Ketua Pegawai Eksekutif SACC , Shuhainie Shamsuddin berkata , sajian itu dihidangkan bersama nasi yang dimasak menggunakan ramuan yang cukup istimewa.
"Menu nasi kambing kebuli memang sudah lama menjadi sebutan ramai sejak lima tahun lalu kerana aromanya saja mampu menambat selera," katanya lagi.
Ujar Shuhainie, pada setiap hari, seekor kambing yang telah diperap dengan adunan 15 rempah-ratus akan dipanggang untuk dimakan bersama nasi.
Sajian itu juga katanya, boleh dinikmati bersama tiga jenis sos pilihan iaitu BBQ, lada hitam dan pudina. Bufet Ramadan di SACC turut menyajikan 120 juadah ala kampung pada harga RM88 bagi dewasa dan RM44 untuk kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment