Translate

Tuesday, February 11, 2025

Penguat kuasa disyaki minta rasuah RM5,000 direman

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang pegawai sebuah agensi penguat kuasa ditahan reman selama lima hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan meminta rasuah RM5,000 daripada seorang wanita baru-baru ini.

Perintah reman tersebut dibenarkan Majistret Iffah Nabihah Mohd. Ishak di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, lelaki berusia 30 tahun tersebut ditahan di pejabatnya di Dungun pada pukul 3 petang semalam.

“Siasatan awal percaya suspek telah meminta rasuah sebanyak RM5,000 daripada seorang wanita pada awal bulan ini.

“Ia dipercayai sebagai dorongan kononnya agar tidak meneruskan pertuduhan terhadap wanita tersebut,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment