Translate

Tuesday, April 16, 2024

UniSZA, YTNZ jalin kerjasama tingkat industri songket Terengganu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjalin kerjasama strategik dengan Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) dalam usaha memastikan kelestarian seni tekstil dan tenunan songket yang merupakan warisan Terengganu.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Fadzli Adam berkata, kerjasama tersebut membantu mengukuhkan jaringan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terbabit dan YTNZ dengan pemain industri kraf tempatan.

“Kerjasama strategik dalam kelestarian kraf akan dilaksanakan menerusi Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT).

“Antara pendekatan yang akan diambil ialah pelaksanaan kursus akademik, pembangunan produk komersial, kajian dan perundingan serta promosi,” katanya di sini kelmarin.

Terdahulu beliau mewakili UniSZa menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Pengerusi YTNZ, Tengku Puteri Utama Raja Tengku Datuk Seri Nadhirah Zahrah.

Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah turut berkenan menyaksikan majlis menandatangani MoU terbabit.

Fadzli berkata, UniSZA sentiasa komited mendokong usaha YTNZ untuk terus memelihara dan memulihara kraf songket yang merupakan warisan Terengganu.

Tambah beliau, persefahaman terbaharu ini juga diharap dapat terus mengukuhkan penglibatan UniSZA dalam membantu kelangsungan industri kraf tempatan. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment