Oleh MOHD. AZLI ADLAN
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (gambar) menghormati pendirian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menolak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Begitupun, beliau memilih untuk tidak mengulas lanjut bagi memastikan usul ‘formula baharu’ bagi memulihkan maruah bola sepak negara yang dikemukakannya kepada Tunku Ismail dan Ahli Jawatankuasa (Exco) FAM baru-baru ini berjalan lancar.
“Saya tak mahu menjejaskan ‘rundingan damai’ yang sedang diusahakan. Saya risau kalau tersilap cakap nanti akan ada kesan kepada perancangan yang sedang dibuat.
“Sebarang kenyataan yang dibuat oleh mana-mana pihak sama ada TMJ (Tunku Ismail) atau Exco FAM, terpulang kepada baginda dan mereka,” katanya sebagai mengulas pendirian Tunku Ismail yang hanya mempertimbangkan tawaran sebagai Pengerusi Pasukan Kebangsaan dan Ketua Kongres Football Malaysia Limited Liability Partnership.
Terdahulu, beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Dungun di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu semalam.
Khairy Jamaluddin berkata, beliau memilih untuk memainkan peranan di belakang tabir sebagai pemudah cara kepada Tunku Ismail dan Exco FAM demi kemajuan sukan bola sepak negara.
Translate
Sunday, August 7, 2016
T-Team kembali bersemangat
KEJAYAAN menumbangkan Selangor di gelanggang sendiri memberi kepuasan bermakna buat T-Team, sekali gus meningkatkan semula moral pasukan itu untuk terus bersaing dalam Liga Super, lapor MOHD. AZLI ADLAN.
Ketua jurulatih T-Team, Rachmat Darmawan berkata, motivasi anak-anak buahnya telah terjejas teruk selepas tewas tiga perlawanan berturut-turut dalam saingan liga sebelum ini iaitu kepada Terengganu, Pulau Pinang dan Kedah.
“Sedikit sahaja silap, kita terperosok ke tempat kelapan liga walaupun pernah ampuh di tangga keempat pada pusingan pertama.
“Begitupun situasi itu ada hikmahnya, pemain-pemain saya yang sebelum ini seolah-olah berada di awangan kerana berada di kedudukan teratas, kini kembali berpaksi kepada realiti,” kata Darmawan ketika ditemui selepas perlawanan Liga Super menentang Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu malam kelmarin.
T-Team yang mendapat jolokan The Titans, memperoleh tiga mata berharga menerusi jaringan kemenangan oleh pemain import tengah, Makan Konate pada minit ke-36.
Darmawan berkata, prestasi buruk dalam tiga perlawanan sebelum ini telah meningkatkan motivasi anak-anak buahnya untuk bermain mati-matian bagi memulihkan semula prestasi pasukan, sekali gus memperbaiki kedudukan dalam carta liga.
Dalam perkembangan sama, Darwawan yang merupakan bekas jurulatih pasukan Bawah-23 Indonesia memberitahu, kunci kejayaan mereka menumbangkan Selangor ialah mengawal pergerakan barisan tengah skuad Gergasi Merah itu.
Menurut beliau, setiap kali barisan tengah Selangor yang dikemudi Muhammad Nazmi Faiz Mansor membuat gerakan, pemain-pemainnya akan memberi tekanan sehingga berjaya mematikan percaturan pasukan dari Lembah Klang tersebut.
“Mereka (barisan tengah Selangor) masuk (kawasan T-Team), kita tekan. Itulah strategi yang diikuti pemain saya sehingga hampir tiada percubaan tepat dilakukan ke pintu gol kami (oleh Selangor),” katanya.

Saturday, August 6, 2016
BN Terengganu siap sedia hadapi PRN
KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) Terengganu kini bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sekiranya terpaksa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam masa terdekat.
Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, Badan Perhubungan UMNO negeri telah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan berikutan kemelut politik yang sedang melanda kepimpinan negeri ini.
“Kalau keadaan memaksa, kita telah bersiap sedia.
“Kemelut politik dalaman yang berlaku kini tidak menggugat keutuhan UMNO negeri kerana ia hanyalah ‘ribut dalam cawan’,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Hari Koperasi Negara peringkat negeri di Pusat Dagangan Terengganu di sini semalam.
Begitupun, Ahmad Razif yang juga Pengerusi BN negeri menegaskan, seboleh-bolehnya kerajaan negeri mahu mengelak daripada membubarkan DUN kerana ia memberi banyak kerugian kepada rakyat Terengganu.
Menurut beliau, dalam keadaan ekonomi tidak menentu, tindakan mengadakan PRN berasingan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) adalah merugikan rakyat kerana memakan kos yang tinggi.
“Demi kepentingan rakyat, biarlah PRN Terengganu diadakan sekali dengan PRU. Sekali boleh tahan (tidak bubar DUN), kita tahan,” katanya.
Kosmo! kelmarin melaporkan, Ahmad Razif menafikan desas-desus kononnya DUN bakal dibubar dalam masa terdekat.
Pada masa ini, BN menguasai 17 kerusi DUN Terengganu manakala Pas mempunyai 14 kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) satu kerusi.

Subscribe to:
Posts (Atom)