GOPENG - Orang awam yang mengunjungi Taman Sayang di sini semalam gempar dengan penemuan satu mayat lelaki yang hampir separuh badannya melecur dipercayai dibakar di sebuah pondok yang terdapat di taman rekreasi tersebut semalam.
Mayat seorang lelaki dipercayai dalam lingkungan 50-an itu ditemui dengan kesan terbakar dari paras kepala hingga pinggang pada pada pukul 12.50 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian menjumpai sebuah tong minyak petrol dan sekeping nota bertulisan Cina yang bermaksud saya bunuh diri secara seksaan.
"Hampir 55 peratus tubuh si mati dari paras kepala hingga pinggang didapati telah melecur teruk dipercayai akibat dibakar."Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat yang dipercayai telah meninggal dunia beberapa jam sebelum ditemui," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Kong Soon berkata, pemeriksaan pada tubuh mangsa juga tidak menemui sebarang kesan pergelutan, namun kepalanya mengalami sedikit kecederaan dipercayai akibat terhentak dengan batu.
Tambahnya, mayat si mati yang masih belum dikenal pasti identitinya itu telah dihantar ke Hospital Kampar dekat sini untuk dibedah siasat.
"Saya menyeru kepada sesiapa yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kes ini agar tampil untuk melakukan pengecaman dan membantu siasatan polis," katanya lagi.
Translate
Saturday, November 16, 2013
Gempar mayat melecur separuh badan ditemui
Thursday, November 14, 2013
Cetakan teragih Mykad diperluas
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my
SERI MANJUNG – Pelaksanaan cetakan teragih MyKad iaitu penyerahan kad pengenalan kepada pemohon dalam tempoh 24 jam akan diperluas kepada 10 pejabat cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelang akhir tahun ini.
Turut hadir, Pengarah JPN Perak, Mohd. Zahari Hassan.
Jariah berkata, sejak dilancarkan pada 3 Januari lalu, pelaksanaan cetakan teragih MyKad terbukti berjaya mengurangkan tempoh menunggu pelanggan dari 10 hari kepada satu hari sahaja selain mengatasi masalah tunggakan kad pengenalan yang tidak dituntut.
Tambahnya, inisiatif tersebut juga telah menjimatkan kos penghantaran MyKad yang sebelum ini hanya dapat dicetak di ibu pejabat agensi tersebut di Putrajaya.
"Inisiatif dapat dilaksanakan dengan meletakkan mesin pencetak MyKad di pejabat-pejabat JPN terpilih.
"Kita sememangnya bercadang untuk memperluaskannya ke semua pejabat cawangan di seluruh negara tetapi ia perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat," katanya.
Setakat ini, selain di ibu pejabat, cawangan di Pusat Transformasi Bandar dan 14 cawangan negeri, cetakan teragih MyKad turut dilaksanakan di Dungun, Machang, Kulim, Sri Aman, Batu Pahat, Keningau dan Manjung.
azli.adlan@kosmo.com.my
SERI MANJUNG – Pelaksanaan cetakan teragih MyKad iaitu penyerahan kad pengenalan kepada pemohon dalam tempoh 24 jam akan diperluas kepada 10 pejabat cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelang akhir tahun ini.
Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd. Said berkata, pejabat cawangan terlibat ialah Temerloh, Sandakan, Besut, Tawau, Raub, Sibu, Gua Musang, Petaling Jaya, Klang dan Papar.
“Pelaksanaan cetakan teragih MyKad di cawangan-cawangan tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai 18 November ini.
“Setakat ini, 26 pejabat JPN di seluruh negara termasuk yang terbaharu di Manjung telah melaksanakan sistem yang membolehkan pemohon memperoleh MyKad mereka dalam tempoh seawal dua jam,” katanya selepas melancarkan pelaksanaan cetakan teragih MyKad di JPN cawangan Manjung di Bangunan Persekutuan di sini semalam.
Jariah berkata, sejak dilancarkan pada 3 Januari lalu, pelaksanaan cetakan teragih MyKad terbukti berjaya mengurangkan tempoh menunggu pelanggan dari 10 hari kepada satu hari sahaja selain mengatasi masalah tunggakan kad pengenalan yang tidak dituntut.
Tambahnya, inisiatif tersebut juga telah menjimatkan kos penghantaran MyKad yang sebelum ini hanya dapat dicetak di ibu pejabat agensi tersebut di Putrajaya.
"Inisiatif dapat dilaksanakan dengan meletakkan mesin pencetak MyKad di pejabat-pejabat JPN terpilih.
"Kita sememangnya bercadang untuk memperluaskannya ke semua pejabat cawangan di seluruh negara tetapi ia perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat," katanya.
Setakat ini, selain di ibu pejabat, cawangan di Pusat Transformasi Bandar dan 14 cawangan negeri, cetakan teragih MyKad turut dilaksanakan di Dungun, Machang, Kulim, Sri Aman, Batu Pahat, Keningau dan Manjung.
Wednesday, November 13, 2013
Jadikan labu sayong harta intelek
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my
IPOH - Perbadanan Harta Intelek Malaysia ( MyIPO ) menyarankan pengusaha labu sayong di Kuala Kangsar segera mendaftarkan produk kraftangan tersebut sebagai harta intelek.
Timbalan Ketua Pengarah MyIPO , Mohd. Shahar Osman berkata, tindakan itu penting bagi mengelak identiti dan nilai komersial produk kraftangan itu dicuri oleh pihak lain.
Beliau berkata, keunikan labu sayong yang diperbuat daripada tanah liat sering menarik perhatian penggemar seni kraftangan dunia dan mempunyai nilai komersial yang tinggi.
"Saya bimbang jika tidak didaftar, pihak lain akan mengambil kesempatan menuntut hak dalam penciptaan labu sayong sekali gus mengaut keuntungan dengan memasarkannya ke peringkat antarabangsa.
"Sebelum ini pun, memang sudah ada pihak asing mendaftar produk tempatan sebagai harta intelek mereka seperti Singapore Lychee yang sebenarnya rambutan Johor dan Mangosteen Juice (jus manggis) di Amerika Syarikat," katanya selepas merasmikan Seminar Kesedaran Harta Intelek peringkat negeri di sini semalam.
Mohd. Shahar berkata, labu sayong boleh didaftar di bawah kategori Petunjuk Geografi yang menggunakan konsep pemilikan bersama dalam kalangan pengeluar produk berkenaan.
Jelasnya, corak tradisional seperti bunga tanjung, bunga cakar ayam, bunga cengkih dan bunga lawang yang diukir pada produk kraftangan terbabit pula berpotensi didaftar di bawah kategori Reka Bentuk Perindustrian.
Mohd. Shahar berkata, selain labu sayong , beberapa produk Perak lain seperti tekat emas, ikan arowana emas Malaysia dan kacang Menglembu juga berpotensi untuk dieksploitasi melalui hak harta intelek.
Tambahnya, setakat ini, hanya buah limau bali Sungai Gedung atau lebih dikenali limau Tambun telah didaftar sebagai Petunjuk Geografi pada tahun 2008.

Subscribe to:
Posts (Atom)