Translate
Wednesday, December 19, 2012
Koo Ham minta maaf terhadap kenyataan di Twitter
IPOH - Setelah mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk daripada rakan dalam pakatan pembangkang, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham memohon maaf berikutan kenyataannya dalam akaun Twitter yang mempertikaikan bantahan umat Islam terhadap filem Innocence of Muslims.
Ahli Parlimen Beruas itu turut menarik balik kenyataan tersebut yang dibuatnya menerusi laman sosial mikro tersebut pada Isnin lalu.
"Saya menarik balik dan meminta maaf kepada mana-mana umat Islam yang tersinggung dengan Tweet saya kerana ia tidak bertujuan sedemikian," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Koo Ham dalam akaun Twitter miliknya baru-baru ini menggambarkan penentangan umat Islam terhadap filem yang menghina Nabi Muhammad SAW itu sebagai membuang masa dan tenaga.
Menurut Koo Ham , komen itu dibuatnya selepas dia menonton laporan berita di stesen televisyen luar negara mengenai bantahan keras terhadap penyiaran filem tersebut di seluruh dunia sehingga mengakibatkan kehilangan jiwa dan kerosakan harta benda.
"Apa yang dinyatakan dalam Tweet berkenaan hanya satu pandangan dalam konteks protes ganas yang berlaku di seluruh dunia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment