KUALA TERENGGANU – Kenaikan harga emas pada masa ini bukanlah berita gembira buat pengusaha emas di Terengganu.
Harga barangan kemas yang semakin mahal menyebabkan kebanyakan peminat emas tempatan mengurangkan pembelian barangan kemas.
Semalam dilaporkan emas mencatatkan harga tertinggi sebanyak RM493 bagi satu gram.
Tinjauan Kosmo! baru-baru ini mendapati deretan kedai emas di Pasar Besar Kedai Payang di sini agak sunyi daripada pelanggan sejak penghujung bulan Ramadan lalu.
Salah seorang pengusaha kedai emas, Zakaria Yusoff berkata, lazimnya premis perniagaan mereka penuh dengan pelanggan
yang ghairah mahu membeli barangan kemas baharu menjelang
sambutan Aidilfitri, namun ia
tidak berlaku pada tahun ini.
“Sambutan agak dingin pada
musim perayaan kali ini. Orang
ramai seakan sudah tidak teruja
untuk membeli barangan kemas
baharu untuk digayakan pada
Hari Raya Aidilfitri.
“Saya faham kerana harga
emas kini sudah mahal, lebih
RM405 segram di Terengganu, kalau di Lembah Klang, saya dengar sudah mencecah lebih RM450 segram,” katanya ketika ditemui di
Pasar Besar Kedai Payang di sini
baru-baru ini.
Zakaria berkata, harga emas
yang terlampau tinggi dan kuasa
beli berkurangan ekoran sesi
pembukaan sekolah terlali hampir dengan musim perayaan menyebabkan jualan barangan kemas di negeri itu agak merosot.
“Kita juga harap impak kehadiran pengunjung dalam kalangan
pelancong yang biasanya akan
melakukan percutian singkat sebelum pulang ke ibu kota pada 6
April ini,” katanya.
Seorang lagi pengusaha kedai emas, Ghazali Embong pula
berkata, dia tidak berpeluk tubuh menunggu pelanggan sebaliknya giat mempromosikan barangan kemasnya di media sosial.
“Harga emas diramal cecah
RM500 segram pada hujung tahun ini. Kami perlu kerap buat
‘live’ (siaran secara langsung) untuk promosi produk kedai emas
kami di media sosial,” jelasnya.
Tambahnya, dia menggunakan pelbagai cara pemasaran
bagi menarik pembeli.

No comments:
Post a Comment