SHAH ALAM - Paras Empangan Sungai Selangor tidak meningkat secara mendadak walaupun hujan lebat sejak sebulan lalu disebabkan taburan hujan berlaku di hilir sungai dan kawasan bandar.
Pengarah Lembaga Urus Air Selangor , Md. Khairi Selamat berkata, empangan yang terletak di hulu Sungai Selangor itu bergantung sepenuhnya air hujan serta tadahan air bukit di kawasan tersebut.
Katanya, empangan itu juga tidak berhubung dengan sungai - sungai lain sebaliknya berfungsi membekalkan air ke Sungai Selangor untuk disalurkan ke loji-loji air.
"Adalah mustahil untuk sungai mengalirkan air ke empangan yang terletak di hulu sungai kerana faktor graviti, kos dan ketiadaan infrastruktur," jelasnya pada sidang akhbar di sini semalam.
Beliau diminta mengulas mengenai persoalan orang ramai mengapa selepas hampir sebulan hujan lebat turun di Lembah Klang, namun paras Empangan Sungai Selangor masih tidak melonjak naik.
Katanya, sehingga semalam, empangan yang boleh memuatkan 235 juta liter air itu hanya berada di paras 39.71 peratus.
Translate
Wednesday, April 30, 2014
Catuan air dijangka berakhir
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@yahoo.com
azli.adlan@yahoo.com
KLANG – Kerajaan Selangor membayangkan pelan catuan bekalan air kepada penduduk Lembah Klang yang berlarutan hampir dua bulan lalu akan ditamatkan seawal minggu depan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, ia berikutan projek mengepam air bekas lombong di sekitar Lembangan Sungai Selangor ke Sungai Selangor yang dijalankan sejak Ahad lalu menunjukkan perkembangan positif.
Menurutnya, setakat ini, empat mesin pam berkapasiti tinggi telah digunakan untuk mengepam sumber air dari bekas lombong dan lima lagi mesin pam akan tiba hari ini.
“Sembilan pam ini berkeupayaan menyedut air sebanyak 400 juta liter sehari yang kemudian dialirkan ke Sungai Selangor bagi meningkatkan paras sungai itu.
“Langkah ini membolehkan lima loji rawatan air (LRA) yang di Lembangan Sungai Selangor beroperasi sekali gus membekalkan air bersih kepada penduduk Lembah Klang,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Lima LRA itu ialah Rasa, Rantau Panjang, SSP1, SSP2 dan SSP3 yang membekalkan lebih 60 peratus air bersih kepada penduduk.
Abdul Khalid memberitahu, pelan pemulihan bekalan air bersih tahap kedua tersebut disasarkan untuk mengepam sumber air lombong sehingga 900 juta liter sehari.
"Jika usaha ini berjalan lancar, pelan catuan air boleh ditamatkan minggu depan," ujarnya.
Kata Abdul Khalid , pengguna tidak perlu bimbang tentang penggunaan sumber air bekas lombong kerana pakar termasuk dari Jabatan Kimia dan Jabatan Kesihatan mendapati paras mineral di dalamnya berada pada paras dibenarkan.
Baru-baru ini, kerajaan negeri dilaporkan akan meneruskan catuan bekalan air selama 161 hari lagi di Lembah Klang sebagai persediaan menghadapi musim kering yang dijangka bermula Mei hingga September depan.
Tuesday, April 29, 2014
Seorang mati setiap 36 jam
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my
KUALA SELANGOR – Selangor merupakan negeri kedua tertinggi selepas Sabah yang mencatatkan kes penyakit tibi dengan mencatatkan 4,151 kes pada tahun lalu.
Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Azman Abu Bakar berkata, ia merupakan peningkatan 16 peratus berbanding tahun 2012.
“Sementara itu, sebanyak 245 kes kematian akibat penyakit tibi atau batuk kering dicatatkan di negeri ini sepanjang tahun lalu.
“Secara puratanya, seorang rakyat negeri ini meninggal dunia akibat penyakit tersebut dalam tempoh 36 jam,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Tibi Sedunia peringkat Selangor di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam dekat sini semalam.
Pada majlis sama, Jabatan Kesihatan Selangor turut melancarkan buku Polisi dan Garis Panduan Penyakit Tibi dan Kusta: Edisi Pertama 2014 bagi memantapkan langkah kawalan dan pencegahan kedua-dua penyakit berjangkit itu.
Azman berkata, statistik itu agak membimbangkan kerana dianggarkan 500 lagi kes penyakit bawaan udara tersebut masih gagal dikesan dan ia berpotensi menyebabkan perebakan penyakit berkenaan di negeri ini.
Menurut beliau, penyakit tersebut yang telah dikesan sejak zaman Firaun di Mesir itu masih merupakan penyumbang utama kematian bagi penyakit berjangkit di dunia selepas AIDS.
"Penyakit tibi ada penawarnya dan ia boleh sembuh sepenuhnya dalam tempoh enam bulan jika mendapat rawatan awal."
Oleh itu masyarakat perlu prihatin dan segera mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kesihatan berhampiran sekiranya mempunyai simptom batuk berterusan selama dua minggu, demam sepanjang malam, hilang selera makan dan susut berat badan secara mendadak," katanya.
Azman memberitahu, oleh kerana penyakit tibi biasanya menular dalam kalangan warga asing yang menghuni negara ini, kerajaan turut menawarkan rawatan percuma mengubati penyakit itu kepada golongan tersebut.

Subscribe to:
Posts (Atom)