Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA LUMPUR – Seorang ejen hartanah berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam di atas pertuduhan membaling bayi perempuan yang baru dilahirkannya dari tingkat 18 sebuah pangsapuri.
Norazwani Mohd. Noh, 39, yang kelihatan tenang di dalam mahkamah sekadar menganggukkan kepala tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.
Namun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tidak diwakili peguam.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Diana Nor Azwa.
Berdasarkan pertuduhan, Norazwani didakwa membunuh seorang bayi perempuan yang baru lahir dengan membalingnya dari tingkat 18, Flat Danau Kota, Setapak di sini pada pukul 8.11 pagi 29 Februari lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Norazwani yang berpakaian baju T berlengan panjang berwarna merah dibawa ke mahkamah dengan kawalan ketat anggota polis dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.
Difahamkan dia yang menerima rawatan di HKL sejak ditahan seminggu lalu akan terus direman di hospital tersebut sehingga disahkan pulih oleh pegawai perubatan.
Tiada ahli keluarga tertuduh kelihatan hadir di galeri mahkamah sewaktu prosiding dijalankan.
Siti Radziah menetapkan sebutan semula kes pada 9 Mei 2015 bagi menunggu laporan kimia dan keputusan bedah siasat.
Kosmo! pada 1 Mac lalu melaporkan penduduk Flat Danau Kota gempar selepas menemui mayat bayi perempuan dalam keadaan berlumuran darah dengan kecederaan parah pada kepala di kawasan lapang flat tersebut pada pukul 8.30 pagi.
Hasil pemeriksaan polis dari rumah ke rumah telah mengesan tertuduh yang menyewa salah sebuah bilik di sebuah rumah di tingkat 18 flat berkenaan selain menjumpai kesan darah dari bahagian tandas hingga balkoni di premis terbabit yang dipercayai tempat bayi malang itu dicampakkan.
Norazwani yang berasal dari Taman Senawang Jaya, Seremban, Negeri Sembilan dikatakan dalam proses perceraian dengan suaminya serta dipe rcayai mengalami masalah kemurungan.
Dia turut mempunyai seorang anak berusia lima tahun hasil perkahwinan dengan suaminya yang difahamkan berlangsung di negara jiran tetapi mereka tidak pernah mendaftarkan perkahwinan tersebut di negara ini.
Translate
Wednesday, March 9, 2016
Ustaz Kasanova dipenjara setahun, disebat
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA LUMPUR – Seorang penjual air kesihatan yang mendapat jolokan sebagai Ustaz Kasanova dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar nikah dengan bekas isterinya sehingga melahirkan seorang anak empat tahun lalu.
Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz memerintahkan Mohd. Razis Ismail, 34, menjalani hukuman penjara tersebut selepas mendengar rayuan tertuduh dan hujahan pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh Pendakwa Syarie, Zainor Rashid Hassin.
“Kesalahan yang dilakukan Mohd. Razis adalah berat kerana melibatkan persetubuhan luar nikah yang mencemarkan agama dan institusi kekeluargaan serta merosakkan masyarakat di sebalik imej tertuduh yang mempamerkan diri sebagai seorang ustaz.
“Perbuatan tersebut yang menyebabkan tertuduh digelar dengan panggilan jelik sehingga menjadi viral di media sosial juga telah mendatangkan keaiban kepada golongan ustaz,” kata beliau ketika membacakan penghakimannya di sini semalam.
Terdahulu, Mohd. Razis yang menjadi buruan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan selama tiga bulan membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan tersebut di hadapan Nassir dan Hakim Syarie Mohd. Saifullah Hamzah sewaktu dia pertama kali dihadapkan ke dua mahkamah syariah berasingan pada 29 Februari lalu.
Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Razis didakwa melakukan persetubuhan luar nikah dengan wanita berusia 40 tahun di sebuah hotel di Jalan Haji Hussein di sini antara bulan Mac dan Mei 2012 sehingga melahirkan seorang anak perempuan pada 6 Disember tahun sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau sebatan enam kali jika sabit kesalahan.
Terdahulu, perkahwinan Mohd. Razis dan wanita itu juga diputuskan sebagai tidak sah dan diperintahkan untuk difaraqkan (berpisah) oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 28 Jun 2011.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang mempunyai lapan orang anak dikesan pernah mengahwini 13 orang isteri dari tahun 2003 hingga tahun lalu.
Tertuduh masih mempunyai lima pertuduhan lain iaitu tiga pertuduhan berpoligami tanpa kebenaran dan dua pertuduhan melakukan akad nikah tanpa kebenaran di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Bagi pertuduhan kedua hingga keempat, Mohd. Razis telah mengaku salah atas pendakwaan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan tiga wanita menggunakan status masih bujang.
Dia didakwa mengikut Seksyen 133 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 yang memperuntukkan hukuman maksimum denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Bagi dua lagi pertuduhan, Mohd. Razis turut membuat pengakuan bersalah atas pendakwaan melakukan akad nikah tanpa kebenaran berkahwin daripada pendaftar nikah seperti dikehendaki oleh Seksyen 16(2) akta sama dengan dua wanita berbeza iaitu di Golok, Thailand dan Flat Hang Tuah, Jalan Loke Yew di sini masing-masing pada 26 Mei 2012 dan 4 Oktober 2010.
Mohd. Saifullah telah menangguhkan keputusan kelima-lima kes tersebut pada 14 Mac depan bagi membolehkan beliau meneliti hujahan pihak pendakwaan yang baru diterimanya pada Jumaat lalu.

Mahkamah tetapkan perbicaraan pengikut ajaran Milah Abraham 30 Mei depan
KUALA LUMPUR – Sebanyak 58 individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini terhadap pertuduhan cuba menjelaskan kepercayaan agama yang berlawanan dengan hukum syarak iaitu ajaran Millah Ibrahim @ Abraham dan mengajar ajaran itu tanpa tauliah.
Mereka terdiri daripada 12 wanita dan 46 lelaki termasuk pelajar dan penganggur membuat pengakuan itu selepas pertuduhan di bacakan di hadapan Hakim Syarie Abdul Karim Wahab.
Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh, masing-masing diikat jamin antara RM4,000 dengan seorang penjamin dan RM5,000 dengan dua penjamin selain perlu melapor diri di Jabatan Agama Wilayah Persekutuan dua minggu sekali serta perlu mendapat kebenaran sekiranya mahu ke luar negara.
Mahkamah menetapkan perbicaraan lima hari bermula pada 30 Mei ini terhadap kesemua tertuduh yang berusia di antara 19 hingga 59 tahun.
Pada 2 Februari lalu, kesemua tertuduh didakwa di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah tetapi tiada pengakuan direkodkan daripada mereka yang diwakili peguam Zaini Zainol.
Mengikut pertuduhan, tiga tertuduh iaitu Farzlie Rahmat, 40, Hamatun Mezi Wahab, 49, dan Sehadle Sa’aamah, 35, didakwa cuba menjelaskan doktrin atau kepercayaan agama selain agama Islam, yang berlawanan dengan hukum syarak dengan mencampuradukkan kefahaman kandungan ayat Al-Quran dengan kitab Bible yang didapati antara ciri-ciri di dalam ajaran Millah Ibrahim @ Abraham.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di dalam bilik Sakura International Youth Centre di No. 1, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras di sini pada 8.32 malam, 1 Februari lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan boleh didenda RM5,000 atau dipenjara sehingga 18 bulan atau disebat sehingga enam sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, ketiga-tiga mereka didakwa cuba mengajar agama Islam tanpa tauliah pada masa, tarikh dan tempat sama mengikut Seksyen 11, akta sama dan boleh didenda RM5,000 atau dipenjara sehingga 18 bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sembilan lagi tertuduh ialah Zaitullailati Taslim, 31; Adly Azman, 24; Aszrul Nizam Zainal Badol Nizam, 22; Mohd Nazari Buang, 39; Mohd Saad Ghazali, 35; Muhamad Arif Afrison, 24; Muhammad Hasif Che Kemarudin, 27; Muhammad Razeeq Iskandar Ruslanno, 20, dan Muhammad Shawaluddin Shafar, 27.
Mereka didakwa bersubahat mengambil bahagian bersama-sama dalam satu majlis yang dikendalikan Farzlie, Hamatun Mezi dan Sehadle untuk melakukan kesalahan sama iaitu cuba menjelaskan ajaran itu di tempat, masa dan tarikh sama yang membawa hukuman denda dan penjara yang sama.
Sementara itu, 43 lagi tertuduh didakwa terhadap pertuduhan sama iaitu bersubahat mengambil bahagian bersama-sama dalam satu majlis yang dikendalikan Farzlie, Hamatun Mezi dan Sehadle.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Syarie Zainor Rashid Hassin.

Subscribe to:
Posts (Atom)