azli.adlan@kosmo.com.my
TAIPING - Semalam merupakan hari paling bahagia buat penyanyi bermata bundar, Farawahida apabila sah dinikah dengan jejaka pilihannya, Abdul Shukur Mohd. Zain.
Dengan sekali lafaz, Farawahida Razali, 28, yang popular dengan lagu Tanpamu sah menjadi isteri kepada usahawan, Abdul Shukur, 29.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Naib Kadi Air Kuning, Imanuddin Zakaria dengan disaksikan keluarga kedua-dua belah pihak pada pukul 10.30 pagi.
Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan jumlah wang hantaran diterima.
Penyanyi itu turut menerima tujuh dulang hantaran daripada suaminya dan membalas sembilan dulang hantaran bagi pihak pengantin perempuan.
Turut hadir pada majlis pernikahan berkonsepkan Pulau Rahsia ialah ibu bapa Abdul Shukur, Mohd. Zain, 55, dan Soboriah Abdul Razak, 48, yang berasal dari Klang, Selangor.
Farawahida dan Abdul Shukur yang anggun berbusana putih rekaan Syarakim bersyukur jalinan percintaan mereka sejak lapan tahun akhirnya berjaya disimpul dengan ikatan perkahwinan.
Kedua-dua mempelai kemudian diraikan dalam majlis persandingan yang bertemakan Glamour Extravaganza di Dewan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) di sini pada pukul 8.30 malam tadi.
No comments:
Post a Comment