KLANG - Mayat seorang remaja lelaki yang terjatuh dari sebuah tongkang ketika sedang memancing kelmarin dijumpai terapung di muara Sungai Kapar Besar berhampiran jeti Stesen Janaelektrik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Kapar dekat sini semalam.
Mayat Mohd. Rashid Ruslan , 16, dijumpai anggota Maritim Malaysia (APMM) pada pukul 9.43 pagi kira-kira 15 jam selepas dia dilaporkan hilang.
Pegawai Koordinasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Daerah Maritim Klang, Leftenan Madya Maritim Mohd. Reduan Che Kamaruddin berkata, mangsa telah terjatuh dari sebuah tongkang pada pukul 6.30 petang kelmarin sewaktu sedang memancing kira-kira 60 meter dari lokasi mayatnya ditemui.
"Mangsa bersama adik lelakinya yang berusia 11 tahun dan seorang rakan sebaya dikatakan memancing di tempat kejadian sebelum tongkang tersebut terbalik.
"Rakan dan adik mangsa sempat berpaut pada tongkang sebelum diselamatkan beberapa nelayan yang berada berhampiran," katanya di sini semalam.
Ujarnya, sepasukan anggota APMM telah melancarkan operasi mencari di kawasan perairan sekitar sejak pukul 7 petang kelmarin.
"Sewaktu ditemui, mayat mangsa masih dalam lengkap berpakaian namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai," katanya.
Mohd. Reduan memberitahu, jenazah Mohd. Ruslan telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk dibedah siasat.
Translate
Wednesday, May 7, 2014
Mayat remaja lelaki lemas ditemui terapung
Tuesday, May 6, 2014
Dua graduan Icam jalani latihan di Portugal
SHAH ALAM - Dua graduan cemerlang Kolej Automotif Antarabangsa ( Icam ) akan dihantar Kumpulan DRB -Hicom untuk menjalani latihan industri selama enam bulan di kilang pemasangan Volkswagen Autoeuropa di Palmera, Portugal bermula Sabtu ini.
Pengarah Urusan Kumpulan DRB -Hicom, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil berkata, dua graduan tersebut ialah Aziz Taib, 46, dan Najla Dyana Amira Najmi, 21, masing-masing memiliki Diploma Program Pemasangan Kenderaan Automotif dan Diploma Sistem Pengurusan Automotif Icam .
"Kedua-dua graduan ini merupakan perintis kepada program penghantaran graduan Icam untuk menjalani latihan industri dengan syarikat automotif terkemuka dunia di luar negara.
"Mereka telah memenuhi kriteria ditetapkan rakan kongsi DRB -Hicom bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam industri automotif," kata beliau pada majlis khas program latihan industri Icam tersebut di Glenmarie di sini semalam.
Mohd. Khamil berkata, Aziz dan Najla Dyana juga merupakan kakitangan anak syarikat DRB -Hicom, Hicom Autofacturers (M) Sdn. Bhd. (HAMM) yang terlibat dalam pemasangan tempatan kenderaan Volswagen untuk pasaran negara ini.
Menurut beliau, sepanjang menjalani latihan industri di Portugal , kedua-dua graduan itu akan mempelajari teknologi pembuatan kenderaan dan budaya kerja Volkswagen.
Sementara itu, Aziz yang merupakan Eksekutif Jaminan Kualiti HAMM berkata, pengalaman menjalani latihan industri di kilang Volkswagen merupakan ganjaran berharga sepanjang 20 tahun berkhidmat di DRB -Hicom.
"Sebelum ini saya diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di Icam . Saya berjanji tidak akan mensia-siakan kepercayaan ini," katanya.

Abdul Harith CEO baharu Proton
SHAH ALAM - Pengurusan tertinggi Kumpulan DRB-HICOM mengumumkan Datuk Abdul Harith Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Holdings Berhad ( Proton ) berkuatkuasa semalam.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil berkata, sebagai CEO baharu Proton , tugasan sulung Abdul Harith adalah untuk mengembalikan semula kepercayaan masyarakat terhadap produk syarikat automobil pertama negara itu.
"Pengurusan baharu Proton perlu memenangi semula hati masyarakat yang masih berpersepsi negatif. Berikan model kenderaan yang dimahukan mereka daripada segi kualiti, harga dan penghantaran," katanya di sini semalam.
Mohd. Khamil ditemui selepas mengumumkan dua graduan Kolej Automobil Antarabangsa yang akan menjalani latihan industri di kilang pengeluaran Volkswagen Autoeuropa di Palmela, Portugal.
Turut hadir ialah Abdul Harith dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Universiti HICOM Sdn. Bhd., Sharifah Halimah Syed Ahmad.
Jualan kenderaan Proton pada suku pertama tahun ini merosot kepada 32,734 unit berbanding 34,343 unit dalam tempoh sama tahun lalu.
Malah penguasaan pasaran kereta buatan nasional iaitu Proton dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd., (Perodua) juga menurun kepada 48 peratus berbanding 51.1 peratus pada tahun 2013.
Mohd. Khamil menjelaskan, kualiti produk kenderaan yang dikeluarkan Proton sejak beberapa tahun kebelakangan ini sebenarnya telah menunjukkan peningkatan ketara.
Menurut beliau, ia dibuktikan oleh pengurangan rungutan yang diterima daripada pengguna terutama untuk model Preve.
"Kami bersedia menerima sebarang idea, pendapat, cadangan dan kritikan untuk menukar persepsi masyarakat terhadap Proton ," katanya.
Sementara itu, Abdul Harith yang sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Defence Technologies Sdn. Bhd. (Deftech) ketika ditemui berkata, langkah pertama yang akan diambil untuk memulihkan semula reputasi Proton ialah menekankan perkhidmatan pelanggan.

Subscribe to:
Posts (Atom)