KUALA LUMPUR – Jumlah pampasan kepada peneroka Felda Wilayah Jengka, Kuala Krau, Pahang bagi setiap pokok kelapa sawit ditebang bagi memberi laluan kepada projek pembinaan talian penghantaran elektrik adalah mengikut penilaian yang dibuat Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) terlibat iaitu Je–rantut, Temerloh dan Maran.
Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Datuk Mohd. Aminuddin Mohd. Amin (gambar) berkata, PTD berkenaan memutuskan nilai pampasan ditentukan berdasarkan usia pokok kelapa sawit terlibat setelah proses bicara yang berpandukan Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta Pahang dilaksanakan sebelum itu.
“TNB selaku agensi pembayar telah membuat pembayaran pampasan pokok-pokok kelapa sawit yang perlu ditebang berkenaan berdasarkan keputusan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negeri itu. Ia melibatkan 200 orang pemilik dan 100 lot tanah seluas 43.74 hektar,” katanya di sini semalam.
Beliau mengulas bantahan aman sekumpulan peneroka dari Felda Jengka 11, 14, 18, 19 dan 20 yang tidak berpuas hati dengan pampasan bakal diterima mereka berikutan penebangan pokok kelapa sawit bagi memberi laluan kepada projek pembinaan talian penghantaran elektrik dari Pencawang Masuk Utama Kampung Awah ke Pencawang Masuk Utama Jengka.
Translate
Saturday, October 3, 2015
Thursday, October 1, 2015
Provokasi punca ketegangan kaum
KUALA LUMPUR – Dua parti komponen Barisan Nasional (BN) yang mewakili kaum Cina, Gerakan dan MCA menyalahkan provokasi melampau peserta Perhimpunan Bersih 4.0 menjelang sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos lalu sebagai punca ketegangan keharmonian antara kaum sejak akhir-akhir ini.
Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng berkata, tindakan melampau peserta Bersih 4.0 yang menyentuh sentimen kaum dan agama seperti mengadakan upacara pengebumian olok-olok mengikut tradisi Cina terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyapu gambar isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan memijak gambar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membangkitkan kemarahan majoriti orang Melayu sekali gus mencetuskan Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September lalu.
“Perbuatan terhadap Perdana Menteri dan isteri dianggap biadab dan telah menyinggung dan memprovokasi emosi orang Melayu. Datuk Seri Abdul Hadi pula merupakan individu dihormati kerana merupakan Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia.
“Mengapa sebelum ini, Perhimpunan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 tidak mencetuskan tindak balas serupa? Ini disebabkan sentimen agama dan kaum telah dimainkan secara berleluasa dalam Bersih 4.0 dan ia didalangi oleh DAP,” dakwa beliau pada sidang akhbar di Wisma Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM), Cheras di sini semalam.
Sementara itu, Ketua Biro Agama dan Harmoni MCA, Datuk Ti Lian Ker pula mendakwa, pihaknya juga tidak bersetuju dengan tindak balas yang keterlaluan ditunjukkan segelintir peserta Himpunan Rakyat Bersatu hingga mengeruhkan lagi hubungan kaum di negara ini.
“Saya desak DAP agar ‘bertaubat’ dan sedar diri tentang bahayanya memainkan provokasi politik berbau perkauman yang melampau seperti ini,” katanya.
Kawalan modal tidak relevan dilaksana ketika ini
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA LUMPUR – Kawalan modal atau menambat mata wang ringgit tidak relevan dilaksanakan pada masa ini kerana dikhuatiri akan menjejaskan langkah-langkah pembaharuan ekonomi yang sedang dilakukan kerajaan.
Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Dr. Zakariah Abdul Rashid berkata, inisiatif kerajaan sejak beberapa tahun lalu seperti memperkenalkan gaji minimum, rasionalisasi subsidi dan meliberalkan sektor awam telah mula menunjukkan kesan positif sekali gus menjadi pemangkin kepada pengukuhan ekonomi negara.
“Berbeza ketika kita memperkenalkan tambatan ringgit pada tahun 1998, semua indikator ekonomi negara ini seperti kadar inflasi, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kadar pengangguran dan imbangan perdagangan masih positif dan berada pada tahap baik.
“Langkah memperkenalkan semula kawalan modal bukan sahaja tidak berkesan mengikut situasi semasa, malah dikhuatiri boleh merosakkan semua usaha pembaharuan yang telah mengukuhkan asas ekonomi negara selama ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Zakariah berkata, sebagai perbandingan, sewaktu kawalan modal dilaksanakan kira-kira 17 tahun lalu, persekitaran ekonomi negara berada dalam keadaan lembab termasuk KDNK dan imbangan perdagangan adalah negatif.
Oleh itu, beliau berpendapat cadangan untuk melaksanakan kembali tambatan ringgit adalah langkah ke belakang dan dibimbangi akan memberi lebih keburukan kepada mata wang tersebut.
“Kemerosotan nilai ringgit yang agak mendadak pada ketika ini lebih kepada faktor keyakinan dan sentimen.
“Dua faktor itu yang patut diberi tumpuan bagi menstabilkan semula nilai ringgit, bukannya melaksanakan kawalan modal yang dilihat sudah tidak relevan lagi,” katanya.
Pada tahun 1998, kerajaan memutuskan menambat ringgit RM3.80 berbanding dolar AS selama tujuh tahun.
Subscribe to:
Posts (Atom)


