Oleh NOOR HASLIZA NUSI, MOHD AZLI ADLAN, SITI A'ISYAH SUKAIMI, AIMUNI TUAN LAH, ROSLIZA MOHAMED dan ERMA YUSNIDA JUSOH
PETALING JAYA – Trend pembayaran tanpa tunai menggunakan kod QR yang semakin meluas terutamanya di kedai makan dan restoran kini diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan penipuan.
Taktik licik ini bukan sahaja merugikan peniaga, malah boleh menyebabkan individu yang melakukan penipuan dengan mengemukakan resit pembayaran palsu diheret ke muka pengadilan dan seterusnya boleh dipenjara.
Modus operandi individu tersebut adalah membuat ‘pembayaran’ secara kod QR sebaik selesai makan atau ketika ramai pelanggan, namun tiada sebarang transaksi yang berlaku.
Di George Town, Pulau Pinang, kebanyakan peniaga makanan di negeri ini mendedah kan hampir setiap hari mereka diperdaya pelanggan menerusi pembayaran QR sehingga terpaksa menanggung kerugian mencecah RM100 sehari.
Mereka mendakwa, pelanggan terdiri dalam kalangan anak muda termasuk pasangan muda antara yang dikesan melakukan perkara sedemikian dan individu berkenaan kebiasaannya memi lih membuat pembayaran secara kod QR sebaik selesai makan dan ketika ramai pelanggan.
Seorang peniaga nasi campur, Fatimah Saari, 64, berkata, dia sudah lali dengan trend penipuan kod QR daripada gannya memandangkan mereka tidak menang tangan melayan jumlah pelanggan yang ramai pada setiap hari.
“Boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja yang makan percuma dengan tipu kod QR. Biasanya ini berlaku ketika premis kami dikunjungi ramai pelanggan yang datang untuk makan tengah hari.
“Memang kami tidak sempat tengok satu persatu dalam satu masa memandangkan terpaksa fokus kepada mereka yang buat pembayaran secara tunai. Namun, apabila semak pembayaran yang dibuat secara dalam talian memang ada yang tidak bayar.
“Pelanggan muda paling ramai (tipu kod QR), malah ada yang datang makan dengan ahli keluarga. Ada juga yang tidak bayar sampai RM80,” katanya.
Menurut Fatimah, dia kini lebih berhati-hati dalam uru san pembayaran di kaunter dan membuat keputusan menggunakan tiga pekerja bagi mengu ruskan hal pembayaran secara tunai dan online.
Di Gua Musang, Kelantan, beberapa penjaja di daerah ini mengaku serik untuk menerima bayaran melalui kod QR atau kaedah tanpa tunai selepas ke rap kali ditipu pelanggan.
Seorang peniaga pakaian di pasar malam, Azhar Mansor, 55, berkata, sebelum ini dia beberapa kali kerugian selepas ditipu oleh pelanggan yang menunjukkan bukti pembayaran palsu.
“Saya ditipu semasa berniaga pakaian di tapak pasar malam sempena Hari Raya Aidilfitri tahun lalu. Ketika itu, ramai pengunjung dan saya memang tidak sempat menyemak transaksi pembayaran setiap pelanggan.
“Apabila selesai berniaga, saya semak semula dan ada yang tidak membuat pembayaran. Ketika itu, saya kerugian hampir RM500 sehari,” katanya.
Seorang lagi peniaga, Hasnita Che Harun, 45, berkata, dia juga pernah berdepan kejadian ditipu oleh pelanggan ketika membuat jualan.
Katanya, pelanggan berkenaan menunjukkan resit pembayaran palsu yang kononnya sudah dilakukan melalui transaksi secara dalam talian.
“Pelanggan itu datang ketika saya sibuk melayan pelanggan lain di kedai. Saya kerugian se banyak RM128 ketika itu.
“Selepas kejadian itu, saya mengambil langkah berjaga-jaga apabila menggunakan alatan khas yang akan berbunyi setiap kali transaksi berjaya,” katanya.
Di Kuala Terengganu, seorang pengusaha kedai makan, Mohd. Hanif Sazali mengakui pernah beberapa kali mengalami pengalaman pahit ditipu pelang gan yang melakukan pembayaran menerusi kod QR sehingga kerugian mencecah ribuan ringgit.
Dia yang menceburi perniag aan makanan sejak enam tahun lalu berkata, taktik penipuan menggunakan kod QR yang biasa dilakukan ialah membayar kurang daripada amaun sebenar.
“Misalnya harga makanan yang patut dibayar RM50, dia ha nya bayar RM5 dan paling teruk ada yang bayar 50 sen atau 5 sen.
“Biasa terjadi sewaktu ramai pelanggan, kita sedang sibuk hingga tidak sempat menyemak akaun bank selain bersangka baik,” katanya.
Di Petaling Jaya, mahu cepat membuat pembayaran sehingga tidak sempat menunjukkan bukti transaksi antara taktik dilakukan segelintir pelanggan bagi menipu peniaga makanan.
Seorang peniaga kek, Wan Aida Shakina Wan Ariffin, 35, berkata, dia pernah ditipu dan kerugian RM20 selepas tiga pelanggannya tidak membayar empat kek yang dibeli mereka pada Julai lalu.
Katanya, sewaktu kejadian, dia sedang sibuk untuk memu lakan operasi perniagaannya di kiosk Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Puchong Indah sebelum didatangi tiga pelanggan kononnya mahu membeli kek.
“Mereka berusia dalam lingkungan 20an dan datang ke gerai untuk beli kek dengan setiap satu berharga RM5. Bila bayar, saya tidak nampak bayaran dan mereka pula tidak tunjuk bukti transaksi.
“Dia cepat-cepat cakap ‘saya dah bayar, dah bayar’ dan be lalu pergi. Saya pun rasa macam tidak selesa untuk minta tunjuk bukti sebab takut kita tak percaya pelanggan. Akhirnya, saya yang tanggung rugi,” katanya.

No comments:
Post a Comment