Translate

Friday, August 29, 2025

SPRM semai mesej antirasuah dalam Mega Fiesta TVET POLYCC

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyertai Mega Fiesta Latihan Teknikal dan Vokasional Politeknik dan Kolej Komuniti (TVET POLYCC) anjuran Politeknik Sultan Zainal Abidin (PMZA) Dungun.

Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd. Yazid berkata, penyertaan SPRM dalam program TVET yang disasar menarik penyertaan lebih 30,000 peserta tersebut sebagai penyedia program.

“SPRM Terengganu menganjurkan dua program antirasuah iaitu Diskusi Antirasuah Dana Awam dan Diorama Antirasuah.

“Kedua-dua program yang bertujuan menyuntik kesedaran antirasuah dalam Mega Fiesta TVET POLYCC tersebut disertai oleh 112 peserta dari institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya di sini hari ini.

Hazrul Shazreen berkata, program Diskusi Antirasuah Dana Awam menekankan bahaya rasuah yang bukan sahaja boleh menjejaskan ekonomi dan pembangunan negara malah menghakis nilai moral serta kepercayaan masyarakat terhadap institusi.

“Mereka menyampaikan mesej antirasuah secara kreatif menerusi ciptaan seni diorama.

“Pertandingan Diorama Antirasuah itu dimenangi Institut Pendidikan Guru Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus,” katanya.

Hazrul Shazreen berkata, mesej antirasuah menerusi dua program tersebut sampai kepada semua peserta.

Mega Fiesta TVET POLYCC yang bakal menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records pada 25 September depan. – KOSMO! ONLINE

Beliau berkata, Diorama Antirasuah pula bertujuan mendekati pelajar TVET terlibat bagi memberi pengetahuan bahaya jenayah rasuah.


No comments:

Post a Comment