KUALA LUMPUR – Pembeli projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) diingatkan agar tidak melanggari syarat dengan menjual dan menyewakan hartanah tersebut.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, program Rumawip yang menawarkan rumah mampu milik pada harga di bawah RM200,000 adalah inisiatif kerajaan untuk membantu penduduk berpendapatan rendah dan sederhana bagi memiliki kediaman sendiri.
Katanya, jika mengikut harga pasaran semasa, nilai hartanah untuk kawasan strategik seperti Bandar Tun Razak tidak mampu dimiliki golongan terbabit kerana berharga antara RM600 hingga RM700 untuk sekaki persegi (0.093 meter persegi).
“Namun bagi membantu warga kota, kita bekerjasama dengan pemaju dan menawarkan unit pangsapuri seluas 74.32 meter persegi ini pada harga serendah RM150,000.
“Saya minta jangan jual, sewa dan spekulasi hartanah ini,” katanya ketika melancarkan sesi pengundian projek Rumawip, Residensi RazakMas di Bandar Tun Razak di sini semalam.
No comments:
Post a Comment