Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my
SITIAWAN – Tujuh remaja maut termasuk dua beradik menemui ajal dalam
keadaan mengerikan selepas mayat mereka ditemui dalam keadaan beberapa
anggota badan hancur apabila kenderaan pelbagai guna (MPV), Honda Stream
yang dinaiki bertembung dengan sebuah treler membawa muatan tong gas di
Batu 6, Jalan Lekir-Sitiawan dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 10.30 malam itu menyebabkan Badrul Isa Sulaiman, 19;
adiknya, Mohamad Hadi, 17, serta sepupu mereka, Mohamad Shadan Mohd.
Arshad, 15, maut. Turut maut ialah tiga rakan sekampung mereka, Mohamad
Kamil Samsuri, 15, Ahmad Faizal Mohd. Termizi, 15, dan Muhamad Shafik
Redzuan Yusuf, 16.
Kesemua mereka mati dengan beberapa anggota badan mereka hancur di tempat kejadian.
Pemandu MPV terbabit, Mohd. Hisam Mat Zaki, 22, yang mengalami
kecederaan parah di kepala pula meninggal dunia pada pukul 8.35 pagi
semalam di Unit Rawatan Rapi, Hospital Seri Manjung dekat sini.
Tiga lagi penumpang Honda Stream itu, Khairul Faiz Mohd. Noor, 17, dan dua rakan perempuan mereka pula cedera ringan.
Pemandu treler membawa muatan tong gas, Abdul Rashid Abdul Aziz, 49,
cedera parah di kepala dan sedang dirawat di hospital sama.
Ketua Trafik Daerah Manjung, Asisten Supritendan Ismail Munajat
berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku setelah Mohd. Hisam
cuba memotong sebuah kereta Honda Civic yang berada di hadapannya dari
arah kiri.
"Bagaimanapun, ketika dia cuba memasuki semula laluan dari lorong kecemasan secara terburu-buru telah menyebabkan MPV dipandunya memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh treler tersebut.
"Ekoran itu, Honda Stream berkenaan terpelanting sejauh kira-kira lima meter hingga merempuh sebuah gerai buah-buhan di tepi jalan," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Tambahnya, treler yang dipandu Abdul Rashid pula terbabas sejauh hampir 50 meter sehingga melanggar dua gerai buah-buahan lain dan beberapa pokok kelapa sawit yang terletak di belakang premis berkenaan.
Pemandu Honda Civic yang dikenali sebagai Osman cedera ringan.
Menurut Ismail, sebahagian anggota badan seperti tangan, kaki dan perut keenam-enam mangsa hancur dan terpelanting ke atas jalan manakala Mohd. Hisam dan Abdul Rashid tersepit di dalam kenderaan masing-masing.
Difahamkan, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing setelah keluar bersiar-siar di bandar Lumut dan Teluk Batik manakala treler berkenaan mahu menghantar tong gas ke Pulau Pinang dari Port Dickson, Negeri Sembilan.
Translate
Wednesday, January 4, 2012
Mayat mangsa lemas berpelukan
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my
azli.adlan@kosmo.com.my
GERIK – Mayat tiga kanak-kanak termasuk dua beradik yang hanyut selepas sampan mereka terbalik di Sungai Perak berhampiran Kuala Kenderong dekat sini pada Khamis lalu dijumpai awal pagi semalam.
Mayat Muhammad Amir Fadlillah Ruzai, 11, dan adiknya, Muhammad Adham Hamiz, 8, ditemui terapung kira-kira 30 kilometer (km) dari lokasi kejadian pada kira-kira pukul 3 pagi.
Agak mengharukan apabila mayat mereka ditemui dalam keadaan berpelukan oleh seorang penduduk kampung yang sedang memeriksa pukatnya di tebing Sungai Perak berhampiran Titi Air Ganda dekat sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Supritendan Wan Jamil Wan Chik berkata, mayat Mohd. Saiful Haikal Dahari, 7, pula ditemui oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 9 pagi.
“Mayat tersebut dijumpai di kawasan Tasik Chenderoh iaitu kira-kira lima kilometer dari lokasi mangsa pertama dan kedua ditemui,” katanya di sini semalam.
Jenazah tiga kanak-kanak itu dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Padang di sini selepas solat Zuhur.
Kosmo! semalam melaporkan tiga kanak-kanak tersebut hilang selepas menaiki sampan milik bapa saudara mereka di Sungai Perak pada pukul 12 tengah hari Khamis lalu.
Tiga budak dikhuatiri lemas
GERIK - Tiga kanak-kanak termasuk dua beradik dikhuatiri lemas setelah sampan yang mereka naiki terbalik di Sungai Perak berhampiran Kuala Kenderong dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 12 tengah hari itu mengakibatkan Muhammad Amir Fadlillah Ruzai, 11; adiknya, Muhammad Adham Hamiz, 8 serta sepupu mereka, Mohd. Saiful Haikal Dahari, 7, dari Bukit Marikan dekat sini hilang dihanyutkan arus.
Abang Mohd. Saiful Haikal, Mohd. Adzanizam, 25, berkata, sebelum hilang, tiga kanak-kanak oitu menyanyi lagu Rabbani, Pergi Tak Kembali di dalam rumah dengan suara nyaring sebelum dia menegur kelakuan mereka kerana membuat bising.
Katanya, mereka kemudiannya terdiam sebelum keluar bersama-sama.
"Saya tidak tahu mereka menaiki sampan milik bapa saudara yang telah lama tersadai di tebing Sungai Perak sehinggalah dimaklumkan oleh seorang penduduk.
"Sampani itu rosak dan selepas mereka tidak pulang-pulang, saya membuat laporan polis pada pukul 2.30 petang semalam (kelmarin)," ceritanya kepada Kosmo!.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Supritendan Wan Jamil Wan Chik berkata, ketiga-tiga mangsa masih belum ditemui tetapi sampan yang dinaiki dijumpai kira-kira 1.5 kilometer dar jeti Kampung Bukit Marikan dekat sini pada pukul 10.30 pagi semalam.
Katanya, operasi bersepadu bersama beberapa anggota keselamatan diteruskan sehingga kanak-kanak terbabit ditemui.

Subscribe to:
Posts (Atom)