KUALA TERENGGANU – Orang ramai diingatkan tidak menghampiri pesisir pantai bagi mengutip kerang di bawa ombak be sar berikutan ketibaan Monsun Timur Laut (MTL) sejak minggu lalu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Nor Mahathir Muhamad berkata, pantai-pantai se luruh Terengganu tidak selamat untuk kunjungan pada musim tengkujuh ini berikutan kehadiran ombak besar dan keadaan laut bergelora.
“Beberapa hari lalu, remaja berusia 13 tahun hampir lemas sewaktu mencari kerang di Pantai Rusila, Marang. Dia bernasib baik diselamatkan orang awam.
“Jangan dekati kawasan be risiko musim tengkujuh se perti pantai. Tarikan ombak yang menghempas amat kuat ditakuti akan membuatkan mereka yang leka mencari kerang lemas,” katanya pada Perhimpunan Suku an JPBM Terengganu, di sini se malam.
Kosmo! 30 Oktober lalu melaporkan Pantai Rusila menjadi tumpuan ramai sejak kelmarin berikutan kemunculan kerang berikutan ketibaan MTL.
Nor Mahathir berkata, selain pantai, orang ramai juga dilarang untuk melakukan aktiviti air di sungai, air terjun dan tasik sepanjang tempoh MTL berakhir Mac tahun depan.
Jelasnya, pemantauan dilaku kan di 460 lokasi berisiko banjir di Terengganu dengan tiga daerah paling berisiko banjir ialau Kuala Terengganu dengan mempunyai 97 lokasi, Dungun (72) dan Hulu Terengganu (63).


