MUAFAKAT. Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP) ditubuhkan kerajaan negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh baru-baru ini.
Seramai 20 wakil pelajar kelahiran Perak dari 20 institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara menerima watikah keanggotaan dalam majlis perundingan itu daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
Zambry berkata, MPMP menjadi platform kepada go longan mahasiswa kelahiran Perak menyuarakan panda ngan, cadangan dan kritikan kepada kerajaan negeri.
MPMP akan dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Pela jaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid sementara Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Irmohizam Ibrahim dilantik sebagai penasihatnya.
Translate
Wednesday, October 26, 2011
Tuesday, October 25, 2011
MK Land tawar kepakaran bina rumah mampu milik
IPOH - MK Land Holding Berhad (MK Land) menawarkan kepakarannya yang selama ini banyak terlibat dalam projek hartanah mampu milik untuk membantu kerajaan menjayakan program pembinaan rumah mampu milik.
Pengerusinya, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar berkata, sehingga kini MK Land dan sebuah lagi syarikat hartanah miliknya, Kumpulan Emkay telah berjaya membina 38,800 unit rumah mampu milik bernilai RM4.5 bilion di seluruh negara sejak beroperasi hampir 30 tahun lalu.
“Kemampuan kami membina rumah mampu milik yang berharga dari RM25,000 hingga RM400,000 telah terbukti sehingga telah dianugerahi projek pembinaan rumah di Bangalore, India pada tahun lalu.
“Sehubungan itu, MK Land bersedia menawarkan pengalaman dan kepakaran untuk sama-sama menjayakan program pembinaan rumah mampu milik yang sedang diusahakan kerajaan,” katanya selepas majlis penyerahan kunci kepada pembeli rumah kedai setingkat dan dua tingkat di Meru Perdana, Bandar Meru Raya di sini semalam.
Meru Perdana seluas 37.26 hektar merupakan projek pembangunan hartanah bercampur ketiga selepas Taman Bercham Raya dan Taman Kledang Putra diusahakan Zaman Teladan Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat MK Land di bandar raya ini.
Mustapha Kamal berkata, berdasarkan pengalaman luas dalam pembinaan rumah mampu milik, MK Land juga sedia berkerjasama dengan syarikat pembangunan hartanah lain yang mempunyai tanah kosong untuk membantu menjayakan projek pembangunan hartanah terbabit.
Menurut beliau. MK Land yang rangkaian baik dengan pihak bank, konsultan hartanah dan pihak perundangan juga mempunyai pusat sehenti yang akan memudahkan pembeli menyelesaikan urusan pembiayaan transaksi hartanah dalam masa yang singkat.

Lapan pengedar dadah diberkas

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my
IPOH – Polis menumpaskan sebuah sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah terbesar di daerah Kinta ekoran empat serbuan di bandar raya ini dan penahanan lapan lelaki pada Sabtu lalu.
Sindiket yang dianggotai lapan lelaki berusia 26 hingga 36 tahun itu dipercayai aktif sejak enam bulan lalu dengan melibatkan urus niaga pengedaran dadah bernilai jutaan ringgit di bandar raya ini, Batu Gajah dan Kampar.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dalam semua serbuan tersebut, polis menyita pelbagai jenis dadah dan peralatan membuat dadah yang kesemuanya berharga hampir RM1 juta.
Menurut beliau, antara dadah yang dirampas adalah lapan kilogram (kg) heroin, syabu (1.219kg), syabu cecair (30 liter), ketamin (108 gram) dan pil psikotropik (21 gram). Kesemua dadah itu bernilai RM550,000.
Turut dirampas tiga buah kereta, sebuah lori, tiga buah motosikal, wang tunai, barangan kemas, seutas jam tangan dan sembilan telefon bimbit yang kesemuanya bernilai RM371,000.
“Sindiket ini menumpukan kepada pemprosesan dan pengedaran dadah jenis heroin dan syabu untuk dipasarkan di sekitar daerah Kinta.
“Dengan tertumpasnya kumpulan ini, polis percaya berjaya menjejaskan penawaran dadah di daerah ini,” kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini semalam.
Mengenai suspek ditahan, Noor Rashid berkata, tujuh daripada mereka merupakan anak jati bandar raya ini, manakala seorang lagi berasal dari Melaka.
Dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah.
Suspek-suspek itu ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium di Taman Meru Impiana, Jelapang Tambahan, Taman Silibin Mewah dan Taman Suria, Tanjung Rambutan.
Salah seorang suspek ditahan patah tangan kiri dan cedera di pinggang dan kaki setelah nekad terjun dari tingkat satu kondominium yang diserbu.
Kesemua yang ditahan direman selama lapan hari sehingga 29 Oktober ini dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)