Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my
SHAH ALAM - Tele Dynamics Sdn. Bhd. (Tele Dynamics), syarikat mengedar dan memasar produk perkakasan pejabat jenama Toshiba melancarkan produk mesin pencetak pelbagai guna terbaharu, e-Studio 306LP yang berupaya memadam tulisan dan imej pada kertas terpakai bagi kegunaan semula.
Ketua Pegawai Eksekutif Tele Dynamics, Paul Ting berkata, mesin pencetak yang didatangkan dengan mesin penyalin , e-Studio RD30 tersebut mesra alam dan mampu menjimatkan penggunaan kertas sehingga 80 peratus.
Beliau berkata, berdasarkan kajian, hampir 90 peratus daripada kertas yang digunakan untuk kegunaan pejabat dibuang begitu sahaja ke dalam tong sampah dalam tempoh seminggu.
"Kertas terpakai terbabit dapat digunakan semula sehingga lima kali dengan penggunaan mesin pencetak pelbagai guna e-Studio 306LP.
"Ia bukan sahaja menjimatkan kos, malah menjadikan pengurusan organisasi lebih teratur dan menyumbang kepada kelestarian alam," katanya pada pelancaran mesin pencetak e-Studio 306LP dan e-Studio RD30 di Taman Perindustrian Hicom Glenmarie dekat sini semalam.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau, Ahmad Hadri Haris dan Pengurus Pengurusan Produk Toshiba , Ahmad Ikram.
Paul berkata, e-Studio 306LP dan e-Studio RD30 bukan sahaja mampu memadam, malah boleh menyalin semula tulisan dan imej pada kertas terpakai dalam bentuk salinan digital.
Menurut beliau, produk mesin pencetak pelbagai guna yang berasal dari Jepun itu turut menerima pengiktirafan produk teknologi hijau oleh Perbadanan Teknologi Hijau.
Translate
Sunday, April 13, 2014
Tele Dynamics lancar dua pencetak Toshiba baharu
Syabas bantu tiga keluarga susah
BANTUAN. Tiga keluarga kurang berkemampuan menerima bantuan Tabung Budi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di Kuala Selangor, Selangor baru-baru ini.
Pengurus Seksyen Tabung Budi Syabas, Hasimah Che Mat Din berkata, mereka ialah Embun Jaafar, 77, Che Liah Mohammad Ariff, 74 dan Salmiah Mat Isa, 39.
Katanya, sebelum ini, bekalan air bersih di kediaman ketiga-tiga penerima itu telah dipotong pada sekitar bulan Februari lalu apabila masing-masing gagal menjelaskan tunggakan sekitar RM111.60 hingga RM411.52.
"Selain menerima penyambungan semula bekalan air bersih, tunggakan bil air, caj penyambungan semula dan bil air bulanan mereka dalam tempoh enam bulan juga akan dilunaskan oleh Tabung Budi," ujarnya.
Mangsa mati sebab kurang oksigen
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my
azli.adlan@kosmo.com.my
SHAH ALAM - Pakar Perunding Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Nurliza Abdullah tidak menolak kemungkinan kematian pensyarah Bahasa Inggeris Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC), Zara Eleena dan bapanya, Omar Peter Abdullah kira-kira dua tahun lalu berpunca daripada kekurangan oksigen.
Nurliza, 49, saksi pendakwaan ke-13 dalam keterangannya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman berkata, faktor itu tidak boleh dikecualikan sebagai antara punca kematian berdasarkan proses bedah siasat yang dilakukannya ke atas kedua-dua mayat itu pada 12 Mac 2012.
"Berdasarkan bedah siasat, tiada kesan kecederaan nyata ke atas mayat Zara Elena, 23, dan Omar Peter, 57. Oleh itu, saya telah mengecualikan luka tembakan, tikaman, tetakan dan hirisan sebagai punca kematian.
"Begitupun, saya tidak boleh mengecualikan kesan kecederaan kurang jelas seperti kesan lebam, lecet, kekurangan oksigen dan seumpamanya," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin dalam perbicaraan kem pembunuhan itu semalam.
Saksi itu yang dipanggil memberi keterangan pada hari kelapan berkata, kesan lebam, lecet dan kekurangan oksigen tidak dapat dikesan secara fizikal sewaktu dibedah siasat dilakukan kerana mayat kedua-dua mangsa telah bertukar kepada warna hijau kehitaman akibat proses pembusukan dan pereputan.
Pakar itu merumuskan punca kematian Zara Elena dan bapanya yang dianggarkan telah meninggal dunia antara tiga hingga empat hari sebelum dibedah siasat tidak boleh ditentukan secara konklusif.
Seramai empat tertuduh, Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 22, Mohamad Sharafe Matt Noh, 21, Azizi Aizat Ibrahim, 22, dan Muhamad Safwan Muhamad, 22, didakwa membunuh Zara Eleena dan Omar Peter.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan itu di rumah nombor 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, antara pukul 1.30 dan 2.30 pagi, 9 Mac 2012.
Mereka juga menghadapi tuduhan kedua, membunuh pesara syarikat kewangan, Omar Peter di tempat sama, antara pukul 11.30 malam 8 Mac 2012 dan 1.30 pagi keesokannya.
Perbicaraan hari kesembilan bersambung hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)

