IPOH - Sebuah sekolah agama persendirian, Sekolah Al-Hidayah mengambil inisiatif mengurangkan bil air bu lanan dengan menggunakan sumber air bawah tanah me nerusi pembinaan sebuah telaga tiub.
Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah Al-Hidayah, Prof. Madya Ir. Abdul Aziz Omar berkata, telaga lengkap dengan sistem rawatan air bawah tanah itu merupakan sumbangan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).
“Sebagai sekolah swasta yang bergantung harap kepada yuran, bantuan kerajaan negeri dan sumbangan orang ramai, Sekolah Al-Hidayah bergelut untuk mengawal perbelanjaan mengurus.
“Alhamdulillah permohonan kami untuk membina sebuah telaga tiub diluluskan JMG pada pertengahan 2009. Sejak ia siap awal tahun ini, bil air kami telah berjaya dikurangkan hampir 50 peratus,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Abdul Aziz berkata, sumber air bawah itu telah digunakan untuk kegunaan luar seperti berwuduk, air tandas dan menyiram pokok bunga untuk manfaat 1,200 pelajar, guru dan kakitangan sokongan sekolah tersebut.
Beliau berkata, persekitaran Sekolah Al-Hidayah sesuai untuk pembinaan telaga tiub kerana mempunyai sumber air bawah yang banyak dari kawasan batu kapur berham piran.
“Telaga tiub terbabit mengeluarkan 3.6 meter padu sum ber air bawah sejam yang didapati pada kedalaman 23 meter hingga 27 meter,” katanya.
Translate
Friday, September 2, 2011
Thursday, September 1, 2011
Bangunan bekas Kisdar cemar pandangan
Bangunan tersebut pernah dijadikan kampus Pusat Matrikulasi Sains Perak dan Kolej Islam Darul Ridzuan (Kisdar) sebelum kedua-dua pusat pengajian tersebut dipindahkan ke lokasi baru.
Sejak itu, ia terbiar begitu sahaja dan keadaan bertambah buruk sejak empat tahun lalu sehingga ia mencatatkan pemandangan Pusat Perniagaan Greentown yang sedang pesat membangun.
Tanpa pemantauan, premis itu menjadi lokasi kesukaan pemungut barangan lusuh untuk menceroboh bagi mendapatkan peralatan berharga seperti besi untuk dijual.
Tinjauan Kosmo! baru-baru ini mendapati kebanyakan besi tingkap, batang paip dan sinki di bangunan yang turut menempatkan sebuah blok bangunan dua tingkat, surau dan sebuah pentas berkenaan telah hilang dipercayai dicuri.
Keadaan bangunan tersebut juga begitu usang dengan majoriti bumbung telah bocor, dinding pintu terkopak dan tingkap telah pecah.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Desmond Ong berkata, bangunan usang dan terbiar itu telah menjejaskan imej Greentown yang merupakan pusat perniagaan terkenal.
“Pusat Perniagaan Greentown sering menjadi tumpuan ramai termasuk golongan profesional untuk pelbagai urusan seperti pembankan, membeli-belah dan perkhidmatan.
“Saya difahamkan bangunan itu kadang-kala menjadi tempat kutu rayau dan penagih dadah berteduh,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Sehubungan itu, beliau mengesyorkan bangunan tersebut diruntuhkan sahaja jika tiada cadangan untuk menggunakannya pada masa depan demi kepentingan bersama.
Serata pertaruh lima projek sains
IPOH - Sekolah Raja Perempuan Taayah (Serata) di sini mempertaruhkan lima projek sains sekali gus dalam per tandingan ‘Peperangan Minda’ sempena Ekspo Saintis Muda Perak pada 9 hingga 11 September ini.
Pengetuanya, Noor Aini Zainal Abidin berkata, penyertaan itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajarnya dalam bidang sains.
“Lima pasukan yang dianggotai pelajar tingkatan empat dan dua itu dibentuk sejak dua bulan lalu.
“Kami mahu buktikan pelajar sekolah agama bukan sahaja mampu menguasai bidang keagamaan tetapi juga menjadi saintis,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Noor Aini memberitahu, kelima-lima pasukan Serata menampilkan projek inovasi baru yang dicipta khas sempena pertandingan ‘Peperangan Minda’ tersebut.
Menurut beliau, kesemua projek sains tersebut berkonsep mesra alam, amat praktikal dan berpotensi tinggi untuk dikomersialkan.
“Contohnya, pasukan Al-Jazari dalam projeknya ‘Easy Mom’ mencipta sebuah kereta sorong bayi dengan mengaplikasi konsep robotik,"katanya.
Sebanyak 60 sekolah rendah dan menengah seluruh Perak menyertai Peperangan Minda yang merupakan salah satu acara pada Ekspo Saintis Muda Perak di Pusat Dagangan Tekno Perak (PTTC), Bandar Meru Raya di sini.
Kosmo! merupakan media rasmi program anjuran Uni versiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama K Perak Implementation and Coordination Corporation (KPerak) itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)