MOHD. AZLI ADLAN
HULU TERENGGANU - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Landas, Ajil dekat sini mengalami kerosakan teruk akibat dibadai ribut yang melanda daerah ini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu menyebabkan kemusnahan pada keseluruhan struktur bumbung bangunan tiga tingkat sekolah terbabit.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, ia melibatkan 17 buah kelas dan sebuah bengkel Kemahiran Hidup.
"Kejadian ribut tersebut dilaporkan berlaku dalam tempoh 15 minit sehingga 3.15 petang.
"Tiada kecederaan ribut dan kemalangan jiwa dilaporkan kerana sewaktu kejadian semua pelajar, guru dan kakitangan sokongan telah pulang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd. Adli berkata, sesi persekolahan hari ini ditamatkan lebih awal selepas solat Zuhur berikutan minggu peperiksaan. - K! ONLINE
Translate
Monday, September 2, 2019
Tragedi konvoi motosikal
KUALA NERUS – Kegembiraan empat sahabat yang berkonvoi dengan motosikal sempena cuti Hari Kebangsaan dan Maal Hijrah berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Jalan Merang berhampiran Kampung Mengabang Panjang, Batu Rakit dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1.40 pagi itu, mangsa, Muhammad Amir Fikri Mohd. Sabri (gambar), 17, yang merupakan seorang pelayan di sebuah kedai makan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan Abd. Razak Hassan berkata, sewaktu kejadian, Muhammad Amir Fikri bersama tiga rakannya yang masing-masing menunggang motosikal dalam perjalanan berkonvoi ke Merang, Setiu dari Wakaf Tengah di sini.
“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, motosikal Honda EX5 yang ditunggang mangsa dipercayai tiba-tiba hilang kawalan sebelum merempuh belakang motosikal salah seorang kawannya yang turut berkonvoi.
“Rempuhan itu menyebabkan mangsa terjatuh,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Abd. Razak berkata, pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk dibedah siasat, manakala tiga lagi rakan mangsa yang turut menyertai konvoi berkenaan tidak mengalami kecederaan,” jelasnya.

Pas sangkal piagam cetus isu perkauman
KUALA TERENGGANU – Pas menepis dakwaan Piagam Muafakat Nasional yang akan dimenterai parti tersebut dengan UMNO pada 14 September ini bakal mencetuskan ketidakstabilan antara kaum dan agama di negara ini.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, piagam tersebut tidak akan mengeruhkan hubungan antara kaum dan agama di negara ini, malah ia turut disokong parti-parti politik utama bukan Islam dan Melayu.
Beliau memberitahu, Himpunan Penyatuan Ummah yang bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur sempena majlis menandatangani Piagam Muafakat Nasional terbabit akan disertai kepimpinan daripada MCA dan MIC selain Dewan Himpunan Penyokong Pas.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas komen Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyifatkan Piagam Muafakat Nasional oleh UMNO dan Pas sebagai cubaan untuk bermain dengan isu agama dan kaum.
Dalam pada itu, Abdul Hadi menegaskan piagam yang bakal dimenterai antara Pas dan UMNO bermotifkan politik yang bertunjangkan ajaran Islam.

Subscribe to:
Posts (Atom)