Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my
SHAH ALAM - Kerajaan berjaya melakukan penjimatan sebanyak RM2 bilion hasil daripada pelaksanaan amalan pengurusan nilai terhadap projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) sejak empat tahun lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar (gambar) berkata, secara puratanya, konsep tersebut telah berjaya mengurangkan 11 peratus daripada unjuran asal kos projek pembangunan berkenaan.
"Pengenalan konsep pengurusan nilai terhadap projek pembangunan kerajaan yang bernilai RM50 juta ke atas sejak September 2010 mula menampakkan kesannya.
"Ia menjadi panduan kepada kakitangan kerajaan bagi pelaksanaan setiap projek pembangunan mengikut bajet dan objektif yang ditetapkan tanpa sebarang pembaziran tidak perlu," katanya selepas merasmikan Seminar Amalan Baik Industri Pembinaan Kebangsaan Keenam di sini semalam.
Turut hadir Presiden Institut Pengurusan Nilai Malaysia, Datuk Abdul Nasir Abdul Razak.
Pengurusan nilai adalah sistem yang digunakan untuk meminimumkan sesuatu harga dan mengoptimumkan sesuatu kos projek, sistem dan kemudahan.
Abdul Wahid yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi berkata, kos setiap projek pembangunan di bawah RMK-10 telah berjaya dijimatkan antara lima peratus hingga 95 peratus menerusi amalan pengurusan nilai.
Jelasnya, sebagai contoh, pengurangan kos sehingga 95 peratus terhadap sesetengah projek pembangunan itu berikutan penilaian semula projek menerusi pengurusan nilai telah mendapati ia boleh dilaksanakan tanpa pembinaan baharu tetapi sekadar menggunakan infrastruktur sedia ada.
"Kita juga bercadang untuk terus mengamalkan konsep pengurusan nilai pada projek pembangunan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang akan dilancarkan tidak lama lagi," katanya.
Dalam perkembangan sama, Abdul Wahid mengalu-alukan usaha untuk memperkembangkan amalan tersebut dalam kalangan sektor swasta.
Translate
Friday, May 30, 2014
Thursday, May 29, 2014
Persandingan beramai-ramai 20 pasangan mualaf
Seramai 20 pasangan mualaf melangsungkan perkahwinan beramai-ramai dalam program Jalinan Kasih Walimatul Urus Mega Mualaf daerah Kuala Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor, Selangor baru-baru ini.
Kesemua pasangan pengantin mualaf tersebut terlebih dulu diarak mengelilingi pekarangan Stadium Tertutup Kuala Selangor dengan menaiki trem sebelum bersanding beramai-ramai di pelamin khas.
Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Selangor, Abdul Rahim Salleh berkata, program julung-julung kali anjuran Majlis Agama Islam Selangor dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Selangor itu bertujuan merapatkan lagi hubungan pasangan pengantin yang baru memasuki agama Islam.
Buruh Indonesia dipenjara 12 tahun bunuh lelaki Aceh
SHAH ALAM - Seorang buruh warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas dia didapati bersalah menyebabkan kematian lelaki senegaranya dua tahun lalu.
Hakim Datuk Nurchaya Arshad memutuskan demikian selepas Maliki Yaumidin , 27, yang juga pendatang asing tanpa izin (PATI) mengaku bersalah menyebabkan kematian Muhamad Sahfii, 19, dalam pergaduhan perkumpulan di Dataran Seni Centre Point, Klang dekat sini pada pukul 12.45 tengah malam, 4 Januari 2012.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh dan enam lagi yang masih bebas telah didatangi mangsa serta beberapa orang rakannya di lokasi kejadian.
Ketika kejadian, Maliki dan rakan-rakannya yang berasal dari Lombok, Indonesia sedang menikmati minuman keras dan dalam keadaan mabuk.
Provokasi ditimbulkan kumpulan Muhammad Sahfii yang berasal dari Aceh, Indonesia menyebabkan berlaku pertikaman lidah yang berakhir dengan pergaduhan antara kumpulan rakyat republik itu.
Dalam pergaduhan berkumpulan tersebut, mangsa yang juga seorang PATI maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah kerana ditikam.
Maliki didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 25 tahun.
Tertuduh diwakili peguam, S. Selvi manakala Timbalan Pendakwa Raya pula diwakili Wan Zuraida Wan Nawan.

Subscribe to:
Posts (Atom)