IPOH - Seorang kerani merayu bantuan orang ramai untuk membiayai kos pembedahan bagi memulihkan pendengaran anak perempuannya yang melibatkan kos sebanyak RM77,000.
Nor Aainy Kamal Bashah, 33, berkata, anak keduanya dari tiga beradik, Aleesya Analia Norhaid, tiga tahun, perlu menjalani pembedahan koklear implan dengan segera di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, Kuala Lumpur.
"Pakar Otorinolaringologi di Pusat Perubatan UKM mengesahkan anak saya mengalami kecacatan pendengaran sensori neural di kedua-dua belah telinganya.
"Peluang kejayaan pembedahan itu lebih besar jika dilaksanakan selewat-lewatnya ketika berumur tiga tahun dan Aleesya Analia telah mencapai umur itu pada pertengahan bulan ini," katanya.Dia berkata demikian pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Urus Setia Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Mohd. Rawi Abdullah di sini semalam.
Nor Aainy yang menetap di Taman Pengkalan Intan di sini memberitahu, keluarganya tidak berkemampuan untuk menampung kos pembedahan itu memandangkan suaminya hanya bekerja sendiri.
Menurutnya, setakat ini, dia yang mempunyai dua anak lain berusia enam tahun dan setahun telah berjaya mengumpul dana RM10,000 hasil sumbangan majikannya.
"Kecacatan pendengaran sensori neural itu juga menyebabkan Aleesya Analia selalu terjatuh kerana sukar mengimbangi badan," katanya.
Nor Aainy berkata, dia sekeluarga mula mengesyaki masalah pendengaran yang menimpa Aleesya Analia selepas anak keduanya itu tidak memberi sebarang respons terhadap bunyi ketika berumur lapan bulan.
Sehubungan itu, dia segera merujuk anaknya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada Ogos 2010 namun Aleesya Analia hanya berpeluang menjalani ujian pendengaran kira-kira lapan bulan kemudian.
"Oleh kerana kekurangan pakar di HRPB, masalah pendengaran anak saya kemudiannya dirujuk kepada Pusat Perubatan UKM pada November tahun lalu.
"Aleesya Analia perlu menjalani terapi audiologi dan pertuturan setiap minggu dan kini dia bergantung dengan alat pendengaran yang salah satunya dipinjam daripada HRPB," katanya.
Sehubungan itu, Nor Aainy merayu sumbangan orang ramai dan dia boleh dihubungi di talian 017-272 0930.
Translate
Tuesday, July 31, 2012
Friday, July 27, 2012
Pakar kecantikan dan spa Asia Pasifik hadiri persidangan di Ipoh
IPOH - Persidangan dan Seminar Perniagaan Kesihatan, Spa dan Kecantikan Asia Pasifik yang telah berlangsung di sini baru-baru ini anjuran Majlis Amanah Rakyat ( Mara ) telah berjaya menarik penyertaan lebih daripada 169 pemain industri dari rantau ini.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, program itu bertujuan untuk memberi peluang kepada pengusaha produk kesihatan, kecantikan dan spa tempatan khususnya bumiputera mencari peluang memasarkan produk mereka di peringkat global.
"Memandangkan negara kini memiliki banyak tumbuh-tumbuhan herba maka tiada alasan untuk para pengusaha kita menghasilkan produk yang bermutu tinggi.
"Namun mereka mungkin terjebak dengan masalah pemasaran sehingga menyebabkan mereka gagal bersaing di peringkat antarabangsa.
"Oleh itu usaha Mara untuk membantu dengan mengadakan persidangan ini amat dihargai," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian persidangan berkenaan.
Hasan menjelaskan, sebanyak 18 pakar industri kecantikan, spa dan kesihatan dari Thailand, Singapura, Hong Kong, Filipina dan Australia telah menyertai program berkenaan untuk berkongsi pengalaman dan petua perniagaan mereka.
"Saya berharap para pengusaha tempatan dapat mengambil peluang ini untuk membangunkan jaringan perniagaan masing-masing," ujarnya.

Kompleks IPD Taiping kini jadi mercu tanda baharu
TERSERGAM. Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD ) Taiping yang baharu telah dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Jalan Istana Larut, Taiping baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kompleks yang turut merangkumi bangunan pentadbiran setinggi lima tingkat itu dibina di tanah seluas 6.89 hektar dengan kos RM88.5 juta.
Hartanah itu kini menjadi mercu tanda baharu kepada bandar Taiping yang mana ia merupakan lokasi bermulanya sejarah awal penubuhan Polis Diraja Malaysia pada tahun 1877.
"Saya berharap penyediaan kemudahan moden ini dapat memberi lebih keselesaan kepada penduduk bandar ini untuk berurusan dengan warga IPD Taiping yang kini diketuai Asisten Komisioner Yusuf Mohd. Diah," katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)