Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KEMAMAN - Sebuah sekolah di Terengganu terpaksa ditutup esok ekoran banjir yang melanda negeri ini sejak semalam.
Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, penutupan tersebut melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Raja, Dungun.
"SK Pasir Raja telah dijadikan pusat pemindahan sementara penduduk Kampung Pasir Raja, Dungun yang terjejas dengan banjir sejak semalam.
"Penutupan itu melibatkan 63 murid, 17 guru dan sembilan kakitangan kumpulan pelaksana," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE
Translate
Wednesday, January 3, 2018
Pemandu lori dan isteri cedera, lori masuk gaung
KEMAMAN - Seorang pemandu lori dan isterinya menghadapi detik cemas terperangkap selama lebih empat jam di dalam sebuah lori yang terbalik selepas terjatuh ke dalam gaung berhampiran sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Mak Lagam di sini hari ini.
Pemandu lori, Abd. Rahman Che Ruas, 56, cedera parah di bahagian kaki manakala isterinya, Norazah Lahan, 54, mengalami kecederaan ringan akibat kemalangan yang berlaku pada pukul 2.13 petang tersebut.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azmi Ab. Rahim berkata, sewaktu kejadian, pasangan suami isteri itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Felda Bukit Sagu, Kuantan, Pahang.
"Sebelum kejadian, mereka telah menghantar barangan di sebuah kedai di Chukai di sini.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, lori muatan tujuh tan yang kosong dipandu Abd. Rahman tiba-tiba hilang kawalan di sebuah selekoh tajam sebelum terjunam ke dalam gaung yang sedalam kira-kira empat meter," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Azmi berkata, usaha untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa pada mulanya agak sukar kerana sebahagian besar kepala lori itu sudah tenggelam ke dalam parit yang terletak di bawah gaung terbabit.
"Begitupun usaha untuk mengeluarkan pemandu lori agak sukar kerana tebing curam dan sebahagian tubuhnya sudah termasuk ke dalam parit.
"Dia yang cedera parah hanya berjaya dikeluarkan pada pukul 7 petang sebelum dikejarkan di Unit Kecemasan Hospital Kemaman di sini untuk menerima rawatan," katanya.
Azmi berkata, keadaan Abdul Rahman kini dilaporkan stabil manakala isteri mangsa yang cedera ringan menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.
Beliau berkata, anggota bomba juga terpaksa menggunakan kemudahan jentolak untuk menarik lori yang terjatuh di dalam gaung terbabit. - K! ONLINE
Monday, January 1, 2018
1,000 pengunjung meriahkan Karnival Ekspesi Unggul UMT
DAPAT SAMBUTAN. Karnival Ekspresi Unggul anjuran Pusat Pendidikan Asas dan Liberal Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Nerus, Terengganu yang berlangsung di kampus itu mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran kira-kira 1,000 pengunjung.
Pengarah program, Dr. Azlina Musa berkata, karnival yang dirasmikan Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Nor Aieni Mokhtar itu diadakan selama seminggu antara lain bertujuan untuk menggilap bakat dan sahsiah pelajar jurusan Perancangan dan Pengurusan Acara bagi berdepan dengan Revolusi Industri 4.0.
“Pelbagai acara telah diadakan seperti pameran, forum, aktiviti keusahawanan, pertandingan sukan dan persembahan kebudayaan,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)



