Oleh MOHD AZLI ADLAN
KEMAMAN – Gara-gara terlalu takut dikena tindakan perundangan kononnya atas dakwaan mengemukakan tuntutan insurans palsu, seorang penyelia kilang kerugian RM537,000 akibat diperdaya sindiket penipuan atau scammer.
“Suspek mendakwa kononnya mangsa telah membuat tuntutan perubatan palsu di sebuah hospital swasta di Selangor.
“Mangsa kemudiannya telah diarahkan untuk membuka akaun bank baharu sebelum memindahkan simpanan KWSP berjumlah RM400,000 ke dalamnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Mohd. Razi berkata, lelaki tersebut yang bimbang ditahan pihak berkuasa bukan sahaja telah menurut arahan berkenaan malah turut menyerahkan akses penggunaan akaun bank itu kepada suspek.
Beliau berkata, semakan kemudiannya simpanan RM400,000 di dalam akaun bank tersebut telah habis dikeluarkan pihak ketiga dipercayai suspek ke dalam lapan akaun bank lain antara 5 September hingga 11 September 2024.
“Selain itu, mangsa juga akur menyerahkan wang tambahan keseluruhan RM137,000 kepada suspek menerusi 56 transaksi ke dalam 30 akaun bank antara 9 Februari hingga 12 September lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:
Post a Comment