau berkata, mayat suami isteri itu ditemui antara pukul 4.30 petang dan 4.45 petang pada kedudukan tiga dan empat kilometer dari perairan Kuala Merchang.

Katanya, mayat mereka telah dihantar ke Unit Forensik HSNZ untuk tindakan lanjut sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serating, Marang.

"Saya menasihatkan orang ramai terutama komuniti nelayan agar mengambil kira ramalan cuaca sebelum turun ke laut.

"Perairan Kuala Merchang memang dilaporkan bergelora beserta angin kencang sejak Khamis lalu," katanya.

Saturday, November 29, 2025

Menyalakan harapan Malaysia, kisah nyata pelanggan legasi TNB

Bekalan elektrik yang telah dimanfaatkan sejak dahulu lagi bukan sahaja mengubah kehidupan rakyat yang tinggal di bandar tetapi di seluruh pelosok negara tidak mengira bangsa, agama dan taraf hidup.

TNB juga menjadi pengge­rak utama dalam usaha ini bagi me­mastikan segenap lapisan ma­syarakat mendapat manfaat, ma­lah menjadi pemacu kepada pel­bagai aktiviti ekonomi untuk pembangunan negara sekali gus menjadi pemangkin ke arah Ma­laysia mencapai ke tahap kejayaan sekarang.

Rata-rata warga emas yang di­temui di tiga buah negeri menghargai usaha TNB dan mengucapkan terima kasih kerana me­lalui man­faat tersebut, kehidupan me­­reka menyara ke­luarga dan me­­mastikan segala keperluan anak-anaknya membesar dalam si­tuasi yang menyenangkan.

Seorang penduduk Orang Asli Kampung Kundang di sini, Lina Lingau, 50, berkata, elektrik bukan sekadar memberikan cahaya kepada mereka tetapi memberikan sinar dan masa depan kepada masyarakat Orang Asli.


Ibu kepada lapan anak itu ber­kata, sebelum elektrik ‘masuk’ ke kawasan kampung itu hampir 20 tahun lalu, mereka hanya mengharapkan unggun api yang di­nyalakan di hadapan rumah untuk me­nerangi keluarga.

“Dulu kami kena masuk hutan pada waktu siang mencari sejenis kayu yang boleh terbakar lama untuk dinyalakan di hadapan rumah bagi menerangi sepanjang malam.

“Sekarang tidak perlu lagi nak masuk hutan untuk cari kayu api, sebab sudah ada elektrik memudahkan urusan harian.

“Mak cik dan anak-anak serta masyarakat Orang Asli di sini me­ngucapkan terima kasih kepada TNB kerana menerangi kami dan memberikan kemudahan kepada kami supaya kami tidak lagi ­ketinggalan,” katanya di sini baru-ba­ru ini.

Katanya, elektrik juga membe­rikan keselesaan kepada mereka untuk melakukan aktiviti harian se­perti membasuh, mengecas te­lefon dan sebagainya.

Malah, apa yang lebih bermakna adalah semua anak-anaknya mu­la bersekolah apabila elektrik mu­la memasuki kampung ber­kenaan seterusnya dapat me­mastikan anak-anaknya dapat ber­saing dengan masyarakat lain.

“Dulu masa tiada elektrik, anak-­anak mak cik memang ti­dak ma­hu ke sekolah, namun se­lepas elektrik masuk mereka sudah mu­la mahu ke sekolah.

Selain itu, Pesara Guru, Embong Muda yang sudah menjang­kau umur 101 tahun, masih me­ngingati detik permulaan dia dan keluarganya yang menetap di Kampung Sungai Rengas di sini, mula-mula menikmati bekalan te­naga elektrik lebih 50 tahun lalu.


Lelaki warga emas yang ber­gelar pendidik sejak awal tahun 1950-an itu berkata, rumahnya di­lengkapi kemudahan tenaga elek­trik pada tahun 1974 sekali gus menjadi pemangkin kepada ke­majuan perkampungannya.

“Pada peringkat awal, kami hanya menerima bekalan tenaga elektrik selama 12 jam sehari ­ia­itu antara pukul 7 pagi hingga 7 ma­lam.

“Itupun sudah begitu syukur dan seronok kerana sebelum itu ke­­hidupan malam kami hanya di­terangi oleh pelita minyak ta­nah dan lampu gasolin,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Rengas, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Embong berkata, tugasnya untuk mendidik anak bangsa pada mulanya juga turut berdepan banyak kekangan berikutan dua sekolah awalnya di Sungai Rengas di sini dan Bukit Diman, Hulu Terengganu masih belum dilengkapi bekalan tenaga elektrik.

Bapa kepada 11 anak itu ber­kata, beliau mula merasa nik­matnya mengajar dengan sekolah yang dilengkapi tenaga elektrik apabila bertugas di sekolah ketiga di Bukit Besi, Dungun pada tahun 1960-an.

“Pada masa itu, Bukit Besi me­rupakan antara bandar termaju di Terengganu berikutan kepesa­tan industri perlombongan bijih besi. Tidak hairanlah sekolah itu lengkap pelbagai kemudahan yang memudahkan proses pe­nga­jaran saya dan guru-guru lain.

“Waktu itu timbul rasa cemburu dengan harapan agar kampung saya (Kampung Sungai Rengas) juga dapat menerima bekalan api (tenaga elektrik) demi keselesaan isteri dan anak-anak yang tinggal di kawasan tersebut,” katanya.

Embong bersyukur doanya ter­makbul apabila kampung asal­nya turut ‘diterangi’ tenaga elek­trik hasil inisiatif Lem­baga Le­trik Negara (kini Te­naga Nasio­nal Berhad) tidak sampai 10 tahun selepas itu.

Sehubungan itu, beliau mena­sihati generasi muda agar me­man­­faat kemudahan canggih pa­da masa ini untuk menimba ilmu sebanyak mungkin sempena sam­­­butan Hari Malaysia baru-ba­­ru ini.

“Sekarang bukan sahaja kita se­lesa belajar di sekolah, malah ilmu mudah boleh diperolehi ­ha­­nya di hujung jari berkat tek­no­logi berikutan kemudahan te­naga elektrik,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Padang Gunung, di sini, Che Su Long, 69, masih ingat lagi bagaimana kehidupan keluarganya bergantung kepada pelita gas untuk menerangi rumah pada waktu malam.

“Waktu siang kami tak meng­hadapi masalah sebab ada cahaya matahari tetapi bila malam suasana kampung dan rumah jadi suram kerana tiada lampu.


“Saya, kakak dan dua adik terpaksa menggunakan pelita gas untuk belajar dan tiada aktiviti lain yang boleh dilakukan.

“Biasanya kami tidur awal, se­kitar pukul 9 malam,” katanya yang tinggl bersama ibunya, Piah Kasim, yang sudah berumur 101 tahun, di rumah mereka di kampung tersebut, baru-baru ini.

Kata ibu kepada dua anak itu, pembekalan elektrik bukan sahaja mengubah kehidupan keluarganya, malah seluruh pendu­duk kampung.

“Semua seronok bila dah ada elektrik, benda yang susah jadi mudah. Nak belajar pun lebih se­lesa sebab ada lampu yang te­rang-benderang.

“Orang kampung pula ramai yang mula berniaga. Bila dah ada lampu, mudahlah mereka nak buat kuih untuk jualan.

“Suasana kampung pun berubah jadi lebih ceria,” ujarnya.

Jelasnya, televisyen dan peti sejuk merupakan antara barangan terawal yang dibeli sebaik rumah­nya menerima bekalan elektrik sekitar tahun 1970-an.

“Bila ada televisyen, barulah kami tahu tentang dunia luar, apa yang berlaku. Sebelum itu, kalau nak tahu apa-apa berita kenalah keluar bersembang dan bertanya dengan penduduk.

“Sebelum ada elektrik, susah nak simpan ikan sebab tiada peti sejuk. Kalau beli banyak, kami terpaksa lengat ikan, iaitu dilumur dengan garam dan asam ja­wa sebelum dikukus. Kalau disimpan elok, boleh tahan lima hing­ga enam hari,” katanya.

Katanya lagi, dia bersyukur ke­rana melahirkan anak sulungnya di rumah pada tahun 1974, iaitu ketika kampung itu sudah me­nerima bekalan elektrik.

Tambahnya, betapa besar mak­na bekalan elektrik dalam ke­hidupan, justeru generasi mu­da perlu belajar bersyukur kerana mereka dapat menikmatinya tanpa perlu melalui kesulitan se­perti dahulu.

“Sekarang ini, bila bekalan elektrik terputus sekejap pun sudah tidak boleh duduk. Dengan ada­nya elektrik, semua jadi lapang dan lebih mudah.”

“Mereka juga dapat membaca buku dan membuat kerja seko­lah pada malam hari, tidak risau lagi dimarahi guru semasa di se­kolah.”

“Dengan adanya elektrik jadi anak-anak mak cik juga bersema­ngat untuk ke sekolah dan mak­ cik juga bersemangat setiap ha­ri,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pen­duduk, Norashikin Cheemeng, 21, berkata, dia bersama ibu dan anak-anaknya seme­mang­nya ber­syukur dengan ada­nya elektrik yang dapat memastikan mereka dapat menikmati nikmat pembangunan negara se­perti orang lain.

Katanya, dengan adanya elektrik dia bertekad membesarkan anak-anaknya dan memberikan mereka pendidikan ke peringkat tertinggi agar mereka juga berjaya seperti mana orang lain.

Orang ramai boleh mendapatkan keterangan lanjut menge­nai projek elektrifikasi luar bandar di Semenanjung Malaysia melalui pautan: https://www.tnbes.com.­my/portfolio/elektrifikasi-luar-bandar-di-semenanjung-malaysia/?lang=ms.

Rakyat diseru pertahan keamanan

 

Oleh JAMLIAH ABDULLAH, NORHAFIZAN ZULKIFLI, ABDUL RAZAK IDRIS, MOHD. AZLI ADLAN dan ASLIZA MUSA

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah agar keamanan dan perpaduan yang dikecapi negara ketika ini adalah nikmat besar yang perlu disyukuri serta dipertahankan rakyat. 

 Baginda menyeru agar seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang terus memelihara keharmonian di samping saling menghormati antara satu sama lain.

 “Dalam arus dunia yang serba mencabar ini, umat Islam sedang berdepan dengan pelbagai ujian baik dari aspek moral, sosial, ekonomi mahupun ideologi.

 “Maka, menjadi tanggung jawab kita semua untuk memperkukuh jati diri, memperkasa institusi keluarga serta memben tuk generasi muda yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia. 

 “Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi titik mula kepa da kebangkitan semangat baharu dalam kalangan umat Islam di negeri ini untuk kembali kepada nilai-nilai murni Islam yang sebenar dan terus istiqamah mene ladani Rasulullah dalam setiap aspek kehidupan,” titah baginda. 

 Baginda bertitah demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah Ta hun 1447 Hijrah/2025. Di Kuantan, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitah kan agar rakyat menjunjung prinsip keadilan dalam segenap urusan demi keamanan negara.

 “Sejarah Islam membuktikan keadilan merupakan tonggak perpaduan apabila Rasulullah sendiri memimpin masyarakat Madinah yang berbilang agama dengan penuh hikmah melalui Piagam Madinah.

 “Saya menyeru para pemim pin, ulama, penguat kuasa dan rakyat jelata supaya menjunjung keadilan dalam segenap urusan. 

 “Tanpa keadilan negara akan berpecah, tanpa kasih sayang, masyarakat akan rapuh. Islam datang sebagai rahmat untuk semua, bukan sekadar untuk satu bangsa atau kelompok,” titah baginda pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang di Kuantan semalam. 

 Keberangkatan baginda turut diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. 

 Di Ipoh, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah mengingatkan perjanjian yang dipersetujui ketika negara mencapai kemerdekaan tidak diper soalkan sewenang-wenangnya. 

 Titahnya, tindakan itu boleh menjejaskan sikap saling mempercayai antara satu sama lain selain diburukkan lagi oleh retorik politik yang mengeksploitasi isu kaum dan agama hingga menyalakan api perselisihan.

 “Kemerdekaan tanah air diperoleh secara rundingan dan diplomasi melalui kebijaksanaan dan sifat pragmatisme Al marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. 

 “Beliau melaksanakan run dingan dengan berlapang dada dan bersangka baik demi membangunkan sebuah Persekutuan Tanah Melayu yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum, menganut pelbagai agama, me warisi pelbagai budaya dan menguasai pelbagai bahasa.

“Kesemuanya diberikan te pat serta jaminan perlindungan yang saksama sebagai warga dalam sebuah negara merdeka. Tidak ada yang dipinggirkan, tidak ada penyisihan dilakukan,” titah baginda pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H di Casuarina@Meru kelmarin. 

 Di Kuala Terengganu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah mencadangkan agar rakyat negeri ini kembali menghidupkan amalan bacaan rawi, marhaban dan berzanji dalam kehidupan seharian. 

 “Amalan yang menjadi kelaziman pada zaman Sultan Terengganu ke-11, Sultan Zainal Abidin III antara 1881 hingga 1918 itu boleh dihidupkan semula secara meluas di masjid, surau, institusi pendidikan dan majlis komuniti. 

 “Mengikut catatan sejarah, pada zaman kesultanan mo yang beta majlis berzikir terma suk bacaan rawi, marhaban dan berzanji telah menjadi amalan yang subur dalam kalangan rak yat negeri ini, khususnya apabila tibanya bulan Rabiul Awal,” titah baginda.


Duit KWSP milik pensyarah, penyelia kilang dikebas

 KUALA NERUS - Wang Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) milik seorang pensyarah sebuah universiti di daerah ini dan seorang penyelia kilang di Kemaman lebur apabila menjadi mangsa penipuan. 

 Pensyarah wanita berusia 56 tahun yang memiliki kelulusan doktor falsafah (PhD) rugi RM244,925.61 apabila diperdaya skim pelaburan tidak wujud. 

 Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya pensyarah itu menerima pautan skim pelaburan me nerusi aplikasi WhatsApp pada pukul 10.15 pagi, 14 Ogos lalu. 

 “Mangsa yang ketika itu berada di dalam kampus universitinya secara tidak sengaja telah menekan pautan diberikan yang menawarkan tiga pakej pelaburan. Dia memilih pakej pelaburan yang paling rendah iaitu RM300,” katanya. 

 Menurutnya, wanita itu terkejut apabila dimaklumkan pelaburannya berjaya meraih keuntungan sebanyak RM14,000. Mangsa kemudiannya tambahan sebagai syarat mengeluarkan keuntungan berkenaan.

 “Mangsa tambah pelaburan nya sehingga keseluruhan RM244,925.61,” katanya. 

 Ujarnya, pensyarah itu menyedari dirinya tertipu apabila dia tetap tidak menerima keuntungan pelaburan dijanjikan. 

 “Selain duit KWSP, wanita itu menggunakan simpanan untuk melabur,” katanya. 

 Di Kemaman, seorang penyelia kilang rugi RM537,000 akibat diperdaya sindiket scammer. 

 Lelaki berusia 59 tahun turut kehilangan RM400,000 duit simpanan KWSP miliknya. 

 Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Razi Rosli berkata, kejadian berlaku apabila mangsa menerima panggi lan daripada individu kononnya wakil syarikat insurans dan pegawai polis pada 31 Ogos 2024.

 “Suspek mendakwa mangsa telah membuat tuntutan perubatan palsu di sebuah hospital swasta di Selangor. 

 “Mangsa diarah buka akaun bank baharu sebelum memindahkan duit KWSP RM400,000 ke dalamnya bagi menyelesaikan masalah itu,” katanya.

 Katanya, mangsa juga akur menyerahkan wang tambahan keseluruhan RM137,000 kepada suspek menerusi 56 transaksi ke dalam 30 akaun bank di antara 9 Februari hingga 12 September lalu.

 “Semakan mendapati simpanan RM400,000 di dalam akaun bank itu telah habis dike luarkan pihak ketiga dipercayai suspek ke dalam lapan akaun bank lain sebanyak 21 kali antara 5 September hingga 11 Septem ber 2024,” katanya. 

 Ujarnya, mangsa hanya menyedari tertipu apabila suspek gagal dihubungi.

Pasti Nurul Iman juara Kalam Jamaie

 


SEBAHAGIAN murid Pusat Asuhan Tunas Islam Nurul Iman bergambar selepas memenangi pertandingan Kalam Jamaie, Pidato dan Sajak Alam Ria di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Buruh tidak mengaku intai usahawan wanita

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan mengintai seorang wanita dan menceroboh inap desa di Banggol Peradong, Manir di sini pada 26 Ogos lalu.

Tertuduh, Ahmad Farhan Rizal Abdullah, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacaka di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Berdasar pertuduhan pertama, dia didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 36 tahun di sebuah inap desa di Banggol Peradong, Manir pada pukul 12.30 tengah malam, 26 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh inap desa itu pada tarikh dan masa sama. 

Majistret Noor Mazrinie membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM6,000 dan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 5 Oktober depan.

Sementara itu di mahkamah berasingan, Majistret Iffah Nabihah Mohd. Ishak memerintahkan Ahmad Farhan menjalani hukuman penjara enam bulan atas pertuduhan memasukkan dadah jenis amphetamine ke dalam badannya.

Kesalahan itu dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada pukul 12.15 tengah malam, 11 April 2016.

Tertuduh didakwa mengikut  Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Anith Nabilah Rusli manakala Ahmad Farhan pula diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Azlina Jaafar dan Nur Jawahir Muhd. Zulmajdi.

Friday, November 28, 2025

Luruan angin beralih ke Selatan Thai, sepatutnya Pantai Timur punca Hatyai bah

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Luruan angin yang sepatutnya bertiup ke arah Pantai Timur Semenanjung Malaysia beralih ke Selatan Thailand ekoran tekanan rendah Lautan Hindi punca berlakunya banjir besar di 10 wilayah di negara tersebut termasuk pusat pelancongan terkenal negara jiran, Hatyai. 

Penyelidik Meteorologi Fakulti Sains dan Sekitaran Sains, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Chung Jing Xiang berkata, luruan angin Monsun Timur Laut (MTL) sama sebelum ini telah menyebabkan banjir di wilayah tengah Vietnam baru-baru ini. 

“Luruan angin MTL biasanya akan bertiup ke arah Pantai Timur (Semenanjung Malaysia), namun disebabkan Lautan Hindi mengalami tekanan lebih rendah, ia bergerak ke arah barat sebelum bertembung di Selatan Vietnam. 

 “Luruan angin berkenaan seterusnya merentasi Selatan Thailand dengan Hatyai antara bandar terjejas banjir,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. 

 Jing Xiang berkata, luruan angin yang menyebabkan kelembapan berlebihan dijangka membawa hujan lebat ke Hatyai sehingga Khamis ini. 

 Beliau berkata, biarpun pusat bandar Hatyai jarang dilanda banjir dengan kali terakhir ia berlaku pada tahun 2010, namun ia turut mengalami hujan lebat luar biasa ekoran kedudukannya yang hampir dengan Pantai Timur Thailand. 

 Mengulas lanjut, Jing Xiang berkata, buat masa ini, tempias cuaca buruk di Selatan Thailand termasuk Hatyai turut memberi kesan hujan berlebihan di Kela tan, Perlis, utara Kedah dan utara Terengganu.

 Begitupun katanya, impaknya dilihat semakin berkurangan terutama di Terengganu dan Kelantan ekoran sistem tekanan rendah sedang terbentuk di sekitar utara Sumatera, Indonesia.

 “Sistem tekanan rendah itu sedang menarik kelembapan yang sedang berlaku di Pantai Timur ke arahnya. 

 “Bagaimanapun, Perlis dan utara Kedah masih perlu berjaga jaga kerana kedua-dua kawasan itu terletak di laluan pergerakan kelembapan bergerak dari timur ke barat berkenaan,” katanya

Selamat Pengantin baharu Wan & Liza

 


Ahli keluarga meraikan majlis pernikahan Norliza Aman dan Norazwandi Adlan di Masjid Raya, Tawau, Sabah baru-baru ini

Bawa pelancong Pulau Perhentian tanpa lesen

BESUT – Tindakan dua pengen dali bot penumpang yang disyaki membawa pelancong Pulau Per hentian dekat sini, tanpa permit sah membawa padah apabila ditahan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Kuala Besut kelmarin.

 Kedua-dua bot tersebut masing-masing ditahan pasu kan penguat kuasa APMM pada kedudukan di antara 20.9 dan 21.1 kilometer dari muara Kuala Besut pada pukul 10.51 pagi dan 12.18 tengah hari. 

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, pemeriksaan mendapati kedua-dua bot tersebut gagal mempamerkan lesen sah. 

 “Salah sebuah bot yang di tahan itu juga tidak mempunyai nombor pendaftaran pada badannya. 

 “Sewaktu ditahan kedua-dua bot tersebut membawa 17 pelancong tempatan dan asing,” katanya di sini semalam. 

 Hamiludin berkata, tiga lelaki warga tempatan termasuk dua tekong bot terbabit telah ditahan bagi membantu siasatan. 

 Beliau berkata, kes sedang disiasat mengikut Ordinan Perka palan Saudagar 1952. 

 “Kegagalan mempamerkan lesen sah dan beroperasi secara haram bukan sahaja melanggar undang-undang, malah risikokan keselamatan penumpang. 

 “APMM memandang serius pengendalian bot penumpang yang tidak mematuhi peraturan keselamatan,” katanya. 

 Hamiludin berkata, pengusaha bot yang membawa pelancong disaran mengikut prosedur operasi standard ditetapkan termas uk pemakaian jaket keselamatan dan had maksimum penumpang. 

 Katanya, operasi penguatkuasaan kepatuhan bot dan kapal di perairan itu akan dipertingkat kan terutama cuti sekolah.

Ribut Filipina burukkan banjir Sabah

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN dan IVAN AMIRUL

PETALING JAYA – Bencana alam di Sabah yang kian memburuk dijangka berterusan sehingga esok disebabkan hujan lebat yang berpunca daripada udara sejuk dibawa sistem tekanan rendah dari Filipina yang semakin kuat yang sedang bergerak laju ke arah Vietnam. 

Sehingga pukul 5 petang semalam, lebih 2,202 mangsa dipindahkan ke 19 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan lima buah daerah dan 651 keluarga, manakala 35 daripada 42 buah kampung terputus hubungan selepas air me­ningkat mendadak.

 Penyelidik Meteorologi Fakulti Sains dan Sekitaran Sains, Universiti Malaysia Terengganu, Dr. Chung Jing Xiang berkata, keadaan itu bermula sejak malam Ahad lalu dan berdasarkan data meteorologi, tekanan rendah dari Filipina itu akan mendarat di Vietnam esok. 

 “Oleh itu, ramalan menjangka kan sebelum tempoh itu, cuaca buruk akan terus melanda Sabah,” katanya kepada Kosmo!. 

 Dalam pada itu, hujan berterusan mengakibatkan beberapa kawasan berdepan dengan ke jadian tanah runtuh sehingga angka korban mencecah kepada 13 orang melibatkan enam kanak kanak dan seorang warga emas di Papar, Penampang serta Kolombong. 

 Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah mangsa te jejas adalah melibatkan daerah Beaufort, Penampang, Memba kut, Tawau, Papar dan Putatan. 

 Selain Sabah, negeri yang terlibat banjir hingga terpaksa membuka PPS termasuk Perak (1), Selangor (1) dan Sarawak (1) manakala Negeri Sembilan telah menutup PPS Kampung Jimah Lama, Port Dickson yang dihuni 33 mangsa semalam selepas keadaan semakin pulih.

 Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan, Ruslan Muharam berkata, kawasan paling teruk terjejas ialah di Jalan Bintuka Gadong, Suasa dan Bangkalalak yang kini tidak lagi boleh dilalui kenderaan biasa.

 “Banjir yang melanda bukan sahaja akibat limpahan Sungai Padas, tetapi turut dipengaruhi faktor air pasang surut laut yang menyebabkan air lambat surut. 

 “Saya sedang mempertim bangkan keperluan menempatkan bot kecemasan untuk membawa pesakit ke hospital memandangkan jalan darat tidak lagi selamat digunakan,” katanya. 

 Sementara itu, Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, tiga PPS dibuka un tuk menempatkan 215 mangsa daripada 63 keluarga ekoran bencana yang berlaku di Dewan Masyarakat Papar, Lok Kawi Heights Kinarut dan Balai Raya Kampung Mook Kinarut. 

 “Walaupun hujan telah reda sejak semalam, namun paras air kembali naik di beberapa ka wasan pagi ini dan ada penduduk yang baru mendaftar di PPS,” katanya. 

 Menurut Armizan, hujan lebat berlarutan sejak minggu lalu menyebabkan 18 jalan perhubungan terputus, masingmasing 12 akibat banjir kilat dan enam kerana tanah runtuh. 

 “Setakat ini, empat laluan boleh diakses semula. Selain itu, pencawang elektrik yang tumbang di kawasan terbabit turut menyebabkan bekalan terputus dan pihak utiliti sedang melaksanakan kerja-kerja pembaikan segera,” katanya. 

 Dalam pada itu, Armizan menyatakan sebanyak 15 sekolah dikenal pasti terjejas akibat banjir, namun sesi pembelajaran tidak terjejas kerana cuti sekolah. Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga lima mangsa yang maut dalam dua insiden tanah runtuh masing masing di Kampung Mook dan Kampung Marahang Tuntul. 

 Mayat kanakkanak perempuan, Kemiey Asphereynda Benny, 10, ditemukan selepas hampir 18 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan. Mangsa akhir itu ditemukan pada pukul 8.45 malam selepas pasukan SAR menjumpai mayat ibu dan adik lelakinya dalam tragedi itu. 

 Ibu mangsa, Wong Moi Ling, 34, dan adiknya, Christen Kell Benny, 6, ditemui lebih awal masing-masing pada pukul 4.20 pe tang dan 4.25 petang. 

 Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan penduduk di kawasan berisiko banjir di Sa bah agar sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan keluarga.

 Beliau berkata, pihak berkuasa sentiasa memantau perkembangan semasa, khususnya mereka yang berada di Penampang dan Beaufort.

Kebajikan pelajar IPT terus diperkasa

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BELANJAWAN 2026 yang dibentangkan minggu lalu jelas menunjukkan komitmen kerajaan untuk menyelesaikan sebaik mungkin isu di institusi pengajian tinggi (IPT).

 Peruntukan RM18.6 bilion yang diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meliputi penambahbaikan kemudahan kampus, kursus dan kebajikan, pembangunan sahsiah dan kebolehpasaran bakal graduan.

 Isu kekurangan kolej kediaman akan diatasi dengan pembinaan 1,000 unit residensi di Universiti Malaya dan kebajikan pelajar kurang berkemampuan terus dibela menerusi Ikhtiar Dapur Madani. 

Selain itu, pendidikan percuma turut ditawarkan kepada 5,800 anak keluarga miskin dan pengecualian bayaran balik bagi graduan kelas pertama.

Biasiswa, pinjaman dan elaun pendidikan kepada pelajar yang layak terus diperkasa.

Tumpuan turut diberikan kepada kursus-kursus berdaya maju seperti kecerdasan buatan (AI), perbankan kewangan Islam, ekonomi, perakaunan dan undang-undang. Program MySiswa Job On Campus pula ibarat serampang dua mata bagi membantu pelajar memerlukan bukan sahaja memperolehi pendapatan sampingan malah kemahiran keusahawanan.

 Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)  diperkukuh agar graduan kelak bukan sahaja mahir teori malah  terdedah dengan latihan industri antaranya pembangunan limbungan kapal pengajaran yang dilengkapi kemudahan penyelidikan dalam bidang maritim berteknologi tinggi menerusi projek Teaching Shipyard TVET Marine di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Mohd. Zamri Ibrahim berkata, fasiliti Teaching Shipyard TVET Marine kelak bakal memberi peluang kepada pelajarnya belajar berdasarkan pengalaman industri sebenar.

"Pelajar boleh terlibat secara langsung dalam kerja-kerja pembinaan, penyelenggaraan dan penyelidikan kapal, termasuk teknologi baharu seperti kapal elektrik dan hidrogen.

"Pengalaman ini diyakini mampu meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan dan menyediakan mereka dalam memenuhi keperluan industri sebenar," katanya kepada Kosmo!.

Katanya, pembangunan fasiliti Teaching Shipyard TVET Marine akan membuka jalan kepada penyelidikan bersama, perkongsian kepakaran serta pemindahan teknologi berimpak tinggi dengan pihak industri. Senergi itu bakal mengukuhkan lagi kedudukan UMT yang kini telah tersenarai dalam kelompok 300 universiti terbaik dunia.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof. Dr. Mohd. Izani Mohd. Zain pula berkata, insiatif Dapur Madani dan MySiswa Job on Campus amat membantu meringankan beban kewangan pelajar.

Berdasarkan Kajian Indeks Kesejahteraan Pelajar (IKP) dilaksanakan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UMT, masalah kewangan sering menjadi hambatan utama yang menjejaskan tumpuan dan motivasi pelajar.

"Dua inisiatif tersebut disambut baik kerana dapat memberi manfaat kepada kesejahteraan dan fokus pembelajaran pelajar.

"Dapur Madani yang dilakukan secara bergotong-royong dalam kalangan pelajar boleh menyerlahkan nilai-nilai murni seperti kerjasama dan empati.

"MySiswa Job on Campus pula umpama memberi pancing kepada pelajar terlibat untuk menambah rezeki di samping memperolehi pengalaman bermakna sebelum menamatkan pengajian," katanya.


Influencer ditahan, sita binaan platform

KUALA NERUS – Hasrat se orang pempengaruh untuk mempamerkan binaan platform dua tingkat lengkap de ngan set bilik tidur dan sebuah kereta mewah tidak kesampaian selepas disita pihak Maritim Malaysia (APMM) di perairan Pulau Bidong dekat sini kelmarin. 

 Dalam operasi pada pukul 6 petang itu, pihak berkuasa menyita platform terapung tersebut yang ditunda dengan bot pada kedudukan 29.63 kilo meter dari barat laut perairan Kuala Terengganu. 

 Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, dalam operasi sama, pihaknya menahan enam individu berusia 21 hingga 32 tahun termasuk pem engaruh lelaki itu.

 “Siasatan awal mendapati platform terapung yang mempunyai sebuah kereta di atasnya ditunda bot penumpang, manakala sebuah bot lain mengiringi pengangkutan air itu. 

 “Ia dijadikan sebagai lokasi penggambaran oleh pempengaruh berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. 

 Hamiludin berkata, pemerik saan awal mendapati binaan platform tersebut didirikan tanpa peralatan keselamatan, sekali gus boleh menimbulkan risiko keselamatan. 

 Jelasnya, platform terapung itu didapati beroperasi tanpa lesen sah daripada Jabatan Laut. 

 “Tindakan itu bukan sahaja melanggar undang-undang malah membahayakan nyawa kru, penumpang serta penggu na perairan lain,” katanya.

