Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA LUMPUR - Syarikat jualan langsung, Home Direct Shopping Sdn. Bhd. (Home Direct Shopping) menyasar untuk memiliki kira-kira 100,000 pelanggan yang membuat pembelian barangan berjenama Best Products melalui katalog di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.
Pengurus Penjualan dan Pelbagai Home Direct Shopping, Fadzli Kamar Zainal berkata, barangan yang ditawarkan di dalam katalog itu terdiri daripada peralatan dapur, gajet, barangan kesihatan dan komestik
"Kami akan menghantar katalog kepada pelanggan berdaftar secara berkala dan produk-produk tersebut adalah eksklusif dan tidak boleh dibeli di premis lain atau secara dalam talian.
"Orang ramai yang meminat boleh memesan produk tersebut dan penghantaran akan dilakukan secara kiriman pos. Kumpulan sasaran kami ialah pelanggan berusia 40 tahun ke atas terutama yang menetap di luar bandar serta pekan-pekan kecil," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengumumkan dua penyanyi terkenal era 80-an, Ramlah Ram dan Nasier Wahab sebagai duta syarikat di sini baru-baru ini.
Turut hadir Pengurus Perundangan dan Peraturan Membeli-belah Terus dari Rumah, P. Saravanankumar dan Penasihat syarikat, Caroline Perodou.
Fadzli Kamar menjelaskan, walaupun ramai rakyat Malaysia kini lebih gemar untuk membeli secara dalam talian namun HDS percaya pemasaran secara konvensional menerusi pengedaran katalog masih mempunyai potensi besar di negara ini.
"Buktinya produk Best Products yang turut dipasarkan secara pesanan di dalam katalog masih mendapat permintaan tinggi di Amerika Syarikat dan Eropah.
"Malah sejak HDC beroperasi kira-kira dua bulan lalu, sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan lebih 1,000 pelanggan tempatan telah mendaftar untuk menerima katalog kami secara berkala," katanya.
Fadzli Kamar memberitahu, kebanyakan potensi pembeli itu menetap di pantai timur dan utara tanah air selain Sabah serta Sarawak.
Beliau berkata, produk Best Products keluaran syarikatnya dijual pada harga berpatutan antara RM29 hingga RM139 termasuk cukai barangan dan perkhidmatan dan maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian 03-2776111 atau melayari laman web www.bestproducts.my.
Adakah syarikat ini topeng penipuan???
ReplyDeletesetiap tuduhan perlu pembuktian dan diadukan kepada pihak berkuasa.
DeleteNombor telefon yg dipaparkan jua tidak menepati talian tempatan???
ReplyDelete