Thursday, November 27, 2025

Selamat pengantin baharu Fiqa

 

Ahli keluarga meraikan majlis pernikahan Nurul Shafiqah Mohamad Zaki dan Mohd. Azrul Udeh di Masjid Ar-Raudhah, Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor baru-baru ini

Banyak jeti pendaratan nelayan perlu dinaik taraf

  

KUALA TERENGGANU – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berharap dapat terus menerima peruntukan sewajarnya bagi terus membela kebajikan hampir 90,000 nelayan tempatan dalam pembentangan Bajet 2026 pada 10 Oktober depan. 

 Ketua Pengarah LKIM, Ham dan Mamat berkata, tumpuan perlu diberikan bagi menaik taraf kemudahan jeti pendaratan ikan di seluruh negara. 

 Beliau berkata, sebahagian fasiliti untuk nelayan tersebut didapati dalam keadaan uzur sehingga menyukarkan kerja-kerja pendaratan ikan oleh nelayan. 

 “Harap kerajaan dapat me luluskan penyediaan fasiliti untuk nelayan dan pembaikan kompleks-kompleks pendaratan (dalam pembentangan Bajet 2026). 

 “Banyak jeti pendaratan ikan perlu dibaik pulih untuk membantu komuniti nelayan. Saya juga berharap kerajaan-kerajaan negeri dapat mempermudah urus kelulusan tanah (bagi pembinaan fasiliti nelayan),” katanya di Chendering di sini semalam. 

 Beliau ditemui selepas menyerahkan bantuan peralatan menangkap ikan kepada 99 nelayan Terengganu. 

 Hamdan berkata, LKIM juga berharap golongan nelayan dapat terus menikmati subsidi dan insentif seperti bantuan sara hidup bulanan dan perumahan yang sedang dinikmati nelayan pada masa ini.

 Katanya, bantuan Sara hidup RM300 sebulan yang kini dinikmati kirakira 33,000 nelayan berkelayakan seluruh nelayan amat bererti buat golongan itu terutama sewaktu musim tengkujuh.

 “Mereka tetap menerima ban tuan sara hidup RM300 sebulan sewaktu tidak dapat turun ke laut pada musim bah,” katanya

Tiada operasi ‘pukat’ pada Himpunan RXZ Members 7.0

  

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

 KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu memberi jaminan peminat motosikal Yahama RXZ boleh menyertai Himpunan RXZ Members 7.0 selama dua hari ber mula Jumaat ini dengan tenang tanpa perlu risau ‘dipukat’ pihak berkuasa. 

 Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata, pihaknya tidak akan memilih pendekatan sekatan jalan raya (SJR) sepanjang penganjuran program yang dijangka disertai lebih 100,000 peminat motosikal Yamaha RXZ seluruh negara. 

 Sebaliknya beliau berkata, penguat kuasa undang-undang, kawalan ketenteraman awam dan kelancaran trafik akan dilak sanakan menerusi rondaan anggota polis bertugas. 

 “Seramai 600 pegawai dan anggota polis akan bertugas sepanjang penganjuran Himpu nan RXZ Members 7.0.

 “Kawalan akan dilakukan di lokasi penganjuran iaitu Litar Permotoran Terengganu di Gong Badak, Kuala Nerus dekat sini dan lokasi tumpuan peserta seperti tempat penginapan mereka di sekitar bandar raya ini dan daerah sekitar,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Terengganu di sini semalam. 

 Mohd. Khairi mengingatkan peseta RXZ Members 7.0 agar mematuhi undang-undang termasuk memiliki lesen memandu sah dan tidak mengubah suai motosikal tanpa spesifikasi yang dibenarkan.

 Beliau berkata, peserta himpunan itu juga diingatkan agar tidak membuat bising di tempat awam dan membawa barangan terlarang seperti dadah.

 “Sebarang pelanggaran undang-undang (oleh peserta) akan diambil tindakan tegas oleh pegawai dan anggota polis yang melakukan rondaan.

 “Mereka juga dinasihatkan menyelenggara motosikal masing-masing dengan baik dan berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan homestay (inap desa) yang tidak wujud,” katanya. 

 Mohd. Khairi berkata, sewaktu penganjuran Himpunan RXZ Members 6.0 yang dihadiri 60,000 orang pada tahun lalu, sebanyak sembilan kemalangan melibatkan peserta program itu dilaporkan. 

 Beliau berkata, kemalangan menyebabkan tiga kematian, manakala enam peserta lain pula cedera parah.

 “Tiga kes penipuan homestay (inap desa) melibatkan peserta program sama juga dilaporkan pada tahun lalu. “Kita juga mengeluarkan 89 notis kompaun dan menyita 15 motosikal peserta RXZ Members 6.0 atas pelbagai kesalahan dalam tempoh sama,” katanya.

Ribut Filipina burukkan banjir Sabah

Oleh MOHD. AZLI ADLAN dan IVAN AMIRUL

PETALING JAYA – Bencana alam di Sabah yang kian memburuk dijangka berterusan sehingga esok disebabkan hujan lebat yang berpunca daripada udara sejuk dibawa sistem tekanan rendah dari Filipina yang semakin kuat yang sedang bergerak laju ke arah Vietnam. 

Sehingga pukul 5 petang semalam, lebih 2,202 mangsa dipindahkan ke 19 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan lima buah daerah dan 651 keluarga, manakala 35 daripada 42 buah kampung terputus hubungan selepas air me­ningkat mendadak.

 Penyelidik Meteorologi Fakulti Sains dan Sekitaran Sains, Universiti Malaysia Terengganu, Dr. Chung Jing Xiang berkata, keadaan itu bermula sejak malam Ahad lalu dan berdasarkan data meteorologi, tekanan rendah dari Filipina itu akan mendarat di Vietnam esok. 

 “Oleh itu, ramalan menjangka kan sebelum tempoh itu, cuaca buruk akan terus melanda Sabah,” katanya kepada Kosmo!. 

 Dalam pada itu, hujan berterusan mengakibatkan beberapa kawasan berdepan dengan ke jadian tanah runtuh sehingga angka korban mencecah kepada 13 orang melibatkan enam kanak kanak dan seorang warga emas di Papar, Penampang serta Kolombong. 

 Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah mangsa te jejas adalah melibatkan daerah Beaufort, Penampang, Memba kut, Tawau, Papar dan Putatan. 

 Selain Sabah, negeri yang terlibat banjir hingga terpaksa membuka PPS termasuk Perak (1), Selangor (1) dan Sarawak (1) manakala Negeri Sembilan telah menutup PPS Kampung Jimah Lama, Port Dickson yang dihuni 33 mangsa semalam selepas keadaan semakin pulih.

 Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan, Ruslan Muharam berkata, kawasan paling teruk terjejas ialah di Jalan Bintuka Gadong, Suasa dan Bangkalalak yang kini tidak lagi boleh dilalui kenderaan biasa.

 “Banjir yang melanda bukan sahaja akibat limpahan Sungai Padas, tetapi turut dipengaruhi faktor air pasang surut laut yang menyebabkan air lambat surut. 

 “Saya sedang mempertim bangkan keperluan menempatkan bot kecemasan untuk membawa pesakit ke hospital memandangkan jalan darat tidak lagi selamat digunakan,” katanya. 

 Sementara itu, Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, tiga PPS dibuka un tuk menempatkan 215 mangsa daripada 63 keluarga ekoran bencana yang berlaku di Dewan Masyarakat Papar, Lok Kawi Heights Kinarut dan Balai Raya Kampung Mook Kinarut. 

 “Walaupun hujan telah reda sejak semalam, namun paras air kembali naik di beberapa ka wasan pagi ini dan ada penduduk yang baru mendaftar di PPS,” katanya. 

 Menurut Armizan, hujan lebat berlarutan sejak minggu lalu menyebabkan 18 jalan perhubungan terputus, masingmasing 12 akibat banjir kilat dan enam kerana tanah runtuh. 

 “Setakat ini, empat laluan boleh diakses semula. Selain itu, pencawang elektrik yang tumbang di kawasan terbabit turut menyebabkan bekalan terputus dan pihak utiliti sedang melaksanakan kerja-kerja pembaikan segera,” katanya. 

 Dalam pada itu, Armizan menyatakan sebanyak 15 sekolah dikenal pasti terjejas akibat banjir, namun sesi pembelajaran tidak terjejas kerana cuti sekolah. Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga lima mangsa yang maut dalam dua insiden tanah runtuh masing masing di Kampung Mook dan Kampung Marahang Tuntul. 

 Mayat kanakkanak perempuan, Kemiey Asphereynda Benny, 10, ditemukan selepas hampir 18 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan. Mangsa akhir itu ditemukan pada pukul 8.45 malam selepas pasukan SAR menjumpai mayat ibu dan adik lelakinya dalam tragedi itu. 

 Ibu mangsa, Wong Moi Ling, 34, dan adiknya, Christen Kell Benny, 6, ditemui lebih awal masing-masing pada pukul 4.20 pe tang dan 4.25 petang. 

 Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan penduduk di kawasan berisiko banjir di Sa bah agar sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan keluarga.

 Beliau berkata, pihak berkuasa sentiasa memantau perkembangan semasa, khususnya mereka yang berada di Penampang dan Beaufort.

Pesara mahu cepat kaya rugi lebih RM300,000 akibat ditipu

 KEMAMAN - Seorang pesara berputih mata kerugian RM301,350 akibat diperdaya skim pelaburan tidak wujud yang didalangi oleh satu sindiket penipuan,

Lelaki berusia 51 tahun yang bersara awal tersebut telah membuat laporan berhubung kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja'afar berkata, pada mulanya, lelaki berkenaan tertarik dengan  iklan pelaburan saham berkenaan yang dilihatnya di dalam laman Facebook pada 13 Julai lalu.

"Mangsa kemudianya menyertai skim pelaburan tersebut dengan modal keseluruhan RM301,350.

"Ia dibayar secara berperingkat menerusi 14 transaksi ke dalam lima akaun bank berasingan antara 16 Ogos hingga 2 Oktober lalu," katanya.

Wan Muhamad berkata, lelaki itu akhirnya sedar dia sudah tertipu apabila tidak memperoleh apa-apa pulangan daripada pelaburan tersebut.

Beliau berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tekanan rendah Lautan Hindi alih banjir ke Hatyai

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Luruan angin yang sepatutnya bertiup ke arah Pantai Timur Semenanjung Malaysia beralih ke Selatan Thailand ekoran tekanan rendah Lautan Hindi punca berlakunya banjir besar di 10 wilayah di negara tersebut termasuk pusat pelancongan terkenal negara jiran, Hatyai. 

Penyelidik Meteorologi Fakulti Sains dan Sekitaran Sains, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Chung Jing Xiang berkata, luruan angin Monsun Timur Laut (MTL) sama sebelum ini telah menyebabkan banjir di wilayah tengah Vietnam baru-baru ini. 

“Luruan angin MTL biasanya akan bertiup ke arah Pantai Timur (Semenanjung Malaysia), namun disebabkan Lautan Hindi mengalami tekanan lebih rendah, ia bergerak ke arah barat sebelum bertembung di Selatan Vietnam. 

 “Luruan angin berkenaan seterusnya merentasi Selatan Thailand dengan Hatyai antara bandar terjejas banjir,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. 

 Jing Xiang berkata, luruan angin yang menyebabkan kelembapan berlebihan dijangka membawa hujan lebat ke Hatyai sehingga Khamis ini. 

 Beliau berkata, biarpun pusat bandar Hatyai jarang dilanda banjir dengan kali terakhir ia berlaku pada tahun 2010, namun ia turut mengalami hujan lebat luar biasa ekoran kedudukannya yang hampir dengan Pantai Timur Thailand. 

 Mengulas lanjut, Jing Xiang berkata, buat masa ini, tempias cuaca buruk di Selatan Thailand termasuk Hatyai turut memberi kesan hujan berlebihan di Kela tan, Perlis, utara Kedah dan utara Terengganu.

 Begitupun katanya, impaknya dilihat semakin berkurangan terutama di Terengganu dan Kelantan ekoran sistem tekanan rendah sedang terbentuk di sekitar utara Sumatera, Indonesia.

 “Sistem tekanan rendah itu sedang menarik kelembapan yang sedang berlaku di Pantai Timur ke arahnya. 

 “Bagaimanapun, Perlis dan utara Kedah masih perlu berjaga jaga kerana kedua-dua kawasan itu terletak di laluan pergerakan kelembapan bergerak dari timur ke barat berkenaan,” katanya.

Wednesday, November 26, 2025

Wartawan jadi 'bomba'

 

Sebahagian pengamal media yang menyertai Program Kolaborasi Gabungan Kelab Media Malaysia bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu baru-baru ini.

Caruman Perkeso beri makna besar buat enam beradik

 

MARANG – Inisiatif Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melakukan caruman Skim Lin dung Kendiri, Pertubuhan Kese lamatan Sosial (Perkeso) kepada nelayan memberi makna besar enam beradik yang kehilangan ibu bapa akibat insiden bot terbalik di perairan Kuala Merchang di sini pada akhir bulan lalu. 

 Mereka termasuk tiga yang masih bergelar pelajar menerima manfaat faedah orang tanggun gan (FOT) Skim Lindung Kendiri bagi membantu kelangsungan hidup selepas bergelar yatim piatu. 

 Pengarah Perkeso Terengganu, Suhara Mustaffa berkata, Nur Nadhirah Abdul Rahim, 26, juga layak menerima faedah pengurusan mayat sebanyak RM3,000. 

 “Semakan Perkeso menda pati bapa mereka, Abdul Rahim Mustaffa, 47, yang terkorban dalam tragedi tersebut bersama isterinya, Norhasriah Che Os man, 46, merupakan pencarum aktif tajaan LKIM. 

 “Tiga anak Allahyarham yang masih belajar iaitu Nur Nazirah, 15; Nur Najihah, 16; dan Muham mad Haziq, 19, akan menerima FOT berjumlah RM850 sebulan,” katanya ketika menyantuni rumah keluarga tersebut di Kampung Pulau Kerengga di sini semalam. 

 Kosmo! 2 September lalu melaporkan Abdul Rahim yang merupakan nelayan tradisional maut bersama isterinya, Norhasriah setelah bot fiber dinaiki mereka terbalik sewaktu sedang menangkap ikan di perairan Kuala Merchang. 

 Suhara berkata, tiga beradik tersebut akan menerima FOT skim terbabit sehingga berusia 21 tahun atau sehingga menamat kan pengajian pada peringkat ijazah pertama.

 Beliau berkata, Nur Nazirah dan Nur Najihah yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang di sini, juga akan diambil menjadi sebahagian 37 anak angkat Perkeso Terengganu. 

 “Kita akan pantau pendidikan dan kebajikan mereka termasuk soal pendidikan,” ujarnya

Guru mahu selamatkan ibu rugi RM160,500 ditipu scammer

 KUALA TERENGGANU – Gara-gara takut ibu didakwa atas pertuduhan terlibat dalam kes pengubahan wang haram, seorang guru kerugian RM160,500 akibat diperdaya scammer. 

 Lebih teruk apabila wanita berusia 34 tahun itu turut membuat pembiayaan peribadi dengan bank dan meminjam kawan-kawan bagi menyerahkan wang kepada anggota sindiket itu kononnya bagi menyelesaikan kes tersebut. 

 Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, guru tersebut menerima panggilan daripada individu mendakwa kononnya wakil sebagai syarikat insurans.

 “Suspek mendakwa kononnya ibu mangsa membuat tuntutan insurans perubatan dari sebuah hospital di Ampang, Selangor berjumlah RM68,000.

 “Panggilan mangsa kemudian disambungkan kepada ‘pegawai’ dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang yang memberitahu ibu nya terlibat 31 kes pengubahan wang haram,” katanya. 

 Menurut Azli, mangsa mengikut arahan suspek supaya mem buat pembayaran dan memasukkan RM160,500 menerusi 33 transaksi ke dalam 26 akaun berbeza. 

 Beliau berkata, wanita itu hanya tersedar dirinya tertipu apa bila dimaklumkan salah seorang rakan sekerjanya yang mencurigai tingkah laku mangsa sebelum membuat laporan polis

‘Arwah ibu mahu saya jadi pensyarah’

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

MARANG – Kedukaan Nur Na bilah Abdul Rahim, 23, yang baru kehilangan ibu bapa seren tak dalam tragedi bot terbalik tiga minggu lalu sedikit terubat apabila kemasukan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dipermudahkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). 

 Anak ketiga pasangan Abdul Rahim Mustaffa, 47, dan Norhas riah Che Osman, 46, itu akan mendaftar masuk ke kampus UMT di Kuala Nerus pada minggu depan. 

 “Alhamdulillah, saya ditawar kan untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda Sains Akuakultur dengan Kepujian di UMT. “Tidak sangka pengurusan UMT menghulurkan bantuan awal pengajian yang amat mer ingankan saya untuk mendaftar masuk pada 28 September ini,” katanya selepas disantuni Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Mohd. Zamri Ibrahim di rumahnya di Pulau Kerengga di sini semalam.

 Nur Nabilah berkata, sebelum ini, dia berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma dalam jurusan sama di Politeknik Kota Bharu, Kelantan. 

 Katanya, dia berazam untuk belajar bersungguh-sungguh di UMT kelak bagi mencapai cita cita menjadi pensyarah seperti diimpikan kedua-dua arwah ibu dan bapanya. 

 “Arwah ayah dan ibu semasa hayatnya sering berharap sekurang-kurangnya salah seorang anaknya menjadi pendidik. Insya-Allah saya akan pegang amanat itu,” katanya. 

 Sementara itu, Zamri berkata, pengurusan UMT terpanggil untuk membantu Nur Nabilah setelah dia dan empat adik nya kehilangan ibu bapa sekelip mata supaya gadis tersebut dapat melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda 

 Beliau berkata, pengurusan UMT tidak mahu kesedihan dan kesukaran Nur Nabilah yang kehilangan tempat bergantung membantutkan peluangnya untuk menggenggam segulung ijazah.

 “Dia (Nur Nabilah) yang meru pakan anak pertama dalam keluarganya yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti juga layak untuk diserapkan dalam program Sulung.

 “Program khas itu menaja yuran pengajian pelajar berke layakan dalam kalangan keluarga B40 (kurang berkemampuan) dengan syarat mencapai sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif 3.0 setiap semester,” katanya.

Kosmo! 2 September lalu me laporkan Abdul Rahim yang me rupakan nelayan tradisional maut bersama isterinya, Norhas riah setelah bot fiber dinaiki mereka terbalik sewaktu sedang menangkap ikan di perairan Kuala Merchang


Pelajar baharu UMT tanam pokok bakau

 


Sebahagian pelajar baharu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menunjukkan isyarat bagus selepas menanam anak pokok bakau sempena Minggu Jalinan Mesra di UMT, Kuala Nerus, Terengganu baru baru ini